Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan: "Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Sabtu 16 Mei - Sebuah bengkel penulisan bertemakan “Cikgu, Saya Ingin Berkarya” telah diadakan bagi
mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan para remaja dan individu-individu yang berminat. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Media & Penerangan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan ( JIMNS ) serta Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) bertempat di Pejabat JIM Dataran Senawang.
Bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta, dan diikuti pembukaan majlis pada sekitar jam 9 pagi. Seterusnya, bermulalah sesi penyampaian oleh tetamu yang diraikan, Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin selaku Munsyi Dewan merangkap Ketua Satu PEN. Para peserta yang hadir sungguh bertuah kerana berpeluang untuk memperoleh pelbagai ilmu tentang langkah-langkah persediaan dan teknik–teknik membuat penulisan khasnya penghasilan karya. Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk menyampaikan hasil karya masing-masing untuk diperbaiki bersama.
Selesai penyampaian cenderahati kepada Puan Hajah Mahaya, majlis bersurai sekitar jam 1 tengahari. Walaupun kuantiti para peserta tidaklah ramai iaitu seramai 10 orang, namun diharap kuantiti yang kecil ini akan membuahkan kualiti seterusnya menyumbang ke arah perkembangan da’wah melalui mata pena, insyaAllah.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."
Rabu, 10 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan