Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Ahad, 15 Mac 2009

~ Ucapan Aluan Pengarah KaPPeL

Ucapan pengarah program KaPPel

Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kolej KPJ International, Nilai



Bismillah hirrahman nirrahim.
Alhamdulillah hirabbil alamin, wasalati wassalamu ala asyrafil anbiya’ wal mursalin, wa ‘ala alihi wasah bihi ajma’in, amma ba’du …….

Yang di muliakan penceramah kita Ust Alias Bin Othman
Yang berbahagia Pengarah KPJ International Kolej’ Pn Naziah Ismail
Yang di hormati YDP JIM Seremban, En Abd Halim Bin Yusof
Yang berusaha semua AJK WJIMNS,AJK KPJ International Kolej ,
Para hadirin peserta KaPPel 2009.

Assalamualaikum w.b.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan inayahdan limpah kurnianya telah membolehkan kita berkumpul dalam dewan yang indah ini. Semuga pertemuan ini akan membibitkan perkongsian yang berpanjangan InsyaAllah.

Saya mewakili WJIMNS mengucapkan setinggi penghargaan ke atas kepercayaan pihak kolej memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam menangani isu remaja masakini.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, WJIMNS terpanggil untuk berkongsi mengupas isi tema yang lebih tersirat daripada tersurat.

Tema hari wanita sedunia tahun ini adalah Sharing the Caring for the Future – Berkongsi Keprihatinan Masa Depan’ – yang menekankan tentang keperluan semua pihak berganding bahu menjamin kesejahteraan masa depan, khususnya untuk generasi akan datang.

Pembentukan generasi akan datang bermula dari sebuah keluarga nucleus yang mana kesejahteraan keluarga ini akan menjamin pembentukan masyarakat madani. Generasi muda perlu di ingatkan betapa rapuhnya institusi keluarga masakini berbanding dengan tahun tahun 80 ‘an. Oleh yang demikian WJIMNS mengambil langkah proaktif dalam membimbing remaja ke arah mensejahterakan kehidupan mereka berlandaskan syariat.

“Syariat compliance” perlu di ketengahkan dalam menyentuh permasalahan yang melibatkan ummah. Oleh itu WJIMNS sedia berkongsi pengalaman untuk menganjurkan kursus ini bagi memberi pendedahan awal. Juga sebagai persediaan kepada remaja untuk mengharungi alam dewasa yang lebih mencabar terutama dalam mencari pasangan yang serasi.

Tajuk Cinta Chemistry bermaksud dalam menuju ke alam rumahtangga, pasangan perlu ada keserasian dari segi sekufu. Perkara ini akan dikupas oleh penceramah kita dalam slot pertama sebentar lagi.

Adab-adab dalam pemilihan pasangan hidup juga banyak ditekankan dalam Al Quran.
Antaranya dalam hadith sahih muslim,

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.”


Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan dalam Islam. Hikmahnya adalah untuk memberi peluang untuk berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.

Bukan itu sahaja, sebelum memilih pasangan hidup remaja perlu didedahkan dengan ilmu rumahtangga supaya mereka bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan ini sebagai benteng untuk pastikan bahtera yang akan dilayari bersama tidak karam. Oleh itu peranan lelaki dan wanita haruslah di ketengahkan supaya masing-masing faham tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Oleh itu,

Wanita JIM berpandangan, keprihatinan masa depan mestilah diketengahkan sebagai agenda utama pembangunan masyarakat. Sekiranya kita mengimpikan sebuah masyarakat madani, yang seimbang dan sejahtera berasaskan kemantapan nilai dan pegangan aqidah yang sahih, tugas berat merealisasikannya mestilah dipikul oleh semua pihak – lelaki dan wanita

Antara focus WJIM pada tahun ini adalah isu kekeluargaan.Maka dalam slot kedua kita akan kupas tentang peranan perundangan dalam keluarga

Oleh itu isu keadilan dan kesaksamaan dalam sistem perundangan berkaitan keluarga haruslah di ketengahkan.

Wanita yang menjadi anak, adik atau kakak, isteri dan ibu sering berhadapan dengan pengabaian tanggungjawab di pihak lelaki yang menjadi bapa, abang atau suami mereka. Amanah yang dipikulkan Allah SWT di atas bahu mereka dianggap satu lambang keistimewaan, kekuasaan dan kemuliaan lelaki berbanding wanita. Saaya harappihak penceramah aklan dapat mengupas hak-hak keluarga dalam perundangan

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita)..”(An-Nisa’: 34)

Satu lagi isu penting yang patut di ambilperhatian adalah tentang kesihatan reproduksi.
Aspek ini juga akan dikupas oleh penceramah kedua kita pada sebelah petang. Tajuk ini juga mungkin merupakan satu bonus kepada pelajar kolej yang memang arif tentang ilmu Nursing dan health Sciences.Oleh itu kita harapkan semua pelajar dan audien yang ada di dalam dewan ini akan dapat manfaatkan segala ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah-penceramah kita.

Mari hayati terjemahan Ayat–ayat AL Quran Ar–Rum 30 ayat 17-21:

“Maka bertasbihlah kpd Allah di waktu petang hari dan di waktu subuh hari, Dan segala puji bagi-NYA baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zohor, Dia mengeluarkan yg hidup dari yg mati dan mengeluarkan yg mati dari yg hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering), Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yg berkembang biak. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utk mu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kpdnya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih sayang, sesungguhnya pd yg demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bg kaum yg berfikir.”


Perkongsian kita dalam hidup berumahtangga memerlukan kesabaran .Jika semasa permulaan perkongsian hidup kita melihat semuanya indah belaka,maka kekalkan keindahan ini sehinggalah ke akhir hayat kita. Remaja yang dapat menghadapi segala dugaan dan ujian dengan tabah,sabar serta iman yang teguh kepada Allah dan percaya kepada takdirnya akan merasa nikmatnya kehidupan.

Ibarat pelayaran, kehidupan adalah lautan luas yang ada ketikanya tenang dan ada ketikanya gelora. Itulah antara kupasan yang akan di berikan sebelum berakhirnya kursus kita pada hari ini.

Oleh itu saya berharap semua peserta akan dapat mempertahankan cintanya kerana”berkorban apa saja demi untuk yang di Cintai” . Kerana rahsia kehidupan ini ialah berusaha menghidupkan kita seolah-olah kita sedang bercinta sepanjang masa dan sentiasa mengekalkannya.

Akhir sekali WJIMNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej kerana telah sudi menerima kami dan menjadikan program ini sebagai satu program kerjasama yang berjaya.


Terima kasih daun keladi ,
Dilain kali menyusul lagi,
Harap tuan terimalah kami
Demi menghidupkan amal Islami.


AKULU KAULI HAZA WA ASTAGHFIRULLAH HA LI WALAKUM
WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMIALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH



Nukilan
Pn Hjh Minah Ahmad
KWJIMNS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan