Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Ahad, 22 Mac 2009

musyawarah dan tuntutan syarak

Firman Allah dalam Surah As-Syura :38
Maksudnya,
"Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka,"

Dalam ayat ini menjelaskan, tanpa musyawarah maka hilanglah kekuatan dan kemantapan seperti hilangnya solat.Kesempurnaan iman tidak dapat di capai tanpa syura.
Maka syura merupakan sifat yang penting bagi seorang mukmin.

Dari Aisyah r.a,
"Aku tidak pernah melihat seorang yang bermusyawarah lebih kerap selain daripada Rasulullah."

Perlaksanaan Musyawarah
a.Menggambarkan kematangan keputusan
b. Memberikan ketepatan hujjah
c. Menambahkan kebenaran dalam penilaian.

Kedudukan pemimpin dalam perkara yang diputuskan.

Umar Al Khatab
"Aku telah menyeru kamu sekelian tidak lain kecuali kamu bersama-samaku memikul beban amanah yang telah diberikan kepadaku untuk mentadbir ummah. Aku hanya seorang daripadamu , dan hari ini kalianlah manusia yang mempersaksikan kebenaran itu . Sesiapa yang ingin berbeza pendapat denganku mereka boleh berbuat demikian. Dan sesiapa yang tidak bersdetuju mereka boleh berbuat demikian . Aku tidak akan memaksa kalian untuk tunduk kepada keinginan-keinginan ku"

Musyawarah mencakupi pandangan yang meluas. Bidang yang diputuskan tidak hanya diputuskan oleh ahli tertentu sahaja . Ahli boleh memberikan sumbangan idea dan keputusan yang dibuat perlu diterima denngan hati terbuka.

perlaksanaan musyawarah dibataskan oleh dua dasar
a. tidak boleh melakukan musyawarah untuk mencari satu keputusan yang ditetapkan oleh AlQuran dan sunnah
b.Keputusan hasil musyawarah tidak boleh bertentangan dengan perintah Al Quran dan AsSunnah.

Faedah Musyawarah.
a. memecahkan permasalahan yang di hadapi oleh tanzim
b.meningkatkan keupayaan ahli dalam menangani sesuatu masalah.
c.mempereratkan ukhuwah Islamiyah dikalangan ahli.

Khamis, 19 Mac 2009

KOLABORASI DENGAN JKM

19 Mac 2009


KWJIMN9 telah bertemu dengan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) n9, bagi membincangkan program bersama. Dalam pertemuan yang singkat, pihak Jabatan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari NGO dalam menangani masaalah sosial di N9.

Beliau juga menyatakan rasa kecewa, kerana pemimpin2 PRo-Kerajaan tidak menunjukkan contoh dalam membela kebajikan kaum melayu. Pemimpin bangsa asing lebih prihatin tentang nasib kaum mereka.

Justeru, Pengarah JKM menyeru agar JIMN9 dan Badan2 NGO dapat bersama2 membantu agensi kerajaan menyelesaikan kemelut ummah. Beliau turut mengesyorkan JKM daerah Seremban dapat membantu JIM dalam aktivi2 kemasyarakatan.

Pihak JIM juga boleh menggunakan pasukan2 di bawah JKM bagi melaksanakan tugas kemasyarakatan.

Dalam pada itu, satu temujanji antara WJIMN9 dan Pegawai JKM Daerah Seremban akan di buat dalam masa terdekat.

Kami bagi warga WJIMN9 mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak terutma KRJ dan JIMN9. Sekiranya ikhwah/ akhwat mempunyai maklumat tentang mereka yang memerlukan bantuan, di harapkan dapat menghubungi kami atau hantar terus butiran dibawah kepada pegawai JKM daerah.

Butiran Yang Diperlukan:
* Nama
* I/c @ No kAD pEngenalan
* Masalah
* Jenis bantuan yang diperlukan

Sokongan kalian amatlah dihargai.. Jazakillah Khairan Kathiran..Wassalam

Selasa, 17 Mac 2009

Berita Aulad

Assalamualaikum

Jawatankuasa Kelab Aulad An Nur. Sila masukkan komen atau aktiviti anda dalam blog ini.

lawatan tokoh JIMNS

Assalamualaikum

Siapakah tokoh wanita di tempat anda?beri komen.

Isnin, 16 Mac 2009

mutiara hadith

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?” Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.”
Lalu baginda membaca ayat al-Quran:
(maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).



*"Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :·


Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. ·


Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. .


Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. ·


Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. ·


Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata,


"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.


Lalu mereka berkata,


"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :·


Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. ·


Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. ·


Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. ·


Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. ·


Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.


·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.


·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."*(^_^)

outreach wjimns


16 Mac 2009


Rombongan WJIMNS telah ke Rumah kanak-kanak rembau (Taman Remaja Putri Rembau) bertemu timbalan pengetua pn Wan Zaleha. Dalamperbincangan WJIMNS akan menhantar sinopsis KBM untuk di pertimbangkan disana.Penghuni rumah kanak-kanak rembau seramai 76 orang dan 60terdiri daripada kanak-kanakdan remaja 12 hingga 17 tahun. KRJ minya bantu menyediakansinopsis tersebut.Program KBM perlu di fokuskan untuk mencapai takungan mad'u pada masa akan datang.


KWJIMNS

0196556832

Ahad, 15 Mac 2009

Ceramah pALESTIN di tempat anda


wanita JIM mengalu-alukan jemputan ceramah PALESTIN di tempat anda.
sila hubungi alamat emel:

Nasyid 4 GAZA

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go downIn Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain

And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go downIn Gaza tonigh
Kembalikan umat Islam kepada Fitrah mereka.

Fokus persoalan ;

1.Bagaimana mengembalikan umat Islam kepad Fitrah?
Sumber rujukan ialah AlQuran dan Sunnah
Mempelajari ilmu berdasarkan nas yang sahih
Ilmu yang dipelajari hendaklan diamalkan.
Yakin dengan Islam dan sanggup mempertahankan Islam
Menjaga kepentingan Islam lebih daripada kepentingan diri sendiri
Memperjuangkan Islam jamaie
Kekufuran hendaklah ditangani dengan hikmah.
Melihat semula kelemahan umat
Bagaimana musuh Islam berjaya mengatur strategi melemahkan umat Islam .
Tahu taktik musuh Islam memperdayakan umat Islamdengan pelbagai sumber , contohnya Seks, songs, sports ……
Wehdatul ummah dalam menangi masalah umat Islam dalam dunia globalisasi
Islam akan ditentang dari semua sudut
Salahfaham umat terhadapIslam memberikan pandangan yang negatif kepada umat Islam
Islamdianggapsebagai terroris oleh umat Islam dan juga mereka yang mengaku Islam tetapi tidak menaruh kepercayaan kepada keistimewaan Islam.

2. ApaPeranan kita untuk mengembalikan umat Islam kepad Ftrah???

Dakwah Fardhi dan Dakwah Amma

· Setiap orang Islam adalah Daie
· Dalil surah al Imran 104
· Amar makruf nahimunkar
· Dalil Surah Ass Saff Ayat 1-5
· Umat Islam sebagai asas menyokong antara satu samalain seperti bangunan yang kukuh
· Surah Al Furqan Ayat 33
· Siapakah yang lebih baik perkataan nya selain merekayang meyeru kepada jalan Allah.
· Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjalankan tugas dakwah.

Habluminallah dan habluminannas

· Kita mesti tahu hubungan kita dengan Allah dan bagaimana kita dapat memelihara hubungan ini sebaik mungkin.
· Ibadah hingga ketahap IHSAN
· Memahami tangungjawab setiap individu dan menanamkan AQIDAH yang sahih
· Melaksanakan ibadah dengan AMAL yang Ikhlas


Amalan bukan hanya untuk diri sendiri

· Rasa tangungjawab menjaga hubungan dengan manusia
· Lebih bersifat prihatin
· Tahu hak saudara seIslam
· Berkongsi kebaikan dan bersama mencegah kemaksiatan.
· Ada prinsipdan pegangan yang teguh terhadap Islam
· Sentiasa yakin dengan kemenangan Islam
· Merasakan semua muslim adalah saudara
· ,Mengutamakan kepentingan Islammelebihi kepentingan peribadi


Dalam nak buat Assignment mesti Tanya 1 Husband and Four Wife.

How
What
When
Where
Who

Setiap situasi perlu di huraikan secara terperinci.

Boleh buat mind map untuk brainstorming the idea.
· How to elaborate the idea
· What is the factors affected ?
· when this situation occurs?
· Where it happends?
· Who is the victims and who plays the major role?

Contoh kajian

Pemikiran BARAT verses pemikiran ISLAM

Apakah yang dimaksudkan pemikiran barat?
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran Islam?
Apakah factor yang menyebabkan umat Islam terpengaruh dengan pemikiran barat?
Apakah factor yang menjauhkan umat islam darpada pemikiran ISLAM?
Bilakah trend ini berlaku ?Adakah ianya hanya berlaku pada masa kini atau sejak Berkurun yang lepas?mengikut tempat masa dan zaman?
Adakah ianya berlaku pada tempat tertentu sahaja?Atau ianya merupakan fenomena global
Dimana ianya berlaku adakah dinegara Barat/Asia /Eropah/
Pengaruh hanya melanda kepadagenerasi tua/dewasa dan jugakanak-kanak
Siapa yang menjadi dalang ?
Siapa target /SASARAN /MANGSA serangan pemikiran barat - Dakwah FotoPage - Fotopages.com
Agama Berita Harian: Pemikiran wajar bina manhaj wahyu dalam realiti hidupPoliteknik Sultan Azlan Shah
http://www.psas.edu.my/portal/readarticle.php?article_id=93
:: Jangkauan Pemikiran Tradisi Islam ::
Pemikiran Islam « Pandangan Razakkhairaummah.com - AKAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2009

WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

Berkongsi Keprihatinan Masa Depan ( Sharing the Caring for the Future): Ke Arah Merealisasikan Pembentukan Masyarakat Madani

Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day – IWD) disambut pada tanggal 8hb. Mac setiap tahun. Serentak itu juga, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tahunan Suruhanjaya Status Wanita ( Commission for the Status of Women - CSW) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara anggota pertubuhan tersebut. Tahun ini IWD membawa tema `Sharing the Caring for the Future – Berkongsi Keprihatinan Masa Depan’ – yang menekankan tentang keperluan semua pihak berganding bahu menjamin kesejahteraan masa depan, khususnya untuk generasi akan datang.

Dalam konteks keprihatinan, kaum wanita sememangnya sudah lama menyedari tanggungjawab dan amanah besar memastikan masa depan yang sejahtera, aman damai untuk anak cucu mereka. Kesedaran ini mendorong kaum wanita berusaha memajukan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Strategi memperkasa dan menambah keupayaan wanita meningkatkan kemajuan diri dirancang kemas secara individu dan kolektif untuk memastikan peranan dapat dimainkan sebaik-baiknya.

Wanita JIM menyokong penuh tema yang ditetapkan untuk IWD 2009 ini, yang dirasakan amat tepat pada masanya. Dalam krisis kegawatan ekonomi, politik, sosial, alam sekitar dan kemanusiaan yang semakin mencengkam dunia hari ini, penekanan semestinya dikhususkan kepada pelaksanaan tanggungjawab semua pihak untuk memastikan segala tindakan yang diambil hari ini tidak mendatangkan sebarang kerugian yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.

Setelah sekian lama kaum wanita berjuang mendapatkan hak dan pembelaan terhadap nasib yang sekian lama tertindas dan tersisih, setelah banyak kejayaan dan kemajuan dapat diraih, semakin ketara perlunya perjuangan tersebut merangkumi semua pihak dan setiap aspek kehidupan. Memperjuangkan kepentingan sesuatu pihak sahaja sementara pihak lain ditinggal dan dibiarkan, lama-kelamaan menghasilkan satu jurang perbezaan yang semakin menjauh.

Wanita JIM berpandangan, keprihatinan masa depan mestilah diketengahkan sebagai agenda utama pembangunan masyarakat. Sekiranya kita mengimpikan sebuah masyarakat madani, yang seimbang dan sejahtera berasaskan kemantapan nilai dan pegangan aqidah yang sahih, tugas berat merealisasikannya mestilah dipikul oleh semua pihak – lelaki dan wanita. Aspek utama dalam membangunkan modal insan adalah penguasaan ilmu pengetahuan dan pendidikan yang mampu mengubah keyakinan, akhlak, akal, sikap dan psikomotor. Tugas mendidik generasi akan datang mestilah dijadikan keutamaan yang tiada kompromi, dipacu oleh kelompok ilmuwan dan cendekiawan yang jujur ikhlas memanfaatkan anugerah kebijaksanaan dari Allah SWT.

Wanita JIM menuntut semua pihak agar tidak lalai dan alpa dalam menjalankan amanah mendidik generasi akan datang. Kaum wanita diseru agar terus meningkatkan potensi diri di samping tidak mengenepikan tanggungjawab membimbing anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Sementara, kaum lelaki diminta kembali meletakkan keutamaan kepada institusi kekeluargaan yang menuntut mereka menjadi nakhoda yang adil dan saksama. Bahtera rumahtangga mestilah dikendalikan bersama dengan bijaksana, berasaskan ajaran dan bimbingan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan dengan membabi buta, didorong oleh hawa nafsu dan kejahilan yang hina.

Dalam konteks yang lebih luas, Wanita JIM mendesak agar pemimpin masyarakat di setiap peringkat – sama ada di tahap komuniti setempat mahukan pucuk kepimpinan negara – agar tidak sesekali menggadai prinsip apatah lagi mengkhianati amanah yang diberikan Allah SWT dalam membuat keputusan-keputusan penting yang membawa kesan kepada masa hadapan semua. Janganlah kerana ketamakan nafsu dan keinginan syahwat bagi meraih keuntungan duniawi yang sementara, masa depan generasi akan datang dan negara tergugat, hancur berkecai.

Wanita JIM menyeru umat Islam di Negara in agar kembali kepada syariah Islam yang menjanjikan kesejahteraan yang menyeluruh dan berpanjangan. Syariah Islam yang dimaksudkan bukanlah setakat aspek perundangan semata-mata. Syariah adalah satu kerangka sistem peraturan di mana aspek-aspek kehidupan umum dan peribadi disusunatur berasaskan prinsip Islam. Syariah mempunyai hubungan terus dengan semua aspek hidup seharian seperti politik, ekonomi, perniagaan, kekeluargaan, seksualiti dan isu-isu sosial.

