Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Rabu, 30 Disember 2009

JAULAH JIMIPT DAN JIM JB/SRI HIDAYAH

Salam

Dikongsikan program akan datang bersama dengan sahabat dari Johor dan Hulu Langat

1. Pada 1-2 hb Januari Program MUKRIN akan diadakan bersama keluarga angkat KW JIMNS. Semua akhawat dan anak remaja di jemput hadir. Sesi perkongsian pada malam 1 hb Januari dan solat hajat berjemaah sempena gerhana Bulan. Sembang sembang akan di sulami dengan makan malam BBQ dan pot luck.

2. Jaulah adik-adik lepasaN SPM pada 14 Januari 2009. Semua di jemput hadir di Masjid bandar Senawang (Lelaki) dan Pejabat JIM (perempuan)

Harap JIM Belia dapat bantu dengan JK Remaja.

Tirai Tahun baru di buka dengan santunan sahabat dari luar JIMNS. Semuga percikan kasturi ini akan mewangi sepanjang tahun. NS mendapat syafaat atas inisiatif antum.....

LAWATAN PAKSI WANITA-CakNe

Salam

Sesi awal pembentukan Program PAKSI berjalan lancar. Semua AJK Pembangunan keluarga telah memberikan komitmen keatas usaha menyantuni pesakit kanser. Golongan pesakit kanser memerlukan sokongan dari segi kewangan, moral , fizikal , emosi dan sentuhan kasih sayang.

Ujian demi ujian merintangi kehidupan pesakit kanser. Ada yang berputus asa atas kehendak NYA. Ada yang hilang kesabaran dengan ragam pesakit . Ada yang menyalahkan taqdir yang menimpa mereka. ada yang seolah kehilangan punca dan menyatakan Allah tidak adil memberikan dugaan dan ujian keatas mereka.Walau apapun yang berlaku.... masih ada lagi tangan yang ingin membantu.......Masih ada tangan yang bakal menyambut tangan lesu yang longlai layu.......masih ada yang sanggup mengorbankan wang ringgit, masa , tenaga dan mencurah kasih sayang.........sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW.

Bukan semua orang akan terusik hatinya bila melihat penderitaan orang lain, bukan semua orang akan berhenti sejenak untuk mendengar luahan hati mangsa kanser. Bukan semua orang boleh berkongsi kasih......menyantuni insan yang memerlukan.

Alhamdulillah dengan penubuhan PAKSI Negeri Sembilan, AJK Pembangunan keluarga dan juga Unit Paksi telah mengambil inisiatif untuk menjadi daie yang buat amal yang telah di amanah kan keatasnya. Beberapa individu yang telah di santuni ialah

(i) Adik Islah (11 tahun)
(ii) Pn Saadah)(56 tahun)
(iii) Adik Ahmad Zuhairi(16tahun)

Antara program akan datang ialah..

1. Melancarkan penubuhan PAKSI NS(24 Jan 2010)
2. Program Sharing is Caring (6 hb Febuari 2010)
3. Siri Lawatan dan Langkah susulan.(Sepanjang tahun)
4 Tabungan Dana PAKSI

Jumaat, 25 Disember 2009

Perletakan jawatan TKW WJIMNS

Pada 26 hb Disember 2009 secara rasminya perletakan jawatan TKW , Pn Anita Ali daripada jawatan yang baru di sandangnya dalam masa 3 bulan selepas pemilihan pada September yang lepas.
Beliau memegang Portfolio JK Pembangunan REMAJA WJIMNS dan sebagai AJK Belia NS. Banyak sumbangan yang telah di berikan kepada WJIMNS khususnya dalam menggerakkan KBM. Pengasas kepada KRJ @n 9 ini telah membuka ruang kepada masyarakat N9 mengenali Islam dengan lebih mendalam lagi. Usaha menyantuni remaja telah di lakukan di banyak sekolah di NS , antaranya adalah SMT Tuanku Jaafar, SMT Port Dickson, SMK Pendita Zaaba dan juga
SMK Sultan Abdul Samad.

Semuga jalan yang telah dirintis oleh Pn Anita ini akan memberikan daya tolak dalam kalangan akhawat dan ikhwah di N9.

Selamat bertugas di tempat baru kepada akhi Raden yang juga merupakan Timbalan YDP JIMNS.

Terima kasih kepada akhi Zaki dan keluarga atas ziarah akhir kepada keluarga akhi Raden.

Lawatan PAKSI Pertama

Salam

WJIMNS mengucapkan terima kasih kepada ketua PAKSI , Tn Zainab atas inisiatif melaksanakan program PAKSI pertama sejak ianya di war-warkan. Program pertama selepas mesyuarat JK pembangunan keluarga adalah lawatan untuk pesakit kanser. Lawatan telah dilakukan pada 23 Disember 2009. Anak kepada ahli JIMNS iaitu En Md Shah dan Pn Norhashimah.

Adik Islah telah di kesan menghadapi kanser selepas meraikan harijadinya yang ke sembilan pada18 hb November 2008. Kini telah 2 tahun berlalu , beliau makin pulih dan boleh bergerak dalam keadaan yang kurang stabil. Ketumbuhan yang dialami di bawah sereberumnya menyebabkan beliau kehilangan keseimbangan badan. Dalam keadaan yang kurang stabil , beliau menggunakan roller untuk bergerak. Masih lagi dalam rawatan. telah menunjukkan ciri-ciri penyembuhan.Walaupun matanya tidak dapat fokus kepada objek,beliau dapat membaca tulisan rumi dan jawi. Sebelum ini adik Islah memang fasih berbahasa Inggeris. Dalam Ihtifal SRIAS yang lalu beliau bercakap dalam bahasa Inggeris. Seorang yang tabah dan dapat menyemai semangat dan tidak berputus asa atas ketentuan Allah.

Unit PAKSI adalah merupakan unit sokongan keluarga Islah. Kami prihatin terhdap keluarga yang di kurnikan Allah dengan kelebihan dan keistimewaan ini. Sokongan dari segi harta benda, kewangan dan moral merupakan intipati perjuangan kami.Jika anda mengenali dan mengetahui masalah yang berkaitan marilah sama-sama kita berkongsi maklumat dan kerkongsi kepedihan bersama mereka. Semuga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk memberikan sedikit khidmat bakti kepada yang memerlukan. Semuga segala usaha mendapat keredhaan Allah.

Kita haruslah bersedia untuk meninggalkan dunia ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masa untuk kita berehat dan culas dalam menjalankan tugas dan amanah yang di berikan Allah kepada kita. Inilah masa dan peluang yang terbuka luas untuk kita terjemahkan kefahaman kita dalam bentuk amal kebajikan.

ilmu membentuk kefahaman lalu melahirkan amal buahnya kemanisan iman maka terjalin ukhuwah fillah yang menuntut pengorbanan dalam bentuk JIHAD FISABILILLAH..

Khamis, 17 Disember 2009

Ziarah Rakan JIM

Salam
Pada minggu lepas KW , JK Kebajikan dan JKAulad memulakan langkah menyantuni isteri kepada ahli JIM NS . Beliau mempunyai anak istimewa anugerah Allah untuk hambanya yang terpilih.
Tujuan ziarah kami adalah untuk mengajak ibu ini berkongsi pengalaman menjaga anak yang mengalami kanser. Dugaan yang di tempuh beberapa tahun dalam menjaga anak yang sakit hingga lah ke akhir sesi kemoterapi. Pelbagai usaha telah dijalankan dan akhirnya sesi berjaya ditamatkan dan insyaAllah telah sembuh dari penderitaan tersebut. Dengan Izin Allah.
Kami mengajak ibu ini bersama Unit PAKSI bagi memberikan sokongan kepada keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Semoga perkongsian ibu ini akan memberikan harapan kepada semua ahli keluarga mereka.
Pada sebelah malamnya saya seperti biasa membuka Naqib net dan terbaca : Peluang terbuka? Siapa yang hantar email ini?Soalan saya akhirnya terjawab apabila KW Pahang berkongsi info tentang mereka yang berminat nak jadi ahli dan sukarelawan.Tanpa berlengah saya menelefon No perhubungan yang di beri . Alhamdulillah berjaya di kesan.Terimakasih kepada WJIM Cheras yang menjadi jiran kepada Cik Siti seorang trainner Pembangunan Keluarga. Akhlak anda menjadi santunan kepada masyarakat/komuniti anda.
Siti telah memberikan no tel rakan peserta di Seremban.Saya hubungi rakannya dan beliau begitu bersungguh untuk menjadi sukarelawan. Saya minta tempoh untuk berjumpa dan pada hari ini saya berpeluang bertemu beliau dalam masa 40 minit selepas habis mesyuarat JK Pembangunan keluarga. Apa yang kami bincangkan telah kami mulakan dengan menzirahi mereka yang berminat menjadi tenaga kerja secara sukarela. Respond yang baik.Pn Zuraidah seorang surirumah , telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sendiri dan 3 orang anak tiri. Buat masa ini duduk bersama dengan ibu dan juga menjaga cucu kepada anak tiri. Suaminya berniaga kedai makan. Beliau memang ingin menjadi sukarelawan tetapi tidak pernah bergabung dalam NGO. Pengalaman beliau sebelum ini adalah sebagai SU kepada DEWANITA iaitu persatuan ahli perniagaan wanita. Pernah mengendalikan kursus kepada kontraktor dan mempunyai pengalaman berhubung dengan ramai ahli perniagaan.
Jiwa sukarela dalam dirinya memanglahir secara semulajadi. Dengan sikapprihatin dan suka menolong mencetuskan rasa keikhlasan di hati beliau untuk berbakti kerana Allah. Apabila kerja yang dilakukan tidak mendatangkan kepuasaan dihatinya dan bercanggah dengan fitrah sucinya, maka beliau tidak meneruskan kerjaya beliau dalam DEWANITA. Salah satu penyebabnya adalah kerana kronisma.
Moto bekerja kerana Allah telah menjadi benteng hatinya dari turut bersubahat dengan mereka yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri. Beliau akhirnya melepaskan jawatan dan terus membantu mereka yang memerlukannya. Perasaan belas kasihan dan sikap mengambil berat orang-orang yang tidak berkemampuan mendorong beliau untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira darjat keturunan dan talian darah. Pernah berhadapan dengan pesakit kanser dan memberi sokongan secara moral support. Bagi beliau, mereka yang terpilih ini adalah mereka yang telah di beri anugerah oleh Allah untuk membuat persiapan yang secukupnya kerana telah di janjikan masa pertemuannya dengan Allah .
Terharu saya mendengar luahan hati seorang insan yang hidupnya bahagia jika orang di sekelilingnya bahagia. Beliau berjanji akan menjaka kawan-kawanya untuk bersama kita.

Wanita gemilang..............Dalam keluarga dan rumahtangga, dia ibu dan wanita teladan

Sabtu, 12 Disember 2009

kursus kejurulatihan Koperator wanita

salam

10-12 Disember telah berlangsung kursus kepimpinan koperator wanita. Kursus ini bertujuan membimbing wanita dalam memimpin sebuah gerakan.Ciri dan peranan wanita di tekankan khususnya dalam koperasi.

Koperasi merupakan sebuah pertubuhan atas dasar muafakat maka kita boleh gunakan dasar ini selari dengan seruan presiden muafakat ummah alam diimpahi rahmah.Semuga muafakat wanita dalam koperasi juga akan memercikkan rahmah keseluruh alam.

Seramai 6 ahli WJIM telah bersama dalam kursus ini. Mobilisasi ahli ini bolehlah di manfaatkan untuk menjana pembangunan ekonomi dan dana wanita. Kepimpinan wanita bukan hanya dalam badan sukarela tapi juga badan korporat tidak ketinggalan juga dalamkoperasi. Semuga kursus yang di ikuti dapat di manfaat bersama.

Isu gender juga di tekankan dalamkursus ini, dimana wanita mempengaruhi polisi dalam koperasi masih jauh kebelakang. Hanya 40 % wanita sahaja yang mempunyai kesedaran tentang koperasi oleh itu di sarankan WJIMNS terusberi komitmen agar wanita akan menjadi daya pendesak dan mengepalai perubahan yang berlaku dalam masyarakat.

Beban 3 serangkai untuk wanita memang dirasai terutama oleh WJIM dimana beban sebagai pengurus keluarga,kakitangan awam dan juga aktivis masyarakat.Kaum Adam perlu memberi sokongan kepada kaum wanita agar mereka tidak rebah dalam perjuangan ini.

Kesedaran kaum wanita atas tanggungjawab mereka dalam dakwah adalah tinggi. Tetapi masih ada halangan dalaman yang membelengu diri wanita.Semua halangan ini harus ditangani dengan bijaksana.

Saya menyeru ahli WJIMNS agar memberikan komitmen anda dalam gerakan koperasi.Majulah koperasi untuk pembangunan ummah

Rabu, 9 Disember 2009

ParenThots - Home

ParenThots - Home

Gotong royong tadika anfaal

Salam

8 dan 9 Disember 2009 gotong royong Tadika ANFAAL dan Tadika IHSAN. Kedua 0dua Tadika ini adalah di bawah kelolaan WJIMNS..

Semua AJK telah bermesyuarat dan mengagihkan tugasan untuk menyiapkan tadika buat persediaan pada sesi akan datang. Walaupun cuti sekolah sukar untuk dapatkan tenaga kerja bagi membantu kerja-kerja menyiapkan bahan BBM dan Prasarana di Tadika seperti mengecat dan membersihkan halaman.

Siapa yang akan menyuntik semangat kerja amal untuk saham akhirat? Ibubapa bolehlah galakkan anak-anak muda /remaja /belia yang sedang bercuti untuk sama-sama ke tadika bagi megecat dan juga mengemaskan Tadika.

Walaupun blog wanita ini tak de siapa yang akan baca tapi saya tetap juga akan menulis hinggalah semua biasa dengan budaya ini.

Sekurang-kurangnya semua yang kita buat dapat dimanfaat bersama. Rajin-rajinlah bukak blog. Walaupun takde gambar sebab tak pandai nak letak gambar tapi saya akan terus mengisi ruang wjimns.

Beramal tanpa ilmu sia-sia
Ada ilmu tanpa amal juga tak kemana.
JOM TERJEMAHKAN AMAL JAMAIE DALAM KEHIDUPAN PARA DAEI

Isnin, 7 Disember 2009

Lotfi's Site - Lotfi's Musings

Lotfi's Site - Lotfi's Musings

PPWN

Salam

4-6 Disember telah berlangsung PPWN/PPN bertempat di Kolej KISDAR Kuala Kangsar ,Perak. Pertama kali menjejaki bumi dimana rampasan kuasa oleh mereka yang menggunakan undang-undang rimba. Kali ini kami datang kebumi bertuah ini untuk menyatakan pedirian kami dan juga komitmen kami untuk menegakkan keadilan

Majlis dimulakan dengan bacaan Alquran dari Surah Al Ahzab:63

Semua perwakilan telah mendendangkan nasyid Jamaah Islah dan Wanita Gemilang.

JAMAAH ISLAH

Majulah JIM bangunkan Islam
Din tertegak itulah hasrat
Jangan di biarkan ianya terpadam
Bersama Islam membina masyarakat
Berwaspada menyusun langkah
Kuatkan semangat eratkan ukhuwah
Kita bersatu usahlah berpecah
Bersama-sama teruskan dakwah
Islah-Islah membawa perubahan
Demi kebenaran keadilan
Alquran As Sunnah menjadi pegangan
Muga Islam kembali gemilang
Senang dan susah sama dihadapi
Tiada mengalah berpantang undur
Cabaran mendatang tujuanya menguji
Iman kita yang tak akan luntur
Jamaah Islah Malaysia
Kita barisan perkasa
Santunan umat manusia
Moga Allah redhakan kita


WANITA GEMILANG

Lembut dan sopan gerak langkahmu
Lambang mu'minah dan kewanitaan
Tangkas menyahut cabaran waktu
Ciri-ciri wanita gemilang
Dalam kelembutan ada semua
Keyakinan dan sifat kepimpinan
Dalam keluarga dan rumah tangga
Engkau isteri dan ibu teladan
Mesra ceria di dalam bekerja
Kemas ikhlas dalam persatuan
Membawa Islam kita mengorak langkah
Wanita JIM bersama masyarakat
Berserah pada Allah
yakini Rasulullah
Peribadi solehah
Berbakti pada insan
Suburkan kasih syang
Kekalkan kemesraan
Mari sambut seruan
Mari berpimpin tangan
Kita mara kedepan
Teruskan perjuangan
Didik anak warisan
Pemimpin yang beriman

Bila ada perhimpunan barulah terdengar nasyid ini berkumandang. Macam bermusim pulak. Lagu hariraya pun bermusim juga.Anggaplah perhimpunan ini juga macam perjumpaan hariraya.Ada yang meraikan perhimpunan ini seperti cuti-cuti Malaysia.

Tahniah kepada JIM Perak kerana telahmembuat persedian yang begitu rapi untuk memastikan perjalanan PPN ini berjalan lancar.

Ucapan Dasar Ketua Wanita telah menggariskan 4 noktah

*Kembali kepada Alquran dan Sunnah
*Kejelasan Fikrah
*Dakwah Tanpa Upah
*Mendepani cabaran dalaman dan luaran.

Ucapan dasar Presiden pula telah menggariskan 3 persoalan
* Siapa kita
*Tepi kain kita
*Topi kita

UDKW memberi banyak jawapan dan jalan yang boleh kita ikuti.Semua persoalan telah di sediakan jawapannya.
Manakala UDP banyak mengajak kita berfikir dan muhasabah diri kita .Berwaspada dengan musuk dan sesiapa yang berada disekeliling kita.Bersedia untuk mengintimakkan diri kita untuk Dakwah dan menjaga kepentingan Jamaah.

Walaubagaimanapun kedua dua ucapan dasar merupakan satu muhasabah dan refleksi diri untuk memberikan yang terbaik untuk dakwah.

Perkongsian dari DrHarlina
Dalam dunia ini ada 2 kategori orang

Islam/bukan Islam
Iman /tak beriman
Ilmu/tak berilmu
Amal/tak beramal
Ikhlas/tak ikhlas

Dimana kita

Sejarahnya Islam datang secara dagang dan akan kembali dagang akhirnya........

Pesanan akhuna Presiden.
Sebagai pemimpin.....
bersedia berkhidmat bila-bila masa dan ketika
(we must be available and can be served at anytime)
Bersedia juga untuk menginfaqkan hartanya untuk perjuangan.

Dah ready ke untuk lepaskan brek??

Bila dah lepaskan brek marilah kita mulakan perjalanan. Jangan bimbang sekali brek selinder utama di tekan, tekanannya akan dipindahkan sama keempat-empat tayar, berhentilah sejenak agar kita boleh buat refleksi agar perjalanan tidak menyimpang jauh.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
Ada satu perkara yang tak berubah di dunia ini iaitu perubahan.

Jumaat, 27 November 2009

Rabu, 25 November 2009

NaqibNet-Diskusi: View Attachment: Prof.Madya Dr.Harlina

NaqibNet-Diskusi: View Attachment: Prof.Madya Dr.Harlina

Laporan MGI

NaqibNet-Diskusi : Links
22 November telah berlangsung MGI peringkat kebangsaan. Kw JIMNS berkongsi tips dengan peserta Dakwah di Sekolah. Bagaimana menangani kepelbagaian fikrah? Secara Hikmah.

Selasa, 24 November 2009

Mesyuarat Wanita

24 November 2009 telah berlangsung Mesyuarat Wanita Kali Ke-2

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Rancangan Aktiviti
4. Budget
5. Persedian PPWN & PPN
6. Hal-hal Lain

Semua ahli diingatkan untuk merancang aktiviti mengikut KRA dan KPI yang akan dicapai. Rancangan aktiviti adalah kesinambungan dari RJIM2.

Semua aktiviti mestilah didokumentasikan dan perlu mempunyai bukti samada secara laporan bertulis, bergambar ataupun melalui media elektronik.

Ini bertujuan untuk diaudit pada laporan tahunan akan datang. KPI yang akan dicapai boleh diselarikan atas kerjasama lajnah yang pelbagai.

AJK diingatkan supaya mensasarkan objektif program berdasarkan keberkesanan hasil program berbanding jumlah program yang dibuat.

Antara program yang terdekat :

- PPWN & PPN
- Ekspresi Dirimu

Khamis, 19 November 2009

Budget WJIMNS

SEMUA AJK

Anda di jemput untuk membentangkan budget dalam mesyuarat akan datang.Setiap biro bolehlah merancang aktiviti bagi menyusun belanjawan yang akan diperuntukan pada sesi 2009/2011.WJMINS akan membentamngkan budget wanita kepada JIMNS.
Berikut adalah biro yang perlu membentangkan budget masing-masing.
1. Biro Tarbiyah(PSM)
2. Biro Kebajikan
3. Biro Pembangunan Keluarga/Tadika/Aulad/Baitul muslim
4. Biro IPT/belia/remaja
5. Biro DANA
6. Wanita /PAKSI/Cakne

Blogger: .:: Ke Arah Memartabatkan Syariat Islam ::. - Tambah Alat

Blogger: .:: Ke Arah Memartabatkan Syariat Islam ::. - Tambah Alat

MGI

SALAM
Pada 22 hb WJIMNS akan menghabtar seramai 15 peserta ke MGI Kebangsaan.Program ini merupakan program tahunan bagi MGI untuk satu slot Wacana pendidikan.Muga ianya dapat memartabatkan Profession perguruan.

Guru pembentuk Modal Insan Gemilang
Guru Penerus Risalah Anbiya
Program Dakwah di Sekolah.

Peluang untuk berdakwah ada dimana-mana. Jika ada kehendak maka itulah langkah bermula.
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama.

(19817 unread) Yahoo! Mail, minah_sttj

(19817 unread) Yahoo! Mail, minah_sttj

Rabu, 7 Oktober 2009

MPN DAN MPWN

Salam

Tahniah kepada semua barisan kepimpinan JIMNS bagi sesi 2009/2011. Semua Saf kepimpinan bagi sesi ini akan melonjakkan aktivisme dakwah di Negeri Sembilan.

Kepada semua ahli baru JIMNS maka inilah masanya anda tampil untuk menghulurkan bantuan kepada kepimpinan dalam menjayakan semua aktiviti yang diadakan.

Kepimpinan memerlukan ahli lama dan baru berganding bahu demi mencanaikan generasi madani.

Satu sesi brainstorming akan di adakan dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.Ana harap YDP jimns AKAN LEBIH PROAKTIF MEMBIMBING AHLI .

tugas ini sebagai amanah yang perlu di junjung dan anda akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak .

Jumaat, 18 September 2009

KEMPEN PUNGUTAN ZAKAT DAN PEMBAYRAN MELALUI PERKIM

Pada hari rabu 26 Ramadhan, setelah berbincang dengan Bendahari Daerah, ana telah menghantar sms kepada semua ahli wanita dan ikhwah untuk membayar zakat kepada PERKIM. Pulangan Zakat tersebut sebanyak 50 % untuk negeri dan 30% untuk sekolah AlAmin dan @20 % untuk PERKIM. Setakat hari ini telah ada DANA untuk Jim sebanyak RM 15000. Semuga Projek DANA Zakat menjadi aset kepada JIM dan akan melonjakkan aktivisma JIM Negeri Sembilan.Diminta semua ahli yang berkemampuan untuk bayar zakat ayuh cepat tunaikan rukun Islam yang ke empat ini.
Terimakasih kepada semua yang menyumbang.

SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada hari Khamis dan Jumaat di akhir Ramadhan WJIMNS telah menyantuni seramai 5 keluarga akhawat yang memerlukan. Antara yang disantuni ialah Pn Noreini, Pn Rohani,Pn Noryati,Pn Zaharah dan saudara baru Cik Normala . Penyampaian sumbangan telah di sampaikan oleh KW JIMNS . Sumbangan RM 200 dan sedikit barangan keperluan dan kuih raya juga di agihkan kepada mereka.

Semuga dengan sumbangan yang tek seberapa ini dapat meringankan dan menggembirakan hati mereka. Terima kasih juga di ucapkan kepada YDP Daerah dan Negeri dalam membantu memberikan sumbangan untuk aktiviti kebajikan ini. Wanita juga telah menyalurkan pungutan derma Wanita kepada isteri YB Taufik, Pn Mahani untuk agihan ke penduduk miskin Bagan Pinang. Semuga sesi akan datang aktiviti semarak Ramadahan ini dapat dijalankan dengan lebih giat lagi. Terima kasih kepada ukhti Rashidah dan Fathimah yang telah membantu dalam penyampaian sumbangan.

CERAMAH PALESTIN

Pada 13 September yang lepas telah berlangsung satu ceramah PALESTINE anjuran HELIKS. HELIKS adalah satu organisasi yang menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan isu wanita.Heliks di anggota oleh ahli veteren wanita dan golongan Assatizah.

Ceramah telah disampaikan oleh As Syeikh Abd Ghani Jabir dari Lujnah Ulamak Hal Ehwal Luar Palestine. Beliau ditemani oleh isterinya Ummu Abdullah. Pasangan ini di kurniakan dengan 9 orang anak. Ceramah ditrerjemahkan oleh ust Anuar.

Ceramah selama 3 jam bagai tidak terasa walaupun perkatan-demiperkataan yang disebutkan tidak difahami, namun dari gaya dan kaedah penyampaian dan penterjemahan yang begitu baik membuatkan ramai akhawat mengalirkan air mata. As Syeikh menyampaikan ras penghargaan kepada wanita Palestin terutama ibu-ibu yang telah menunjukkan sikap mujahadah yang tinggi apabila menerima tekanan dan ancaman dari pihak Yahudi Zionist, askar Israel. Berbekalkan keazaman dan semangat yang tinggi mereka berjaya mendidik pemuda-pemudi yang cekal dan berani. berpegang teguh kepada prinsip tanpa menggadaikan maruah.

Peperangan yang berlaku bukan lah disebabkan oleh perebutan hak dan kuasa , malah peperangan ini juga merupakan peperangan menegakkan aqidah yang sahih. Perjuangan antara yang hak dan batil. Dimana disatu pihak sanggup menggadaikan Islam untuk mendapat habuan dunia manakala disatu pihak lagi sanggup mengorbankan nyawa demi menjaga maruah dan kesucian Islam. Pertentangan dua aqidah yang berbeza ini adalah punca utama permusuhan. Permusuhan yang di tentangi bukan hanya dengan puak Yahudi Zionist tetapi permusuhan juga dengan umat Islam yang telah terpesong aqidahnya apabila bertuhankan materialisme tanpa memikirkan kepentingan Islam. Cinta dunia dan takutkan kematian telah membawa umat Islam leka dan lalai sehingga di injak-injak oleh Yahudi laknatullah. Kemarahan demi kemarahan sengaja di ujudkan supaya mereka boleh bertindak ganas seterusnya menghalalkan darah umat Islam untuk di bunuh.

Ibu-ibu Mujahidah ini sanggup meletakkan kapak dan cangkul dari ladang yang menjadai sumber utama pencarian nafkah mereka , apabila Keislaman mereka tercabar dan di cabul oleh askar Israel. Mereka berkata "pada hari ini aku akan mendidik ar Rijal yang akan mematahkan tengkuk askar Israel dan aku tak kan biarkan mereka mengambil walau seincipun tanah umat Islam ini. Kami akan berjuang sehinggalah Al AQSA bebas dari ancaman askar Israel".

Pencabulan Israel terhadap Rakyat Palestin bukan hanya berlaku hari ini tetapi telah berlangsung sejak 60 tahun yang lepas. Peristiwa Nakbah mengingatkan kita bagaimana kekejaman Israel dan juga Khemah Pelarian di Shatila juga mengguris hati dan perasaan kita . Sememangnya Yahudi laknatullah ini telah hilang rasa kemanusiaannya telah di cabut rasa belas sihati mereka. Ayuh wanita solehah mari kita sama membantu akhawat yang tertindas ini.

Kutipan Akhawat pada hari tersebut berjumlah RM 13000. Tahniah kepada semua yang menyumbang.

TADARRUS RAMADHAN

Setiap hari Sabtu selama 3 minggu telah berlangsung Tadarrus untuk ahli Wanita di pejabat JIMNS Senawang. Program ini merupakan progran berkala Wanita pada bulan Ramadhan. Antara ahli yang hadir adalah UKHTI SANIYAH, FADZILLAH, ROHBAH, HABIBAH. FATIMAH ,SALMAH DAN RASHIDAH. Terima kasih kerana menjayakan salah satu program anjuran TPSM.

BERTEMUKAH KITA PADA RAMADHAN AKAN DATANG?

IFFTAR RAMADHAN

25 Ogos merupakan Iftar Wanita . Seramai lebih kurang 15 ahli wanita telah hadir.Iftar diadakan di runah KW beralamat No 6 Jln Widuri 2 Kg Sentosa Jaya. Seremban. Tetamu yang terdiri dari adik beradik Akhi Abdullah dan jiran surau Kg Sentosa telah hadir. Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh anak KW Mohd Ramadhan .

IftarJamaie ahli JIMNS diadakan serentak dengan MAD. Seramai lebih kurang 60 ahli termasuk anak-anak ahli JIM dan AJK turut serta dalam Iftar Ramadhan.Pungutan DANAGempa jawa barat di adakan dan juga pungutan Dana untuk Dr Hafidzi . Setakat hari tersebut lebihkurang RM9000 telah di perolehi dan target pungutan adalah RM 10000 untyuk negeri Sembilan.

MAD

6 September 2009 telah berlangsung MAD Seremban. Terima kasih kepada semua ahli wanita yang telah mengambil bahagian .Tahniah kepada Kak Saniyah dan Kak Noreini yang dilantik sebagai wakil dalam AJK Daerah. Barisan kepimpinan yang baru diharap dapat melonjakkan aktivisme JIM dan menyuntik DANA dalam projek yang dicadangkan iaitu sistem pungutan Zakat.

Semuga pertambahan ahli baru dan Gen Y dalam kepimpinan akan memberikan impak yang baik untuk Dakwah. Kepada YDP baru, Akh Zaki dapat membimbing ahli JIM Seremban menjayakan semua program DAERAH daan Negeri. MAD telah dirasmikan oleh Akhi Jamil selaku YDP JIMNS.

Isnin, 31 Ogos 2009

Mesyuarat Negeri

Mesyuarat Negeri di wakili oleh Ketua Wanita pada 6 hb Ogos 2009

Antara kandungan mesyuarat ialah laporan bahagian masing-masing. JK Wanita, Antarabangsa Pace ,Tarbiyah dan Kebajikan sahaja yang hadir. Semua bahagian hendaklah membentangkan laporan sepertimana laporan yang di hantar oleh Selangor.Satu salinan telah di beri kepada S/U Wanita.
Antara tarikh penting adalah 6 hb MAD Negeri Sembilan
Iftar Jamaei untuk ahli JIMNS pada hari yang sama.
pada 3 hb Oktober MPWN DAN MPN Negeri Sembilan
Jamuan hari raya akan diadakan pada tarikh tersebut.

Sumbangan Derma untuk Dr Hafidzi dari NS sebanyak RM 10,000
Sumbangan Hidayah Centre RM1000

Ahad, 9 Ogos 2009

EXPO DIAMBANG RAMADHAN

JIM dengan kerjasama DUN Paroi akan mengadakan Program diatas . Lokasi Kursus keluarga Cemerlang Rumahku Syurgaku akan di adakan di Pejabat JIM Datran Senawang.Tarikh 15 Ogos Jam 9.00 pagi.Pada pukul 2.00 petang akan diadakan kursus pelajar bestari Rasulullah Model Kecemerlangan . Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada 15 dan 16 Ogos di Dataran Senawang .

Antara aktiviti adalah
persembahan teater Menunggu Kata Dari Tuhan.
Explorasi Minda
Pameran
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Palestine
ABJZ
Konsert Malam Seribu Bintang

Semua warga Wanita di jemput meraikan bersama.....
Bulat Air kerana pembentung
Bulat Manusia kerana Muafakat.

Sex Bebas dan Forum Remaja di Kolej Lagenda.

Pada Ogos yang lepas, satu program berkaitan dengan remaja telah di jalankan di Kolej Lagenda.Ketua Wanita JIMNS telah menggantikan Pn Azlina Rozy untuk menyampaikan Forum berkaitan dengan gejala sex bebas dan juga kesannya keatas kesihatan reproduksi.

Forum di kendalikan oleh Ust Fakhrulradzi , Imam Masjid Kuartes KLIA dan juga Ketua Wanita.Dalam Forum Peserta di dedahkan kepada penyakit kelamin , STD dan juga amalan sex bebas dalam kalangan remaja termasuk remaja bawah umur dan juga pelajar IPTA. Tayangan Slide yang disediakan dalam TOT ABJZ amat membantu dalam sesi penyampaian remaja dan cinta hingga akhirnya terjebak ke kancah maksiat sex sebelum kahwin.

Forum juga menekankan hukum hakam dan apakah saranan kepada penyelesaian masalah berkaitan .Remaja diingatkan dengan batas-batas pergaulan lelaki dan wanita yang ajnabi. Mengekang diri dari bafsu syaitan dan sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan ajaran agama.Peserta diingatkan supaya membetulkan niat ke IPT untuk mencapai cita-cita bukannya mencari CINTA.

Program diatas dianjurkan oleh MPP dan HEP Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Lagenda.
Semuga Wanita dapat membantu peserta untuk program seterusnya iaitu Kappel pada bulan Oktober.Saudari Fariha merupakan wakil pelajar dalam forum dan sebagai moderator.

Demo Anti ISA

Kontigen Negeri Sembilan di ketuai oleh akhi Hasri bersama dengan 5 orang Ahli JIMNS telah bersama menyertai demo Mansuhkan ISA. Kontigen telah bertolak seawal 9.oo pagi. Akhi Halim,Sahidee dan Zailan telah menaiki komuter ke Masjid Negara.Ketua Wanita dan Akhi Abdullah bersama adik Mukhsin telah menaiki kereta menuju ke masjid negara. Kami sampai seawal pukul 12.00 tgh.Banyak jalan telah di tutup kerana untuklmenyekat para apeaerta demo menuju ke Sogo, Masjid Jamek dan masjid negara.Kami menuju ke jalan parlimen dan melalui taman tasik Perdana menuju ke masjid negara melalui jalan belakang. Suasana agaklengang pada masa itu. Banyak juga kereta di pakir di sebelah Pusat Islam.Beberapakereta peronda Polis berada disekitar masjid Negara dan petugas siap sedia untuk menenrima arahan. Kawasan masjid telah di kunjungi oleh para peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Dari pelajar IPT ke warga emas kelihatan disitu. Sambil duduk di tepi kolam , ana memerkatikan gelagat manusia yang datang ke arah masjid negara.Para jurugambar dan wartawan sedang menunggu komander GMI di perkarangan masjid.Sesekali kelihatan polis memeriksa peserta demo secara rambang. Ana dimaklumkan oleh Akhi Hasri, ramai juga yang di tahan di komuter dan tidakdibenarkan menaiki komuter menuju ke masjid negara.Polis sedang mengawasi para peserta untuk ke demonstarasi Mansuhkan ISA. Jam 1.00 ptg kelihatan akhi Nahar datang bersendirian sambil menulis sesuatu dalam handphonenya. Kelihatan penyokong PAS dengan laungan Allahhuakbar berbondong menuju ke atas dan wartawan sempat mewawancara Dr Hatta dan Dr Zulkifli sebaik beliau tiba di perkarangan masjid.Waktu itu jemaah telah selesai solat Zohor. Dr Hatta dan DrZul bersolat di sebelah tangga di tepi kolam bersama para penyokong yang baru sampai. Se usai solat beliau dan pengikut bersedia untuk turtun ke arah tangga menunju Istana Negara.Keadaan menjadi kucarkacir apabila Polis cuba memberi amaran dan menghalang perjalanan peserta Demo.Semua peserta diarahkan meninggalkan masjid negara dan menuju ke arah jalan sultan sulaiman Club . Polis telah menunggu di laluan ke Istana Negara.Dipertengahan jalan kami terpaksa berundur kerana sekatan polis di sebelah kanan laluan . Sewmua peserta demo berada diatas jambatan dan bertembung dengan ribuan penyokong dari arah Masjid Jamek.DrHatta mengarahkan semua berpatah dan ikut arahan seterusnya dari pemimpin. Pada masa ini di semburkan gas pemedih mata dan semua peserta bertempiaran lari menyelamatkan diri.Kami terjun dari tebing setinggi 5 kaki kearah Kelab Sultan Sulaiman . Walaupun sebelum itu arahan dan doa serta solat hajat telah selesai , sekali lagi polis menyembur gas pemedih mata dan water cannon mula memancut kepada peserta demo.Semua peserta tidak dapat bersurai kerana semua laluan di tutup.Polis sekali lagi menyemburkan gas pemedih mata kepada peserta demo yang berada di dalam kelab sultan sulaiman dan juga di bawah jejambat. Dalam kepedihan semua peserta bantu membantu memberikan bekalan garam dan air mineral untuk di kongsi bersama.Gelagat Polis memang zalim. ada yang mengejar peserta warga emas dan terpaksa memanjat tembok berpagar tajam untuk menyelamatkan diri.Termasuklah pakcik berjiran di kg ana terpaksa memanjat pagar.... seriaunya kerana tajum besi tajam tertusuk ke perut.Polis memang kejam tidak menghiraukan rayuan warga emas tetap mengejar dan menangkap mereka walaupun mereka telah bersurai dan ingin kembali balik.Ada yang dibelasah dengan cota tanpa belas kasihan . Lebih teruk lagi pimpinan Dr Hatta di tarik bajunya hingga terkoyak dan menampakkan sebahagaian dadanya.

Ada laungan yang kedengaran...... polis malaysia berlagak macam polis Israel . NAUZUBILLAH

Perhimpunan secara aman adalah hak rakyat. Menyampaikan memorandum kepada ketua Negara adalah hak rakyat . Kenapa polis tidak mengikut prosidur SOP dalam mengawal para peserta demo. Huru-hara bukan rusuhan tapi peserta lari menyelamatkan diri daripada kekejaman polis.

Sekarang nilailah sendiri adakah kerugian para peniaga disebabkan oleh peserta demo atau polis yang mengikut arahan tanpa berfikir menggunakan mata hati....RENUNGKANLAH.

Bangkit menyatakan kebenaran adalah manifestasi IMAN ....Amar makruf nahi mungkar tuntutan jihad adalah kemuncak kepada dakwah.......

Khamis, 30 Julai 2009

Kuliah Dr Hafidzi

Salam
Hari ini adalah hari terakhir untuk sesi ini bagi siri kuliah bulanan Dr Hafidzi. Selepas hari raya aidil fitri insyaAllah kuliah akan berlangsung di masjid atau di tempat awam.Semuga segala perkongsian Dr Hafidzi bersama warga negeri akan dapat menjadi titik tolak untuk kita sebarkan dakwah di Negeri Sembilan.

Dalam kupasan terakhir beliau menekankan masalah umat Islam di Selatan Thailand dimana sikap umat Islam di rantau Asia terutamanya di Nusantara hanya bersikap reaktif dengan isu yang berlaku di negara jiran kita.Malah umat Islam Malaysia khususnya tidak rasa terpanggil untuk membantu sahabat kita di Selatan Thailand tidak sepertimana seruan jihad di Palestin.

Dimana silapnya?Adakah kita terlalu selesa dengan keadaan negara kita yang "aman sentosa"? Walaupun sedikit demi sedikit hak Asasi , keadilan sejagat dan kebebasan suara di sekat dan di nafikan?Kita masih lagi selesa dengan gaji yang kita terima hingga takut untuk menyatakan sesuatu yang memang bercanggah dengan prinsip Islam yang kita junjung? Mana jati diri kita?

Apakah cukup untuk rasa prihatin bilamana tragedi demi tragedi menimpa umat Islam di selatan Thailand. Kalau kita rasa marah dengan Mesir yang membiarkan rakyat Palestin, tak mustahil masyarakat dunia juga merasakan kita hanya memejamkan mata pada jiran seagama dengan kita di seberang jalan sana?

ADAKAH KITA CUKUP MAKLUMAT TENTANG KEADAAN UMAT ISLAM DI NUSANTARA?

Jom kita cari ruang dan peluang untuk memberikan kesedaran kepada saudara kita yang terlena dengan segala keselesaan dan kemewahan dunia hingga tidak sedar jiran disebelah mati kelaparan dan kehausan.....
Apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah SWT nanti? telah tertunaikah tanggungjawab kita membela nasib umat Islam....
Ayuh Wanitaku
mari kita berganding bahu
menyatukan umat yang layu
bangkit sampaikan wahyu
semga Islam kembali di mercu..

Isnin, 22 Jun 2009

Rabu, 17 Jun 2009

KEMPEN MENUTUP AURAT SMK MAMBAU

Salam
Mambau 17 Jun 2009. Kita merancang. Allah merancang. Maka perancangan Allah yang Maha Tepat.Itulah senario Kempen ABJZ yang di pohon oleh Ustaz Wan Ali Akhbar kepada Umirose.

Pesertanya tidak ramai cuma lima puluh orang. Alhamdulillah program ini telah di sempurnakan oleh dua orang penceramah iaitu Pn Hjh Minah , KW JIMNS dan juga Ateh Zuhairi , MAINS Negeri Sembilan.

Setelah di telefon berkali-kali dan sms yang dihantar tidak di jawab segera kerana ana pada masa itu sedang Mesyuarat Pengurusan Sekolah.Makluman terpaksa dipinta daripada Ukhti Fatimah untuk menghubungi Umirose kerana ada appointment rawatan akar gigi pada pukul 3.30 petang.Dalam fikiran ana siapa yang akan handle program ini memandangkan hari ini adalah hari bekerja. Tapi ana meletakkan harapan yang tinggi pasti ada ikhwah dan akhawat yang akan membantu ana menyelesaikan kemelut ini.Semuanya berlegar tanpa henti hinggalah pada pukul 7 malam apabila Akhi Khairil membantu menyalin bahan Umirose masa kat KPJ.Seterusnya Ateh memberikan persetujuan untuk bersama menyampaikan slot tersebut dengan syarat bosnya membenarkan beliau keluar jika surat boleh sampai sebelum program bermula.Ana pun meletakkan harapan yang tinggi kepada bos(pengetua)agar memberikan keizinan untuk keluar daripukul 10 hingga 1 tgh.

Apa yang ana nampak disini adalah kesungguhan untuk kita membantu ikhwah dan akhawat lain agar dengan keihlasan kita maka Allah akan memudahkan kita untuk bekerja bagi memakmurkan agamanya.Maka tolonglah saudaramu yang didalam kesusahan agar Allah akan membuka pintu rezkinya dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Itulah rezeki Ust Wan Ali Akhbar dapat bertemu dengan kami.Beliau hanya melayari Blog umiroses dan meminta umirose memberikan ceramah untuk KEMPEN BIAH HASANAH.Tahniah kepada Ust. Wan.

Ust Wan pernah berkhidmat di Al Amin Keramat dan Al Amin Gombak sebelum meneruskan perkhidmatannya Di SMK Mambau. Ini adalah posting pertama dalam Kementerian. Suasana Islamik semasa berada dalam sistem sekolah ISLAM mendorong beliau untuk gagahkan diri membuat program sebegini.Kesedaran Ust Wan harus di rasai oleh semua guru-guru kita yang telah lama berada dalam medan dakwah ini. Adanya kita di sekolah itu merupakan satu peluang yang terbuka luas suntuk kita mentarbiyah anak didik kita agar mereka menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kempen menutup aurat telah dibincangkan dengan lebih meluas mencakupi dimensi yang besar hingga lah kepada perlakuan zina.Pengakuan beberapa remaja yang telah ketelanjuran memberikan satu impak dan terkesan dihati ini. Alhamdulillah dalam sentuhan hati yang dibawa pada sesi muhasabah diri, anak-anak ini bersungguh untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Dalam usia 13 hingga 17 tahun gejala negatif ini berleluasa walaupun remaja ini masih berada di bangku sekolah. Pada wawalnya anak-anak ini nampaknya agakliar untuk mendengan celoteh kami, tapi dengan persembahan yansg pelbagai dan tayangan video telah memahatkan hati mereka untuk terus berada bersama kami sehingga kepukul satu tengahari.Tahniah kepada semua elajar yang telah dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya yang di campakkan kasihsayansg Allah kepada mereka. Bukan semua remaja berpeluang mendapat kasihsayang Allah. Tapi mereka telah merasakan dengan sentuhan hati dan rasa keinsafan kasihsayang Allah adalah lebih mulia dari kasihsayang kekasih iaitu sesama manusia.

Dalam sesei soal selidik didapati 60 % biasa melihat video lucah.20% pernah melakukan zina dan 20 % sahaja pelajar yang benar-benar bersih dari maksiat tapi rata-rata pelajar ada pasangannya. :"Ustazah kalau keluar dengan kekasih berdosake tapi kita tak buat apa-apa?Itu merupakan soalan cepumas!
Lihatlah betapa jahilnya anak-anak kita apabila nilai baik dan buruk tak dapat dibezakan? Dimana neraca kehidupan mereka?
Sistem pendidikan hari ini tidak mampu meletakkan almizan yang sebenar kepada anak anak.Mereka terumbang ambing tanpa panduan. Masyarakat meletakkan nilai yang salah dalam membentuk peribadi anak-anak.

Ibubapa moden sanggup berbelanja untuk pencapaian akademik anak-anak kerana ini adalah masa depan mereka. Tapi sanggupkah ibubapa mengorbankan harta dan masa mereka untuk ISLAM?Menagiskah ibubapa jika anak tidak pandai solat?mengaji?

Atau ada ibubapa yang risau jika anak remaja mereka belum ada couple?Maka pelabagai strategi di pasang untuk memancing sang dara dan teruna , takut kalau-kalau anak remaja mereka jadi andaratu atau bujang telajak!

Apabila nilai yang dipegang tidak mengikut acuan Islam , maka rosaklah remaja dari segi adab dan akhlaknya.Berlakulah gejala Remaja ditangkap berkhalwat.Anak rogol ibu sendiri, bayi dibuang dalam tong sampah, mat rempit mati dijalanan dan pelbagai gejala yang tidak sihat berlaku disekeliling kita.

Ayuh Ikhwah dan akhawat mari kita sama-sama mengetuk pintu hati anak-anak ini untuk berubah kepada yang lebih baik lagi. Allah tidak akan mengubah diri seseorang itu kecuali diri mereka sendiri yang inginkan perubahan . Marilah Bersama Islam Membina Masyarakat.
Sila aturkan KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA ditempat anda. Email maklumat kepada Forum_JIMNS@yahoogroups.com

Jumaat, 12 Jun 2009

RASA KEHAMBAAN: CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

RASA KEHAMBAAN: CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

Portal JIM Media Johor - KBM Kolej Uniti PD

Portal JIM Media Johor - KBM Kolej Uniti PD: "Program Keindahan Bersamamu (KBM)
Kendalian Kelab Remaja JIM (KRJ) Johor
Di Kolej Uniti, Port Dickson, Negeri Sembilan
1-2 Disember 2007


Alhamdulillah, KBM telah melakar sejarah tersendiri apabila KRJ Johor telah bertandang buat kali pertama di Negeri Sembilan mengadakan KBM bersama-sama dengan lebih kurang 60 pelajar IPT Kolej UNITI pada 1-2 Disember 2007.

Ini merupakan KBM kali pertama diadakan untuk pelajar IPT. Ini bermakna KBM telah berjaya diadakan bersama-sama dengan pelajar sekolah (rendah dan menengah), IPT dan dewasa - aktivis JIM.

Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar sepanjang KBM berlangsung.




kmky3.jpg



kmky2.jpg



kmky1.jpg



kmky4.jpg"

Rabu, 10 Jun 2009

Peranan Ibu Membangunkan Masyarakat Bebas Jenayah Dan Gejala Sosial

Peranan Ibu Membangunkan Masyarakat Bebas Jenayah Dan Gejala Sosial: "Sempena Sambutan Hari Ibu 2009

8 Mei 2009

PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL

Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.
Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.

Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang"

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan

Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan: "Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Sabtu 16 Mei - Sebuah bengkel penulisan bertemakan “Cikgu, Saya Ingin Berkarya” telah diadakan bagi
mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan para remaja dan individu-individu yang berminat. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Media & Penerangan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan ( JIMNS ) serta Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) bertempat di Pejabat JIM Dataran Senawang.
Bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta, dan diikuti pembukaan majlis pada sekitar jam 9 pagi. Seterusnya, bermulalah sesi penyampaian oleh tetamu yang diraikan, Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin selaku Munsyi Dewan merangkap Ketua Satu PEN. Para peserta yang hadir sungguh bertuah kerana berpeluang untuk memperoleh pelbagai ilmu tentang langkah-langkah persediaan dan teknik–teknik membuat penulisan khasnya penghasilan karya. Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk menyampaikan hasil karya masing-masing untuk diperbaiki bersama.
Selesai penyampaian cenderahati kepada Puan Hajah Mahaya, majlis bersurai sekitar jam 1 tengahari. Walaupun kuantiti para peserta tidaklah ramai iaitu seramai 10 orang, namun diharap kuantiti yang kecil ini akan membuahkan kualiti seterusnya menyumbang ke arah perkembangan da’wah melalui mata pena, insyaAllah.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."

ToT ABJZ Di Negeri Sembilan

ToT ABJZ Di Negeri Sembilan: "ToT ABJZ Di Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Ahad 17 Mei - Dewasa ini, gejala sosial kian berleluasa. Pergaulan bebas kesan budaya hedonisme yang melampau menggalakkan
lagi berlakunya zina di kalangan masyarakat tidak kira usia mahupun lapisan masyarakat. Perlakuan yang menghancurkan maruah, merosakkan ummah ini semestinya dibendung bagi menjamin kehidupan generasi mendatang.
Justeru, bagi menyahut cabaran ini, program “Training of Trainers – Anda Bijak Jauhi Zina” yang dikendalikan oleh para jurulatih Anda Bijak Jauhi Zina dari Raudhatus Sakinah Induk dan Selangor telah diadakan pada 17 Mei 2009 di Pejabat JIM Dataran Senawang . Seramai 40 orang peserta yang telah menyertai latihan ini dari pelbagai agensi termasuklah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Program yang dikendalikan oleh Puan Rosmawati Zainal, Puan Yusnani Abdul Hamid, Cik Roha Hassan dan Puan Siti Aini ini sedikit sebanyak berjaya mengusik hati para peserta untuk memahami akan tanggungjawab dan peranan yang mesti dijalankan oleh setiap individu. Topik-topik seperti cinta dan seks yang begitu sinonim dengan perlakuan zina dikupas agar para peserta kursus lebih memahami jiwa remaja masa kini. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan penyakit-penyakit kesan seks bebas di samping gejala pembuangan bayi sebagai antara langkah memberi amaran.
Program yang berlangsung pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 5 petang. Semoga usaha murni ini diberkati dan misi Raudhatus Sakinah menjelang tahun 2020 akan menjadi kenyataan berkat kegigihan, kerjasama dan doa semua.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."

Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan

Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan: "Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan
Ainul Yaqin Abdullah
SEREMBAN, 9 Mei Ahad - “Wanita Sihat Peneraju Keluarga Bahagia” begitulah tema bagi
Seminar Kecemerlangan Wanita Islam (SMIWI) yang telah diadakan di Dewan Sg Ujong, Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Ini merupakan julung-julung program yang dianjurkan oleh Wanita JIM Negeri Sembilan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seremban dan Badan Kebajikan Islam, MPS (BAKI).
Program telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Mohd Zuhaidi Abd Wahab, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam, JPNS seterusnya diikuti perasmian oleh Tn Hj Mizan Bin Maulud selaku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat NS. Beliau menegaskan bahawa majoriti wanita pada zaman ini terlalu mementingkan kecantikan dan kesihatan sehingga menjadi mangsa produk rawatan tersebut tanpa mengetahui langkah penjagaan yang sebenarnya. Saranan beliau supaya wanita hari ini dapat menjaga akhlak, personaliti dan penampilan agar dapat meneraju keluarga yang cemerlang.
Seminar ini dimulakan dengan Slot Perkongsian Rawatan Alternatif – Bekam Al-Hijamah oleh Pn Hjh Noraeni Bt Mohamed. Sesi perkongsian berjaya menarik minat sebilangan peserta untuk mendapatkan rawatan alternative bekam seperti yang dianjurkan oleh baginda sollallahu’alaihi wasallam dalam hadis sohih yang dinyatakan.
Seterusnya ditampilkan tiga agenda bicara iaitu Bicara 1 : Sihat Minda, Sihat Fizikal, Indah Rohani, Sejahtera Diri yang disampaikan oleh Dr Hj Nordin Bin Saleh. Penyampaian beliau memberikan input mengenai tahap kesihatan, gaya hidup individu serta langkah-langkah pencegahan dalam pembangunan gaya hidup yang sihat.
Bicara kedua di"

Gotong Royong WJIMNS

Salam

Gotong Royong WJIMNS diadakan pada hari Rabu 9 Jun 09. Tujuannya untuk mengemaskini aktiviti dan mengumpul maklumat untuk karnival Dakwah Masyarakat Majmuk.Semua ahli yang mempunyai gambar atau maklumat berkaitan dengan WJIMNS boleh membantu bagi tujuan ini.

Kami hanya sempat mengumpulkan gambar bagi aktiviti TADIKA Anfal sahaja.Antara perkara yang perlu update ialah
  • brochure WJIMNS
  • bunting tentang semua Biro atau Lajnah
  • Carta Organisasi
  • Aktiviti berkaitan dengan program WJIMNS
  • Aktiviti Aulad
  • Aktiviti Tadika
  • Jim IPT
  • Kelab Remaja JIMNS

Sesiapa yang mempunyai ide bolehlah fowardkan kepada email: minah_sttj@yahoo.com

ummuirfaan@yahoo.com

Hari Keluarga JIMNS

Salam
Hari Keluarga JIMNS telah bertlangsung pada 31 Mei yang lepas. Jazakallahkhairan khatira kepada semua yang telah sempat hadir . Seramai lebih kurang 10 keluarga telah bersama ditepi Pantai Batu 5 Youth Club.

Sarapan dan BBQ ayam disediakan oleh JIM Seremban. Pandai juga ikhwah bakar ayam.Creative dan inovative menggunakan rak pinggan terpakai untuk jadi sebagai tempat bakar ayam.Satu idea yang baik. Jadi kalau ada ikhwah dan akhawat yang tak nak guna lagi tempat pinggan mangkuk lama bolehlah kita gunakan untuk bakar ayam.

Kami juga didatangi oleh 2 pegawai penguatkuasa yang memerhatikan aktiviti kita dari jauh.Mereka memberi amaran untuk tidak mendirikan khemah bagi tujuan rehlah. Jika engkar denda sebanyak RM 500 akan dikenakan.Jadi kami akur dengan permintaan pihakpenguatkuasa.Ana sempat bertanya kalau ada couple bagaimana? adakah pemantauan dibuat?Penguatkuasa pun angguk -angguk je. Mungkin dalam hati geleng-geleng.Ada dua couple tidak selesa berada dalam kawasan rehlah Keluarga JIMNS.

Selain dari ahli Keluarga JIMNS, Ketua Wanita Pahang, Pn Siti Aisyah Mahamad , suami akhi Samsudin serta anaknya Syahid juga sempat bersama kami dalam perjalananya dari Melaka Ke Kuala Lumpur.Terima kasih diucapkan atas kesudian menjamu selera ayam panggang bersama kami.Sambutan Hari Keluarga JIMNS disambut sederhana.Mungkin dilain kali JIMNS boleh merancang untuk mengadakan hari keluarga ini secara lebih meriah lagi. Inilah masanya nak kenal dengan semua ahli keluarga masing-masing. Yang jauh didekat-dekatkan , yang dekat di mesra-mesrakan semuga ukhuwah bertaut erat hingga ke akhirat.

Ahad, 31 Mei 2009

Bengkel Penulisan2

Salam,
Satu bengkel penulisan ke 2 bersama dengan Pn Mahaya telah diadakan pada 30Mei 2009 di Taman Budaya Negeri Sembilan. Seramai 5 ahli wanita telah hadir ke bengkel tersebut.Bengkel ini adalah bertujuan untuk mencungkilbakat penulis dalam menulis puisi, gurindam, pantun , sajak dsbnya. Tema Bengkel ialah 'Keunikan budaya teras pemantapan insan mulia'.

Kepada mereka yang berminat dan ingin menulis, silalah hantarkan karya anda kepada email berikut

mahaya_es@hotmail.com

Ahad, 24 Mei 2009

ANDA BIJAK JAUHI ZINA KINI DI KPJ INTERNATIONAL COLLEGE


SALAM


Kempen ABJZ akan menyusul ke KPJ International College. Sila berhubung dengan KW JIMNS dan KBJ untukmaklumat lanjut.


Tarikh: 13 Jun 2009

Tempat: KPJ International College, Bandar Seriamas,Nilai

Masa: 8.30pagi - 12.30 tgh.



Semua di jemput hadir. Peserta TOT ABJZ sila daftar nama anda sebagai petugas.Selamat Berkempen

AKTIVITI WANITA DISANA SINI










Muzakarah Wanita Negeri Sembilan


Salam,


Semua akhawat yang dikasihi...ana dengan rendah hati ingin mengajak semua akhawat Wanita berkongsi pandangan dan juga ide dalam menjayakan RJIM2 Wanita Negeri. Oleh itu ana minta apalah kiranya Akhawat dapat melapangkan waktu pada cuti sekolah ini untuk bersama memikirkan aktiviti dan juga perancangan kita bagi penggal kedua.Alhamdulillah kita hampir 90% berjaya melaksanakan semua perancangan pada awal sesi RJIM 2(Sept-Mei) . Tarikh yang di cadangkan ialah pada hari Rabu 3 Jun 2009.

Parenting Skill


Tadika Al Anfaal Paroi Jaya telah mengadakan Bengkel Parenting Skill pada 23 Mei 2009 bertempat di Tadila Al Anfal . Peserta adalah ibubapa dan juga penduduk sekitar Paroi Jaya. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Nor Izam.


Terima kasih kepada semua yang bertugas pada bengkel tersebut.Syabas kepada Cikgu Rashidah atas usaha yang gigih membangunkan Tadika.

Ajarlah anakmu solat pada usianya 7 tahun dan rotanlah mereka pada umur 10tahun....jika mereka engkar. Abdullah Nasih Ulwan...Pendidikan anak-anak dalam Islam.

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA .....Renungkanlah....

Bengkel penulisan JK Medaia bersama PENA

cikgu aku ingin berkarya
Sempena Hari Guru JK Media ,Penerangan dan WJIMNS telah mengadakan Bengkel Penulisan

Cikgu Aku Ingin Berkarya

Bacalah dengan nama Allah

Yang mengajar dengan kalam

Basahkan Bibirmu dengan Zikrullah

Semarak Islam di seluruh Alam.


TOT Anda Bijak Jauhi Zina


Pada 17 Mei yang lepas, satu program Anda Bijak Jauhi Zina telah diadakan di pejabat JIM Dataran Senawang. Seramai 40peserta telah berjaya mengikuti latihan tersebut. Ahli Lembaga Raudhatus Sakinah telah turun padang memberi kursus ini kepada peserta NS.
Peserta kursus terdiri dari pelbagai latarbelakang, termasuklah kaunselor Politeknik,JKM,Sekolah,Pekerja Hospital, guru-guru dari Seremban dan PD, pelajar, suri rumah,Trainer dari MAINS dan pekerja Shell.
Dua orang kaunselor daripada Kuala Pilah dan juga Jempol telah mendaftar sebagai ahli JIM. Semuga bertambahlah takungan ahli kita . Masih ramai lagi di luar sana yang ingin disantuni.
Lembut dan sopan gerak langkahmu
Lambang mukminah dan kewanitaan
Tangkas menyahut cabaran waktu
Ciri-ciri wanita gemilang
Dalam kelembutan
Ada semua
Keyakinan dan sifat kepimpinan
Dalam keluarga dan rumahtangga
Engkau isteri dan ibu teladan
Mesra ceria di dalam bekerja
Kemas ikhlas dalam persatuan
Membawa Islam
Kita mengorak langkah
Wanita JIM bersama masyarakat
c/o
Berserah pada Allah
Yakini Rasulullah
Peribadi Solehah
Berbakti pada insan
Suburkan kasih sayang
Kekalkan kemesraan
Mari sambut seruan
Mari berpimpin tangan
Kita mara ke depan
Teruskan perjuangan
Didik anak warisan
Pemimpin yang beriman.

SMIWI

Salam
SMIWI kali kedua telah dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama denganJKM, MPS dan WJIMNS telah memberikan satu input yang baru dalam komunikasi masyarakat tentang masalah wanita khususnya dan masalah masyarakat amnya.

JKM adalah satu badan yang menangani masalah ssosial masyarakat dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Keperihatinan masyarakat adalah merupakan tonggak keharmonian negara. Sekiranya masyarakat yang ada dikeliling kita bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, maka makin bertambah teruklah masyarakat kita hari ini. Kini kita mengalami bahang ini iaitu bahang teknologi canggih yang disalah gunakan untuk kepentingan diri dan memuaskan nafsu masing masing. Manusia lupakepada Tuhan mereka. Yang mereka cari adalah glamour dan kecantikan.Populariti dan kemewahan.Sanggup menggadai maruiah diri hanya kerana mereka ingin memuaskan nafsu serakah mereka.

WJIMNS terpanggiluntuk mengadakan seminar kesihatan wanita dari segi mental, fizikal, jasmani dan rohani maka sejahteralah diri.

Kesejahteraan diri adalah fokus utama kita supaya kita sentiasa mengamalkan caragaya hidup sihat.Kesihatan untuk kita beribadah kepada Allah . Kesihatan adalah anugerah Allah yang sangat berharga.Jangan kita sia-siakan usia muda sebelum tua, senang sebelum susah, lapang sebelum sempit,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.

Segala perkongsian yang disampaikan pada hari ini merupakan perkongsian semua lapisan masyarakat. Samada ibu, ayah, pekerja awam,pekerja swasta, sesiapa sahaja maka perlu di beri ingatan kepada semua bahawa kita hidup dalam satu masyarakat yang sentisa bantu membantu dan tolong menolong antara satu sama lain.

Tahniah kepada anda yang telah mendaftar menjadi ahli JIMNS. Ikutilah aktiviti kita dalam email berikuit:Forum_JIMNS@yahoogroups.com

KBM NEGERI SEMBILAN KALI KE 2

SALAM,
TAHNIAH kepada KRJ NS atas penganjuran KBM buat kali kedua di Negeri Sembilan. Terima kasih kepada semua AJK Wanita yang telah bertungkus lumus untuk membantu KRJ dalam menjayakan KBM di STTJ.Dari mula pendaftaran hinggalah ke hari terakhir AJK Wanita berada bersama dengan Team KRJ NS dan KRJ KL untuk memberi sokongan Moral. Penceramah pada hari tersebut ialah PN Faridah Maludin dan Pak Long NS. Pengendali utama ialah Abang Hafiz (bai) dari KRJ Innovation.

Tarikh:9-10Mei 2009
Tempat :STTJ

Hasil nya ramai peserta menjadi ahli KRJ termasuklah peserta India.Borang KRJ Habis dan akan di import kemudian dari Pusat.TPSM bantu KRJ dapatkan Naqib dan Naqibah peserta KRJ STTJ.

DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK

Pada 2 Mei yang lepas JK Dakwah telah mengadakan satu sesi DMM siri pertama di Masjid Bandar Senawang.
WJIMNS mengucapkan terimakasih kepada semua wanita yang hadir pada hari tersebut.Semuga usaha untuk memperlengkapkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai pendekatan akan dapat menyemarakkan dakwah dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Usaha berterusan semua lajnah pasti akan membuahkan hasil.Tiada usaha hasil tidak dapat dituai.
AYUH WANITA YANG MENGHAYUN BUAIAN PASTI AKAN MENGGONCANG DUNIA....

