Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Khamis, 9 Februari 2012

Tazkirah buat putriku

Assalamualaikum wb.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Seeloknya kita bercuti pada hari ini agar dapat kita beramal dalam keadaan yang lebih selesa dan bersiap untuk mendengar khutbah pada tengaharinya bagi para muslimin . Pada waktu pagi alangkah eloknya jika dapat mendengar tazkirah subuh dan berwirid mathurat selepas solat fardhu subuh. Kehidupan sebegina tidak dapat kita rasakan di tempat kita iaitu di negeri penuh adat kerana masa cuti kita adalah pada hari Ahad yang memberi ruang kepada penganut Kristian berehat dan mengunjungi gereja pada waktu pagi.Jika ada aktiviti yang memerlukan komitmen guru-guru Kristian pada pagi ini mereka akan memberikan alasan masa untuk mereka ke gereja.Cuba kita renungkan.....amalan yang kita buat saban hari.
Alhamdulillah pada pagi Jumaat yang mulia kita dapat bersama membaca Yasin tanpa gagal setiap minggu. Kebanyakan sekolah dapat melaksanakannya dan menjadi satu budaya yang baik. Masa yang diperlukan hanyalah lima belas minit jika ianya dapat di hayati dengan baik alangkah bagus kerana setiap minggu kita berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan urusan kita disamping dapat kita beramal jariah agar Allah memberi kelapangan kepada kita. Dan memberikan kesejahteraan dan dalam rahmat Allah.
Kedatangan bulan Rabiul awal mengingatkan kita kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kelahiran bagainda membawa cahaya keseluruh alam. Dengan kelahiran baginda juga Islam berkembang.Manusia mula meniti zaman kegemilangan dan tamadun Islam menjadi model kehidupan para sahabat.Bagaimana Rasulullah dapat mencanai generasi Al Quran yang unik sehinggakan Al Quran di lihat berjalan dalam kehidupan mukmin.
Hari ini ,minggu ini, bulan ini kita akan meraikan maulid nabi....begitulah saban tahun peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.Memanglah ini perkara bid'ah yang hasanah....tetapi kita perlu ingat menguikuti sunnah nabi bukan hanya berlaku pada bulan maulid sahaja. Penghayatan kepada keseluruhan hidup baginda dan mencontohi akhlaknya perlu di jadikan amalan. Beramallah sedikit tetapi kamu tetap istiqamah dalam mengerjakannya.
Tahniah kepada pelajar yang dapat menjadikan amalan-amalan yang baik sebagai sebahagian kehidupan mereka.Bersolat di awal waktu, membaca AlQuran, menghormati orang yang lebih tua, berbuat kebajikan dan tolong menolong antara satu sama lain merupakan amalan yang terpuji.
Esok perayaan Maulid Nabi di sekolah kita.Cukupkah hanya sekadar pertandingan sepanduk, berarak dan ceramah telah menjamin diri kita telah mengikut sunnah?Tidak anak-anakku. Hendaklah engkau jadikan budaya dalam kehidupanmu untuk mencintai ilmu dan mengikuti sunnahnya.Nescaya engkau akan selamat jika dua perkara ini engkau jaga...iaitu Al Quran dan Sunnah.

Yuk ayuh kita hidupkan sunnah...marilah kita duduk sejenak untuk kita beriman dan beramal. Inilah langkah bermula.........

Selasa, 7 Februari 2012

Program WANITA IKRAMNS Bersama PIBG SRIAS

Assalamualaikum wb.

Buat julung kalinya pada tahun ini Wanita IKRAMNS akan bekerjasama dengan PIBG SRIAS bagi melaksanakan kempen kesedaran berkaitan dengan pendidikan anak-anak.Tangungjawab ibubapa dalam pembentukan keluarga sejahtera.

Tentatif program adalah seperti berikut :
Tarikh :3 Mac 2012
Masa: 9.00 pagi- 1.00 tgh.
Tempat : SRIAS
Penceramah jemputan: Dr Hafidzah Mustakim
Prof Madya Badlishah Sham Baharin

Semua dijemput hadir.

WANITA IKRAM NEGERI SEMBILAN

Salam

20 hb April 2011 adalah detik bersejarah dengan tertubuhnya IKRAM sebagai satu wadah DAKWAH yang baru.Mulai saat ini juga semua aktiviti WJIMNS di terajui bersama dengan IKRAM NS sehinggalah tertubuhnya sayap wanita IKRAM.

Sayap Wanita IKRAMNS diketuai oleh Pn Hjh Saniyah Abd Wahab .

Barisan ahli jawatankuasa WANITA IKRAMNS terdiri daripada:

Ketua Wanita: Pn Hjh Saniyah Abd Wahab
Timbalan Ketua Wanita: Pn Hjh Minah Ahmad
Setiausaha: Pn Hjh Fadzillah Musa
Bendahari : Cik Habibah Musa
Ahli Jawatankuasa : Pn Siti Katijah Abu Hassan
: Pn Noreini Ali
: Pn Rogayah Abu Bakar
: Pn Fatimah Mat Rasip
: Pn Hjh Aryati Ariffin

Mulai sesi 2011-2012 aktiviti wanita dibawah IKRAM

Selasa, 28 September 2010

Perjumpaan pra MPWN WJIMNS

Salam
Kepada semua AJK WJIMNS

Satu perjumpaan berkaitan dengan penyelarasan laporan dan aktiviti WJIMNS untuk sesi 2009-2011 akan diadakan di rumah KW ,Pn Hjh Minah Ahmad pada 30 hb September 2010
Semua AJK memegang biro sila bawa bersama laporan anda.

Dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Sabtu, 17 April 2010

Kembali ke Rahmatullah

Salam

Innalillah wainnailaihi rajiun....Pada 3 April yang lepas seorang pesakit Kanser yang disantuni oleh WJIMNS telah pergi mengadap Ilahi...semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... ameen.

Selepas mengikuti perkongsian bersama pesakit kanser Cakne WJIMNS, ramai lagi kedengaran mereka yang memerlukan perhatian. Dalam kemelut transisi ke IKRAM banyak juga program bertindih yang perlu di beri tumpuan ... lebih-lebih lagi untuk penubuhan JK baru. Smuga ALLAH memberikan kekuatan bagi kita menghadapi segala dugaannya.

Sabtu, 20 Mac 2010

HARI KELUARGA JIMNS

Salam

HariKeluarga JIMNS telah di adakan di Taman Malaysia Seremban pada 20 Mac 2010. YDP JIMNS saudara Abd Halim Yusuf telah sudi merasmikan hari keluarga tersebut . Dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan JK TPSM untuk merealisasikan hari keluarga dimana ini merupakan suatu usaha yang amat mencabar untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli keluarga JIMNS.Alhamdulillah kali ini seramai 18 keluarga bersama dengan anak-anak dan juga cucu masing-masing.
Acara untuk kanak-kanak, remaja , wanita , lelaki dan keluarga di adakan dalam suasana mahabbah dan ukhuwah fillah. Hadiah yang disediakan amat menarik kerana pemenang mendapat hadiah yang sama pada kategori 1,2 dan 3. Apa yang di tekankan bukanlah persaingan , tetapi penglibatan semua warga JIMNS dalam menjayakan aktiviti santai bersama keluarga besar ini. Semuga ikatan ukhuwah dan kasih sayang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menanti kemunculan IKRAM dengan slogan UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN.

Facebook | Azzahra Abdullah's Photos - untok kamoo..

Facebook | Azzahra Abdullah's Photos - untok kamoo..