Secara khusus, sepanjang tahun 2009 ini, dalam rangka memastikan perkongsian mengenai keprihatinan masa depan ini dapat disebarluaskan, Wanita JIM berazam mengutarakan tujuh isu fokus yang mesti diambil perhatian sewajarnya oleh semua pihak :

Isu krisis ekonomi global

Gaya hidup yang melebihi dari kemampuan seseorang disuburkan melalui budaya `kad kredit’ atau berhutang, yang melibatkan riba’ atau pengambilan faedah oleh syarikat kewangan atau bank yang sebenarnya menindas dan memerangkap orang ramai. Wanita JIM mendesak agar semua pihak terutamanya pengguna menyedari hakikat ini dan kembali kepada gaya hidup yang lebih sederhana, dalam kemampuan yang sedia ada sebagaimana yang disarankan oleh Islam. Krisis ini juga mestilah dilihat sebagai satu muhasabah kepada gaya hidup yang tersasar jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak

Krisis ekonomi akan mengakibatkan tekanan stress yang tinggi kepada individu dan keluarga. Sudah menjadi satu kenyataan, statistik bunuh diri dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak akan meningkat apabila berlakunya krisis ekonomi yang mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Dalam satu nota yang dikeluarkan oleh Setiausaha Suruhanjaya Pembangunan Sosial ( Commission of Social Development) , Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 Januari 2009, bertajuk `The current global crises and their impact on social development’ mengatakan :

`There is evidence that in times of economic hardship, social cohesion comes under threat, with rising social tensions that can potentially lead to increases in violence. It is a common perception that during a crisis and economic downturn, people fear for their own economic future, resulting in a heightened sense of competition for jobs and lower support for affirmative action policies to close social gaps. There is also a tendency for violence to increase in general, but especially interpersonal violence and violence against women linked to economic stresses. Indeed, recent news reports and data collected by centres for domestic violence, including in the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and the United States of America, have noted an upsurge in domestic violence in 2008. Simultaneously, budget cuts to social services and health providers have made it more difficult for local domestic violence programmes to meet the needs of their communities.

Semua pihak mestilah bersedia menghadapi masalah sosial ini dan mampu menangani kes-kes ini dengan baik – melibatkan mangsa penderaan dan sipendera juga perlu bantuan segera.

Isu keadilan dan kesaksamaan dalam sistem perundangan berkaitan keluarga

Wanita yang menjadi anak, adik atau kakak, isteri dan ibu sering berhadapan dengan pengabaian tanggungjawab di pihak lelaki yang menjadi bapa, abang atau suami mereka. Amanah yang dipikulkan Allah SWT di atas bahu mereka dianggap satu lambang keistimewaan, kekuasaan dan kemuliaan lelaki berbanding wanita. Apabila kemelut sampai di mahkamah, nyata masih ada yang perlu diperbaiki dari sudut implementasi dan pelaksanaan undang-undang tersebut. Wanita JIM berazam untuk memperjuangkan isu ini dengan cara, wasilah dan saluran yang benar.

Isu keseimbangan hidup wanita bekerjaya

Pembabitan wanita dalam kerjaya mempengaruhi kuantiti masa yang sepatutnya digunakan untuk menguruskan keluarganya. Kemahiran mengimbangi kehidupan keluarga dan kerjaya menjadi keperluan asas setiap wanita yang memilih untuk bekerjaya. Usaha gigih mesti dijalankan untuk mendidik wanita bekerjaya agar mampu mengimbangi kehidupan mereka dengan baik.

Isu wanita tanpa suami

Pandangan serong masyarakat kepada wanita yang tidak hidup bersama suami mesti diperbetulkan. Sama ada seseorang wanita yang masih sendiri itu kerana belum bertemu jodoh, membuat pilihan untuk hidup sendiri, bercerai hidup atau mati dengan bekas suami, mahupun kerana suami dipenjarakan – mereka masih mempunyai peranan dan sumbangan yang amat berharga untuk keluarga dan masyarakat. Impak krisis ekonomi global ini ke atas golongan ibu tunggal mestilah diambil perhatian serius oleh semua pihak.

Isu pengaruh media kepada komuniti khususnya generasi muda.

Wanita mestilah sedar betapa media massa mempengaruhi pemikiran manusia. Dalam era kemajuan ICT hari ini, perkembangan teknologi akan mencabar keupayaan kita untuk menjejakinya. Perhatian wajar ditumpukan kepada kualiti pengisian program yang dipromosi untuk menarik perhatian remaja dan belia.

Isu pemeliharaan jati diri wanita

Semakin bertambah usaha memartabatkan wanita, semakin juga bertambah aktiviti yang mengeksploitasi wanita di media massa dan di khalayak umum. Yang ironinya, wanita sendiri yang nampaknya begitu ghairah memperagakan dan mempertaruhkan apa yang sepatutnya menjadi penghormatan dan jati diri mereka sendiri. Antara sebab utama adalah kerana kejahilan dan kurangnya penguasaan dari sudut ilmu pengetahuan yang sebenarnya terhadap ajaran Islam. Usaha mesti digembleng agar kefahaman yang benar dapat disampaikan kepada kaum wanita khususnya generasi muda.

Isu-isu ini akan diperjelaskan dalam beberapa siri penerangan dan wacana yang dianjurkan oleh Wanita JIM, disamping penulisan dan kupasan isu yang menjadi fokus di dalam media massa dan elektronik. Sila rujuk lampiran A. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan hidayah-Nya kepada kita semua yang ikhlas berjuang di jalan-Nya.

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat
012-3243134

.:: Menyantuni Naluri Insan ::.

KERTAS KERJA KURSUS ASAS PRA-PERKAHWINAN NASIONAL
(KAPPEL)

DEWAN KPJ COLLEGE.

ANJURAN BERSAMA

JK PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA JIM N. SEMBILAN

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN( MAINS)

KPJ INTERNATIONAL COLLEGE.