Rabu, 6 Mei 2009

Lawatan kw Pusat. Dr Harlina Harliza Hj Siraj

salam
Terima kasih kepada semua akhawat yang telah dapat bersama dalam sesi brainstorming dan penerangan dan perkongsian bersama ketua wanita pusat , Dr Harlina Harliza Hj Siraj.Dalam penyampaian beliau tentang halatuju wanita JIM, beliau telah ,memberikan input tentang RJIM2dan KPI yang perlu di capai oleh wanita. Wanita Negeri juga di ingatkan untuk membawa bersama misi yang di war-warkan oleh pusatSupaya segalaperancangan peringkat pusat dapat dicernakan bersama oleh Negeri dan Daerah.Isu-isu wanita yang dibincangkan diperingkat pusat perlu diperjuangkan ke peringkat Negeri dan Daerah.
Semua ahli diingatkan supaya masing-masing memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ummah seterusnya menyebarluaskan syariah di lokaliti masing-masing.Wanita perlu berani menyahut cabaran dan yakin dengan kapasiti masing-masing.Setiap daripada kita adalah berperanan membawa risalah Islam untuk dihayati bersama oleh setiap masyarakat.Wanita perlu bekerja sebagai satu team untuk melihat impak dakwah yang menyerlah.
Satu analogi yang dibawa oleh Dr Har ialah kisah seekor anak gajah yang ditambat disebatang pokok.Anak gajah ini sangat selesa berada di tambatan tanpa rasa takut dan bimbang kepada bencana yang datang. Anak gajah ini tak sedar hari makin hari anak gajah makin besar dan matang.Tapi anak gajah ini sentisa berada dalam state yang selesa dan merasakan tak perlu untuk bergerak kemana-mana dan anak gajah ini tak sedar usianya telah meningkat.Saiz badannya lebih besar dari pokok yang menambatnya.Kalaulah ada usaha gajah itu untuk bebas , dia hanya perlu merentap rantai yang mengikatnya.Maka di lihat gajah tersebut tidak berani memulakan langkah untuk menapak dan maju kehadapan.
ayuh wanita JIM BANGUNLAH DAN SAHUTLAH SERUAN ALLAH DAN RASULNYA....SEMUGA KAMU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Sabtu, 18 April 2009

smiwi kesihatan

salam
SMIWI Kesihatan Mental dan Fizikal akan diadakan pada 9 Mei 2009.Perbincangan awal dengan JKM dan BAKI MPS telah mendapat kesefahaman. IsnyaAllah peserta daripada JKM. BAKI dan beberapa pertubuhan wanita akan membuka lebih banyak ruang untuk mengujudkan gagasan wanita dan mencapai KPI dalam KRA 2.2.

Rabu, 15 April 2009

Perjumpaan dengan pengerusi BAKI

SALAM
Semuga akhawat berada dalam peliharaan dan lindungan Allah sentiasa.

Langkah demi langkah ku susuri
Pendakian puncak abadi
Tiada noktah kusedari
Mampukah aku berdiri?

Itulah simboliknya kata-kata yang membawa seribu satu makna.

Ayuh semarakkan dakwah dengan hujah.
Cairkan hati dengan zikrullah
Ringankan tangan menadah doa
Menyantuni insan berhati gundah.

Dengan pembukaan madah tadi WJIMNS bersama Unit Media /JK Penerangan akan menganjurkan satu sesi perbengkelan penulisan puisi yang akan di jayakan bersama Dewan Munsyi PEN Negeri Sembilan Pn Mahaya Mohd Yassin. Beliau merupakan isteri kepada Allahyarham Agus Salim seorang penulis buku yang tidak asing di Negeri Sembilan.

Tentative Program:-

8.30 pagi Pendaftaran
9.00 Sesi Ceramah bersama Dewan Munsyi
Pn Hjh Mahaya bte Mohd Yassin.
10.00 Kudapan
10.20 Perkongsian puisi/sajak
11.30 Bait-bait indah terserlah bak mutiara
12.30 Penyampaian hadiah dan majlis penutup

Selasa, 14 April 2009

WAR-WAR kan program terdekat

ABJZ SMT Tuanku Jaafar 25 April 2009
KBM SMT tuanku Jaafar 9 dan 10 Mei 2009
SMIWI 9 MEI 2009
ABJZ 6 Jun 2009

kolaborasi dengan jkm

salam,
Buat semua ahli WJIMNS semuga anda berada dalam lindungan Allah hendaknya.
Petang tadi telah berlangsung perjumpaan KW dan TKW dengan Pegawai Daerah JKM Seremban.Sesi perbincangan berkisar tentang SMIWI kesihatan dan alternative rawatan perubatan Islam. Kehadiran kami adalah untuk mengujudkan kolaborasi bersama denganJKM dalam program yang mana fokus utama kami adalah untuk menyantuni ibu tunggal.Ini dalam rangka mencapai KPI menujudkan PAKSI Negeri Sembilan.Clien ini mempunyai potensi untuk disantuni kerana mereka merupakan golongan yang tertindas dan kurang di beri santunan.
Bukan itu sahaja kami juga berpeluang menyelami lebih mendalam fungsi JKM itu sendiri.Banyak masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan masyarakat ini. Mereka sentiasa di datangi oleh keluarga yang bermasalah, remaja yang terlanjur, penderaan kaum keluarga,kes pembuangan bayi, masalah suami isteri, hak penjagaan anak dan bermacam-macam masalah yang mereka sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan.Walaupun mereka mempunyai professional yang berkelayakan untuk membantu mnyelesaikan masalah itu, tetapi kaunselor yang ditugaskan merupakan non Muslim yang hanya dapat memberi nasihat dari sudut kemanusiaan sahaja. Wanita JIM merasakan perlu ada kolaborasi dengan JKM dalam menangani masalah umat Islam terutama yang melibatkan kaum wanita. Ada beberapa jawatankuasa yang diujudkan oleh pihak JKM , contohnya J/K Pelindungan Kanak-kanak Daerah dimana satu pusat yang ditubuhkan untuk membantu golongan ibu tunggal menjaga anak-anak mereka selepas sesi persekolahan. Dua Pusat di tubuhkan satu di Mantin dan satu lagi diTaman Seri Mawar.Pusat ini menyediakan aktiviti yang dapat memenuhi masa lapang pelajar yang di beri jagaan waktu siang sahaja sementara menunggu ibubapa balik bekerja.Seorang sukarelawan di tugaskan menjaga pusat ini . Tetapi apa yang dilaporkan oleh pegawai daerah, nampaknya tiada aktiviti yang berfaedah dijadualkan untuk kanakkanak ini kerana penjaga tersebut juga bekerja pada waktu petangnya. Oleh itu premis ini hanya dibuka pada waktu pagi dan tidak pada waktu petang.Walaupun setiap daerah diberi peruntukan sebanyak RM 15000 setahun , tapi kesannya boleh dipersoalkan.
Setelah mendengar penjelasan yang panjang lebar ,kami pun membuka lembaran menawarkan kerjasama yang boleh dijalankan bersama JKM ini untuk menangani masalah umat Islam.Beberapa program yang ditawarkan termasuklah program ABJZ, KRJ,AULAD dan juga program berkala untuk wanita.
Berbalik kepada Kerjasama dengan JKM dalam program SMIWI,padadasarnya Pegawai Daerah, Pn Faizah telah bersetuju untuk menjayakan program ini bersama dengan WJIMNS.@ juga dengan MPS dan Koperasi ANGKASA.Koperasi boleh membantu untuk menyediakan gerai jualan dalam program ini dan sedikit sumbangan boleh di minta daripada koperasi sebagai token.
InsyaAllah esokkita akan berjumpa dengan Pengerusi Badan Kebajikan Islam MPS untuk kerjasama menyediakan dewan dan membekalkan peserta bagi SMIWI ini.Doakan segala usaha kerdil ini mendapat keredhaan Allah SWT. AMEEN YA RABBAL'ALAMINNNN

Sabtu, 11 April 2009

sesi brainstorming dan high teadi rumah KW

SALAM
Satu sesiBrainstorming dan juga High tea bersama ahli diadakan di rumah KWJIMNS pada hari Ahad 12 April 2009. Sesi brainstorming ini bertujuan untuk ramah mesra dengan ahli wanita dan seterusnya mewar-warkan program wanita Negeri.Sesi ini juga bertujuan untuk mendapat input daripada ahli tentang program wanita dan[encapaiannya di peringkat negeri. Review RJIM2 sehingga bulan Mac.Diharap semua Naqib dan Naqibah dapat memberitahu ahli dan juga dapat memanjangkan makluman ini.alamat KW :-

Pn Hjh Minah Ahmad
No 6 Jln Widuri 2 Kg Sentosa Jaya
70400 Seremban.

Jumaat, 10 April 2009

ABJZ

Ada beberapa program ABJZ yang adadalam perancangan

Tarikh untuk sekolah yang minta :
Pendeta Zaaba Mei /April
SMT Tuanku Jaafar 25 April 2009
KPJ Nursing College Awal Jun
TOT For ABJZ hujung Mei

Boleh bincang? Susun ikut keperluan klien . Minta S/U Uruskan.

Coming program dengan KBM SMT Tuanku Jaafar minta umi Nita Bincang dengan Muhannad.

Blogger: .:: Ke Arah Memartabatkan Syariat Islam ::. - Buat Catatan

Blogger: .:: Ke Arah Memartabatkan Syariat Islam ::. - Buat Catatan
KERTAS KERJA SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA (SMIWI)


1.0 Pendahuluan

Isu-isu wanita sering ditimbulkan dalam perbincangan semasa. Antara topik hangat yang selalu mendapat liputan dan perhatian meluas di dalam majalah-majalah dan media massa adalah perihal kecantikan dan kesihatan wanita dalam Islam. Malangnya, kejahilan umat Islam khususnya wanita Islam, menyebabkan ramai yang terpedaya dan kecundang dalam menangani permasalahan kesihatan mereka. Kecantikan luaran diberi penekanan sepenuhnya sementara kecantikan dalaman dianggap tidak penting dan seperti diabaikan. Organ-organ badan yang dikurniakan Ilahi tidak dipandang sebagai amanah yang perlu dijaga dan yang akan diberi kuasa untuk menceritakan semula amalan-amalan di masa lepas semasa di akhirat nanti. Terdapat di kalangan wanita Islam yang gagal menangani permasalahan kesihatan mengikut cara yang disarankan oleh syariat Islam.

Sebenarnya terdapat panduan kesihatan seperti dalam mengambil wuduk, beristinjak, meneguk minuman dan mengunyah makanan dalam ajaran Islam. Panduan-panduan itu jelas mempamerkan kesyumulan Islam dalam menekan kesihatan penganut-penganutnya.

Wanita Islam memerlukan ilmu yang mantap sebagai persediaan menghadapi masalah kesihatan yang sangat mencabar terutama di kota metropolitan.

Oleh itu Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) merasakan amat perlu diadakan satu seminar khusus yang memberikan pengisian dan maklumat kepada wanita Islam khasnya berkenaan bagaimana meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan wanita dari pandangan Islam.


2.0 Tema

Wanita Sihat Peneraju Keluarga Bahagia


3.0 Objektif Umum

Memupuk kesedaran di kalangan wanita untuk menjaga kesihatan fizikal, mental, minda dan spiritual.


4.0 Objektif Khusus

4.1 Meningkatkan kefahaman wanita tentang kesihatan dan kemuliaan akhlak.
4.2 Memberi panduan bagaimana memelihara kesihatan wanita moden.
4.3 Menangani gejala-gejala yang menggugat kesihatan wanita.


5.0 Anjuran

Wanita JIM N.Sembilan (WJIMNS) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Koperasi Angkasa N.Sembilan


6.0 Penyertaan

Ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan wanita Islam, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar IPT, belia yang berumur 18 tahun ke atas dan masyarakat umum.
Anggaran peserta : 150 orang
7.0 Tarikh, Masa dan Tempat

7.1 Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
7.2 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
7.3 Tempat : Dewan MPS, Seremban.



8.0 Ahli Jawatankuasa Penganjur

AHLI JAWATANKUASA

SPESIFIKASI TUGAS
Pendaftaran :
Fadzilah Bt Musa
Salhalida

Ø Menyediakan borang pendaftaran dan menaip sijil
Ø Mengutip yuran peserta (Ibu tunggal bantuan JKM dikecualikan)
Ø Memaklumkan pendaftaran terkini kepada bendahari
Ø Menyediakan sijil peserta program.

Sambutan :
1. Abdul Halim B. Yusuf & AJK JIM Negeri & Daerah
2. Minah Bt Ahmad & AJK WJIMNS

Ø Persediaan sambutan penceramah
Ø Menyambut ketibaan tetamu jemputan dan peserta
Ø Mengiringi tetamu jemputan & penceramah

Penceramah :
Aryati Bt Ariffin
Siti Khatijah Bt Abu Hassan
Ø Menghubungi dan memaklumkan kepada penceramah latar belakang seminar dan tajuk pembentangan.
Ø Menetapkan tarikh dan masa ceramah
Ø Membuat surat dan jemputan penceramah

Persiapan tempat :
Mohd. Zaki B. Muda
Hasri B. Wazir
Minah Bt Ahmad

Ø Menempah tempat untuk ceramah mengikut cadangan tarikh
Ø Memaklumkan kepada pengarah program berkaitan perubahan tempat
Ø Menguruskan peralatan/ keperluan dewan seperti PA System, kerusi , sofa & meja sofa serta meja jualan/pameran.

Publisiti:
Fatimah Bt Md Rasip
Faridah Bt Sulaiman
Rashidah Bt Idris

Ø Mempromosikan program kepada sasaran peserta
Ø Mengedarkan flyers/ brochure
Ø Mengenalpasti bilangan peserta terkini yang menghadiri program
Dokumentasi & Fotografi :
Md Amir B Marwan
Mohd Misri B Dolah Kanan

Ø Mengambil foto dan rakaman video perjalanan program
Ø Menyediakan laporan dokumentasi perjalanan program untuk naqib_ ns.
Siaraya & Teknikal :
Mohd Zailan B. Mohd Munawar
Abdul Malek B. Alias
Ø Memastikan PA system berfungsi dengan baik.
Ø Memastikan bilangan mikrofon yang mencukupi untuk penceramah dan peserta.
Ø Menyediakan banner untuk program dan banner backdrop dewan .



Buku Program :
Aryati Bt Ariffin
Atriza

Ø Menyediakan flyers/brochure program untuk promosi program dan bahan fail

Cenderahati :
Salma Bt Wahidudin
Ainol Yaqin Bt Abdullah
Ø Menyediakan cenderahati untuk 3 orang penceramah
Ø Menyediakan 2 cenderahati untuk perasmi dan pembaca doa majlis




9.0 Aturcara Program

8.00 – 9.00pg : Pendaftaran dan Ketibaan tetamu jemputan

9.00 – 9.15pg : Bacaan doa oleh Utz Hj Mohd Zuhaidi B. Abd Wahab, Penolong Pengarah Pertukaran & Penempatan Unit Pengurusan Pendidikan Islam, JPNS

Ucapan alu-aluan pengarah program


9.15 – 9.45pg : Ucapan Perasmian Seminar oleh Tn Hj Mizan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Seremban

9.45 – 10.00 pg : Kudapan pagi


10.00- 11.15pg : Bicara 1 : Sihat Minda, Sihat Fizikal, Indah Rohani, Sejahtera Diri oleh Dr Nikmah Bt Adam, JK WJIM Pusat

11.30- 12.45pg : Bicara 2 : Anda Adalah Apa Yang Anda Makan oleh Dr Maryam Bt Manap, Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson

1.00tgh-2.00ptg : Makan tengahari dan Solat Zuhur

2.00-4.00ptg : Rawatan Islam Melalui Al-Quran oleh Ustaz Hj Hanafi Rahman
el-Festanji, Pengarah Urusan Ulul Albab Management Services.

4.00 – 4.30ptg : Ucapan Penutupan dan Penghargaan oleh Pn Hjh Minah Bt Ahmad, Ketua Wanita JIMNS

Bacaan Doa Penutup oleh Ustazah Salma Bt Wahidudin dari USIM

4.30- 5.00 ptg : Solat Asar, Kudapan Petang & Bersurai











10.0 Anggaran Peruntukan Kewangan Program

Pendapatan

1. Sumbangan RM6,100.00


JUMLAH RM6,100.00


Perbelanjaan

1. Pakej Seminar satu hari RM3,000.00
(RM20 X 150)

2. Penceramah RM 800.00
(RM200 X 4jam- 3 orang)

3. Cenderahati Perasmi RM 100.00
(RM50 X 2)

4. Kelengkapan Alat Tulis RM 900.00
(RM6 X 150)

5. Publisiti & Percetakan
(Banner, Kertas kerja, flyers/brochure) RM 800.00

6. Perbelanjaan Pelbagai RM 500.00


JUMLAH RM6,100.00


11.0 Penutup

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang digariskan, InsyaAllah…

Ahad, 22 Mac 2009

musyawarah dan tuntutan syarak

Firman Allah dalam Surah As-Syura :38
Maksudnya,
"Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"

Dalam ayat ini menjelaskan, tanpa musyawarah maka hilanglah kekuatan dan kemantapan seperti hilangnya solat.Kesempurnaan iman tidak dapat di capai tanpa syura.
Maka syura merupakan sifat yang penting bagi seorang mukmin.

Dari Aisyah r.a,
"Aku tidak pernah melihat seorang yang bermusyawarah lebih kerap selain daripada Rasulullah."

Perlaksanaan Musyawarah
a.Menggambarkan kematangan keputusan
b. Memberikan ketepatan hujjah
c. Menambahkan kebenaran dalam penilaian.

Kedudukan pemimpin dalam perkara yang diputuskan.

Umar Al Khatab
"Aku telah menyeru kamu sekelian tidak lain kecuali kamu bersama-samaku memikul beban amanah yang telah diberikan kepadaku untuk mentadbir ummah. Aku hanya seorang daripadamu , dan hari ini kalianlah manusia yang mempersaksikan kebenaran itu . Sesiapa yang ingin berbeza pendapat denganku mereka boleh berbuat demikian. Dan sesiapa yang tidak bersdetuju mereka boleh berbuat demikian . Aku tidak akan memaksa kalian untuk tunduk kepada keinginan-keinginan ku"

Musyawarah mencakupi pandangan yang meluas. Bidang yang diputuskan tidak hanya diputuskan oleh ahli tertentu sahaja . Ahli boleh memberikan sumbangan idea dan keputusan yang dibuat perlu diterima denngan hati terbuka.

perlaksanaan musyawarah dibataskan oleh dua dasar
a. tidak boleh melakukan musyawarah untuk mencari satu keputusan yang ditetapkan oleh AlQuran dan sunnah
b.Keputusan hasil musyawarah tidak boleh bertentangan dengan perintah Al Quran dan AsSunnah.

Faedah Musyawarah.
a. memecahkan permasalahan yang di hadapi oleh tanzim
b.meningkatkan keupayaan ahli dalam menangani sesuatu masalah.
c.mempereratkan ukhuwah Islamiyah dikalangan ahli.

Khamis, 19 Mac 2009

KOLABORASI DENGAN JKM

19 Mac 2009


KWJIMN9 telah bertemu dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) n9, bagi membincangkan program bersama. Dalam pertemuan yang singkat, pihak Jabatan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari NGO dalam menangani masaalah sosial di N9.

Beliau juga menyatakan rasa kecewa, kerana pemimpin2 PRo-Kerajaan tidak menunjukkan contoh dalam membela kebajikan kaum melayu. Pemimpin bangsa asing lebih prihatin tentang nasib kaum mereka.

Justeru, Pengarah JKM menyeru agar JIMN9 dan Badan2 NGO dapat bersama2 membantu agensi kerajaan menyelesaikan kemelut ummah. Beliau turut mengesyorkan JKM daerah Seremban dapat membantu JIM dalam aktivi2 kemasyarakatan.

Pihak JIM juga boleh menggunakan pasukan2 di bawah JKM bagi melaksanakan tugas kemasyarakatan.

Dalam pada itu, satu temujanji antara WJIMN9 dan Pegawai JKM Daerah Seremban akan di buat dalam masa terdekat.

Kami bagi warga WJIMN9 mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak terutma KRJ dan JIMN9. Sekiranya ikhwah/ akhwat mempunyai maklumat tentang mereka yang memerlukan bantuan, di harapkan dapat menghubungi kami atau hantar terus butiran dibawah kepada pegawai JKM daerah.

Butiran Yang Diperlukan:
* Nama
* I/c @ No kAD pEngenalan
* Masalah
* Jenis bantuan yang diperlukan

Sokongan kalian amatlah dihargai.. Jazakillah Khairan Kathiran..Wassalam

Selasa, 17 Mac 2009

Berita Aulad

Assalamualaikum

Jawatankuasa Kelab Aulad An Nur. Sila masukkan komen atau aktiviti anda dalam blog ini.

lawatan tokoh JIMNS

Assalamualaikum

Siapakah tokoh wanita di tempat anda?beri komen.

Isnin, 16 Mac 2009

mutiara hadith

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?” Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.”
Lalu baginda membaca ayat al-Quran:
(maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).



*"Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :·


Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. ·


Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. .


Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. ·


Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. ·


Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata,


"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.


Lalu mereka berkata,


"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :·


Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. ·


Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. ·


Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. ·


Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. ·


Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.


·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.


·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."*(^_^)

outreach wjimns


16 Mac 2009


Rombongan WJIMNS telah ke Rumah kanak-kanak rembau (Taman Remaja Putri Rembau) bertemu timbalan pengetua pn Wan Zaleha. Dalamperbincangan WJIMNS akan menhantar sinopsis KBM untuk di pertimbangkan disana.Penghuni rumah kanak-kanak rembau seramai 76 orang dan 60terdiri daripada kanak-kanakdan remaja 12 hingga 17 tahun. KRJ minya bantu menyediakansinopsis tersebut.Program KBM perlu di fokuskan untuk mencapai takungan mad'u pada masa akan datang.


KWJIMNS

0196556832

Ahad, 15 Mac 2009

Ceramah pALESTIN di tempat anda


wanita JIM mengalu-alukan jemputan ceramah PALESTIN di tempat anda.
sila hubungi alamat emel:

Nasyid 4 GAZA

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go downIn Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go downIn Gaza tonigh