14 MAC 2009 BERSAMAAN 17 RABIULAWAL 1430H

SABTU

MENYANTUNI FITRAH NALURI INSAN

OLEH
Dr Hajjah Maimunah Bte Fadzil
MD(USM)MOG(UKM)
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan
Hospital Melaka

Timbalan Ketua Wanita JIM Melaka
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Kandungan:

1. Pendahuluan
2. Objektif
3. Satu Perkongsian
4. Kesihatan reproduksi
4.1 Kesihatan Seksual - melaksanakan aktiviti seks sebagai ibadah
4.2 Peranan keluarga dalam pengurusan kesihatan reproduksi
4. 3 Contoh-contoh penjagaan kesihatan reproduksi
4.4 Sistem reproduksi asas
5. Kesimpulan
6. Rujukan



1. Pendahuluan
Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa yang besar dalam kehidupan seseorang. Maka kursus pra perkahwinan seperti ini adalah suatu yang amat digalakkan agar kebiasaan merancang dalam kehidupan itu menjadi budaya yang akan melonjakkan kejayaan dan kebahgiaan seseorang bukan sekadar di dunia ini yang sementara bahkan semuga berkekalan hingga diakhirat nanti alam yang kekal abadi. Bak kata pepatah Inggeris "If you fail to plan, you plan to fail".
Manusia yang Allah menamakannya di dalam Al Quran sebagai insan, secara fitrah semulajadi apabila telah mencapai umur baligh iaitu tanda organ reproduksinya telah matang, akan mula merasai naluri kedewasaan nya walau masih mudaremaja.
Seterusnya akan memberikan tumpuan kepada perkembangan sosialnya dengan membina hubungan intimasi dengan individu yang lain, di mana mereka akan teruja untuk memilih pasangan dari seseorang individu yang berbeza jantina untuk berkongsi jalinan perasaan, ia mungkin akan bertambah akrab dan jauh di dalam lubuk hati masing-masing mengharapkan dapat mengakhiri zaman kedewasaan dengan sebuah ikatan perkahwinan yang membahgiakan.
Tanpa persediaan, tanpa bimbingan ramai remaja yang tergelincir jatuh ke lembah kehinaan, kehancuran kerana perhubungan intim yang menjalinkan emosi serta gejolak nafsu sarakah seksual tidak dapat dibendung sebelum ikatan perkahwinan yang sah dapat dilaksanakan.
Agar permasalahan di atas dapat dielakkan, langkah pencegahan awal perlu kita sedari. Maka perbincangan ini yang merupakan salah satu primary prevention akan difokuskan kepada persoalan pengjagaan kesihatan reproduksi juga kesihatan seksual yang merupakan komponen penting untuk menjaga kebahgiaan serta kesejahteraan individu juga rumahtangga dan keluarga.

Kesejahteraan sesebuah keluarga merupakan kesejahteraan masyarakatnya seterusnya menentukan kesejahteraan sesebuah negara & bangsa. Kalian semua adalah tunggak tiang negara yang menentukan masa depannya. Maka kerana itulah secara keseluruhan topik ini mencakupi tajuk MENYANTUNI FITRAH NALURI INSAN

2. Objektif

Di akhir perbincangan tajuk ini, semuga peserta akan dapat perkongsiaan ilmu, peringatan/pesanan:
n 1. Untuk memahami naluri dan keperluan seksual mengikut fitrah kejadian insan dengan mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan setiap ahli keluarga dan masyarakat dalam penjagaan kesihatan reproduksi & seksual.
n 2. Untuk menyedari kepentingan mempertingkatkan kesihatan wanita yang sedang mengandung dan menyusui anak supaya proses kelahiran dan kesihatan ibu anak selamat, sihat dan sempurna demi kebahgiaan seisi keluarga.
n 3. Untuk menyedar dan membentuk intitusi keluarga supaya mengutamakan kesihatan bagi menjamin kesejahteraan umat

3. Satu Perkongsian

Perbincangan ini adalah lebih kepada satu perkongsian pengalaman dalam kehidupan saya sendiri sebagai seorang wanita, isteri, ibu kepada 3 orang anak-anak yang telah meningkat remaja juga professional carrier saya sebagai pakar perunding perbidanan dan sakit puan. Semuga Allah memberkati perkongsiaan ini yang akan memberi manfaat buat diri saya sendiri juga para peserta sekalian.

4. Kesihatan reproduksi

Kesihatan Reproduksi bermaksud kesejahteraan jasmani dan rohani, fizikal, mental serta social yang sempurna dalam semua aspek yang berkaitan dengan organ, fungsi serta hasil proses perhubungan system reproduksi/peranakan lelaki dan wanita.

Kesihatan Reproduksi juga merangkumi keupayaan menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan, selamat dan berhak dalam membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Kesihatan seksual ditakrifkan sebagai “integrasi atau gabungan aspek-aspek somatik, emosi, intelektual dan sosial seseorang melalui cara-cara yang positif dan memperkaya serta mempertingkatkan personaliti, komunikasi dan kasih sayang”

Kesihatan seksual adalah komponen penting dalam kesihatan reproduksi, maka setiap tindakan & aktiviti seks perlu disertai dengan rasa penuh tanggungjawab.

Di mana setiap kehamilan mestilah suatu yang dirancang, dipersetujui, DISEDARI,
DIKEHENDAKI dan semuga selamat sejahtera hidup di dunia sehingga ke akhirat yang kekal abadi.

4.1 Kesihatan Seksual - melaksanakan aktiviti seks sebagai ibadah

Menurut perspektif Islam setiap kegiatan yang dilakukan bertujuan mendapat keredhaan Allah s.w.t serta tidak melanggar syariatNya dianggap IBADAH, sebagaimana ayat Al Quran yang bermaksud: “Dan tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” ( Az-Zariat : 56)

Melaksanakan perintah Allah s.w.t adalah sebaik-baik ibadah sebagaimana yang di firmankan di dalam surah Al-Baqarah ayat 182: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan pasangan-pasangan (isteri-isteri) kamu, mereka adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”

Kita akan memilih untuk memakai sebaik-baik pakaian yang kita ada untuk menutup aurat begitulah antara analogi setiap pasangan adalah sebaik-baik pakaian yang akan saling berfungsi menutup aurat/aib pasangan masing-masing dalam memenuhi keperluan zahir dan batin asas hidup berumahtangga.

Begitu juga firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 223: “Pasangan-pasangan (Isteri-isteri) kamu adalah umpama tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat kamu bercucuk tanam itu sebagaimana kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal baik untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman”

Ayat-ayat Al Quran ini diturunkan di dalam suasana padang pasir yang kering kontang, maka apabila dikurniakan ruang tanah yang boleh bercucuk tanam, ianya amat-amat dihargai, diusahakan, dibajai, dijaga bersungguh-sungguh untuk dimanfaatkan seoptimanya. Begitu juga analogi seharusnya kita mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan kepada kita pasangan masing-masing untuk sentiasa dihargai.

Rasullullah SAW bersabda: “Pada alat kelamin kamu terdapat sedekah”.
Mereka bertanya: “Hai Rasullullah,apakah jika syahwat salah seorang dari kami
naik, dia akan mendapat pahala?”
Rasullullah menjawab: “Ya.Bukankah Jika dia berbuat sesuatu yg haram,maka dia berdosa? Begitulah juga jika dia berbuat yg halal,dia mendapat pahala. Kenapa kamu hanya mengira kejahatan sahaja, sedangkan kebaikan tidak kamu kira?. Hadis Riwayat Muslim.

Semuga setiap detik perhubungan antara pasangan kita, niatnya doanya, sentuhannya, sapaannya, salamannya, dakapannya membajai rasa cinta dan kasih sayangnya serta semuanya sentiasa penuh keikhalasan kerana Allah, maka semuga semua aktiviti ini adalah ibadah dalam rahmat dan redha Allah sentiasa hendaknya….aaminnn.

Pasangan yang bijak mengendalikan hawanafsunya agar sentiasa dalam redha dan rahmatNYA dengan melaksanakan tuntutan fitrah nafsu seks yang Allah kurniakan kepada insan ciptaanNYA ini akan di kurniakan ketenangan dalam limpahan rahmatNYA semasa di dunia ini jua semuga berkekalan hingga ke akhirat nanti.

Sesungguhnya janji Allah itu benar, surga neraka Allah itu benar…semuga Allah rezkikan kita semua menjadi saksi kebenaran itu.

Mari hayati terjemahan Ayat–ayat AL Quran Ar–Rum 30 ayat 17-21: “Maka bertasbihlah kpd Allah di waktu petang hari dan di waktu subuh hari, Dan segala puji bagi-NYA baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zohor, Dia mengeluarkan yg hidup dari yg mati dan mengeluarkan yg mati dari yg hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering), Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yg berkembang biak. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utk mu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kpdnya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih sayang, sesungguhnya pd yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bg kaum yg berfikir.”

4.2 Peranan keluarga dalam pengurusan kesihatan reproduksi

Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat untuk membina ketahanan emosi dan kesejahteraan ahli-ahlinya. Setiap ahli keluarga mempunyai fungsi dan tanggung jawab dalam membina kesejahteraan keluarga sebagaimana firman Allah: “wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu….” (al-tahrim :6).

Memelihara keluarga dengan:
i) Melahirkan individual yang sihat dan bertanggung jawab
ii) Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli (seks adalah keperluan asas individu yg telah matang sistem reproduksinya)
iii) Membentuk dan memupuk konsep harga diri yang baik (self worth)
iv) Menjaga kesihatan reproduksi ahli keluarga
v) Pasangan suami isteri sepatutnya memperolehi kepuasan hubungan aktiviti seksual berdasarkan rasa hormat menghormati, persefahaman & persetujuan dan berusaha utk saling membahagiakan.
vi) Ibu bapa seharusnya membimbing dan memupuk harga diri anak dan menanam nilai-nilai murni khususnya berhubung dengan tanggungjawab perilaku seks
vii) Ibubapa seharusnya melindungi anak-anak daripada salahlaku & penderaan seks

4. 3 Contoh-contoh penjagaan kesihatan reproduksi

i) Kuatkan hubungan dengan Penciptanya melalui doa apabila berhubungan dengan manusia lain, contohnya doa dikurniakan cinta yang suci, sejati dan abadi; " Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"
ii) Katakan tidak kepada seks di luar pernikahan, akad nikah dlm perkahwinan adalah merupakan akujanji membentuk institusi kekeluargaan sbg satu jalan memastikan kesihatan seksual selamat & dipertanggungjawabkan demi generasi masa depan yg terjamin cemerlang.
iii) Membantu menggalakkan perkahwinan, membantu ahli keluarga yang telah tergelincir ke pangkal jalan, Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun sebagaimana Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).
iv) Menyedarkan kepentingan Penjagaan Kesihatan Reproduksi, muga dapat mencegah ancaman gejala social dikalangan anak-anak remaja seperti zina, kehamilan anak tak sah taraf, pembuangan bayi, pengguguran dan penyakit-penyakit jangkitan kelamin.
v) Katakan tidak kapada rokok, merokok boleh merosakkan benih dan janin.

4.4 Sistem reproduksi asas

i) Organ reproduksi wanita dan fisiologi kematangan dengan penghasilan benih ova..
ii) Organ reproduksi lelaki dan fisiologi penghasilan benih spermatozoa.
iii) Proses percantuman benih dan pembentukan janin.
iv) Kehamilan, Peringatan khas untuk wanita yang berpotensi untuk hamil, apa-apa yang anda makan boleh menjejaskan janin di dalam kandungan. Contohnya wanita yang memakan ubat untuk penggelupasan kulit wajah semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan yang teruk pada janin.
setiap ibu hamil perlu menjalani pemantauan berkala, jika ada tanda-tanda masaalah timbul, perlu di kesan di peringkat awal agar sentiasa terkawal.
v) kelahiran, satu satunya jalan keluar dari kehamilan adalah kelahiran.suami digalakkan memberi sokongan sepanjang kehamilan terutama saat melahirkan, sila daftarkan diri ke kelas peneman, kebanyakan hospital adalah Hospital Rakan Suami.
vi) Penyusuan susu ibu, ketahuilah makanan yang terbaik, terunggul, yang tiada tandingannya buat bayi adalah susu ibu dan penyusuan susu ibu. Ianya adalah modal pelaburan yang tertinggi nilainya buat generasi masa depan. Maka susuilah setiap anak dengan penyusuan susu ibu secara exsklusif selepas lahir hingga berusia 6 bulan, kemudian boleh diteruskan sehingga 2 tahun. Kebanyakan hospital adalah mengamalkan Hospital Rakan Bayi.
viii) Kontrasepsi (pencegahan kehamilan) & Perancangan Keluarga amat penting untuk menjamin kesihatan & kebahgiaan seisi keluarga.
ix) Keutuhan lantai perineum melalui senaman kemutan otot perineum

5.0 Kesimpulan

Menyatuni naluri fitrah insan bermakna memahami serta melaksanakan pengurusan kesihatan keluarga untuk setiap ahli keluarga juga individu yang bakal menjadi ahlinya agar berperanan dalam penjagaannya demi menjamin kebahgiaan seisi keluarga.

6.0 Rujukan
6.1 Al Quran
6.2 Hadis
6.3 Modul Kesihatan Reproduktif Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
6.4 Modul International Kesihatan Keluarga: Kesihatan Reproduksi, Contraception, Pregnancy and Seksually Transmitted Diseases. World Health Organisation (WHO)
6.5 Modul Kursus Pra Perkahwinan Nasional (KAPPEL) Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

~ Ucapan Aluan Pengarah KaPPeL

Ucapan pengarah program KaPPel

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kolej KPJ International, Nilai



Bismillah hirrahman nirrahim.
Alhamdulillah hirabbil alamin, wasalati wassalamu ala asyrafil anbiya’ wal mursalin, wa ‘ala alihi wasah bihi ajma’in, amma ba’du …….

Yang di muliakan penceramah kita Ust Alias Bin Othman
Yang berbahagia Pengarah KPJ International Kolej’ Pn Naziah Ismail
Yang di hormati YDP JIM Seremban, En Abd Halim Bin Yusof
Yang berusaha semua AJK WJIMNS,AJK KPJ International Kolej ,
Para hadirin peserta KaPPel 2009.

Assalamualaikum w.b.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan inayahdan limpah kurnianya telah membolehkan kita berkumpul dalam dewan yang indah ini. Semuga pertemuan ini akan membibitkan perkongsian yang berpanjangan InsyaAllah.

Saya mewakili WJIMNS mengucapkan setinggi penghargaan ke atas kepercayaan pihak kolej memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam menangani isu remaja masakini.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, WJIMNS terpanggil untuk berkongsi mengupas isi tema yang lebih tersirat daripada tersurat.

Tema hari wanita sedunia tahun ini adalah Sharing the Caring for the Future – Berkongsi Keprihatinan Masa Depan’ – yang menekankan tentang keperluan semua pihak berganding bahu menjamin kesejahteraan masa depan, khususnya untuk generasi akan datang.

Pembentukan generasi akan datang bermula dari sebuah keluarga nucleus yang mana kesejahteraan keluarga ini akan menjamin pembentukan masyarakat madani. Generasi muda perlu di ingatkan betapa rapuhnya institusi keluarga masakini berbanding dengan tahun tahun 80 ‘an. Oleh yang demikian WJIMNS mengambil langkah proaktif dalam membimbing remaja ke arah mensejahterakan kehidupan mereka berlandaskan syariat.

“Syariat compliance” perlu di ketengahkan dalam menyentuh permasalahan yang melibatkan ummah. Oleh itu WJIMNS sedia berkongsi pengalaman untuk menganjurkan kursus ini bagi memberi pendedahan awal. Juga sebagai persediaan kepada remaja untuk mengharungi alam dewasa yang lebih mencabar terutama dalam mencari pasangan yang serasi.

Tajuk Cinta Chemistry bermaksud dalam menuju ke alam rumahtangga, pasangan perlu ada keserasian dari segi sekufu. Perkara ini akan dikupas oleh penceramah kita dalam slot pertama sebentar lagi.

Adab-adab dalam pemilihan pasangan hidup juga banyak ditekankan dalam Al Quran.
Antaranya dalam hadith sahih muslim,

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.”


Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.

Bukan itu sahaja, sebelum memilih pasangan hidup remaja perlu didedahkan dengan ilmu rumahtangga supaya mereka bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan ini sebagai benteng untuk pastikan bahtera yang akan dilayari bersama tidak karam. Oleh itu peranan lelaki dan wanita haruslah di ketengahkan supaya masing-masing faham tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Oleh itu,

Wanita JIM berpandangan, keprihatinan masa depan mestilah diketengahkan sebagai agenda utama pembangunan masyarakat. Sekiranya kita mengimpikan sebuah masyarakat madani, yang seimbang dan sejahtera berasaskan kemantapan nilai dan pegangan aqidah yang sahih, tugas berat merealisasikannya mestilah dipikul oleh semua pihak – lelaki dan wanita

Antara focus WJIM pada tahun ini adalah isu kekeluargaan.Maka dalam slot kedua kita akan kupas tentang peranan perundangan dalam keluarga

Oleh itu isu keadilan dan kesaksamaan dalam sistem perundangan berkaitan keluarga haruslah di ketengahkan.

Wanita yang menjadi anak, adik atau kakak, isteri dan ibu sering berhadapan dengan pengabaian tanggungjawab di pihak lelaki yang menjadi bapa, abang atau suami mereka. Amanah yang dipikulkan Allah SWT di atas bahu mereka dianggap satu lambang keistimewaan, kekuasaan dan kemuliaan lelaki berbanding wanita. Saaya harappihak penceramah aklan dapat mengupas hak-hak keluarga dalam perundangan

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita)..”(An-Nisa’: 34)

Satu lagi isu penting yang patut di ambilperhatian adalah tentang kesihatan reproduksi.
Aspek ini juga akan dikupas oleh penceramah kedua kita pada sebelah petang. Tajuk ini juga mungkin merupakan satu bonus kepada pelajar kolej yang memang arif tentang ilmu Nursing dan health Sciences.Oleh itu kita harapkan semua pelajar dan audien yang ada di dalam dewan ini akan dapat manfaatkan segala ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah-penceramah kita.

Mari hayati terjemahan Ayat–ayat AL Quran Ar–Rum 30 ayat 17-21:

“Maka bertasbihlah kpd Allah di waktu petang hari dan di waktu subuh hari, Dan segala puji bagi-NYA baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zohor, Dia mengeluarkan yg hidup dari yg mati dan mengeluarkan yg mati dari yg hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering), Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yg berkembang biak. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utk mu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kpdnya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih sayang, sesungguhnya pd yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bg kaum yg berfikir.”


Perkongsian kita dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran .Jika semasa permulaan perkongsian hidup kita melihat semuanya indah belaka,maka kekalkan keindahan ini sehinggalah ke akhir hayat kita. Remaja yang dapat menghadapi segala dugaan dan ujian dengan tabah,sabar serta iman yang teguh kepada Allah dan percaya kepada takdirnya akan merasa nikmatnya kehidupan.

Ibarat pelayaran, kehidupan adalah lautan luas yang ada ketikanya tenang dan ada ketikanya gelora. Itulah antara kupasan yang akan di berikan sebelum berakhirnya kursus kita pada hari ini.

Oleh itu saya berharap semua peserta akan dapat mempertahankan cintanya kerana”berkorban apa saja demi untuk yang di Cintai” . Kerana rahsia kehidupan ini ialah berusaha menghidupkan kita seolah-olah kita sedang bercinta sepanjang masa dan sentiasa mengekalkannya.

Akhir sekali WJIMNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej kerana telah sudi menerima kami dan menjadikan program ini sebagai satu program kerjasama yang berjaya.


Terima kasih daun keladi ,
Dilain kali menyusul lagi,
Harap tuan terimalah kami
Demi menghidupkan amal Islami.


AKULU KAULI HAZA WA ASTAGHFIRULLAH HA LI WALAKUM
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMIALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH



Nukilan
Pn Hjh Minah Ahmad
KWJIMNS.