Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Khamis, 9 Februari 2012

Tazkirah buat putriku

Assalamualaikum wb.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Seeloknya kita bercuti pada hari ini agar dapat kita beramal dalam keadaan yang lebih selesa dan bersiap untuk mendengar khutbah pada tengaharinya bagi para muslimin . Pada waktu pagi alangkah eloknya jika dapat mendengar tazkirah subuh dan berwirid mathurat selepas solat fardhu subuh. Kehidupan sebegina tidak dapat kita rasakan di tempat kita iaitu di negeri penuh adat kerana masa cuti kita adalah pada hari Ahad yang memberi ruang kepada penganut Kristian berehat dan mengunjungi gereja pada waktu pagi.Jika ada aktiviti yang memerlukan komitmen guru-guru Kristian pada pagi ini mereka akan memberikan alasan masa untuk mereka ke gereja.Cuba kita renungkan.....amalan yang kita buat saban hari.
Alhamdulillah pada pagi Jumaat yang mulia kita dapat bersama membaca Yasin tanpa gagal setiap minggu. Kebanyakan sekolah dapat melaksanakannya dan menjadi satu budaya yang baik. Masa yang diperlukan hanyalah lima belas minit jika ianya dapat di hayati dengan baik alangkah bagus kerana setiap minggu kita berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan urusan kita disamping dapat kita beramal jariah agar Allah memberi kelapangan kepada kita. Dan memberikan kesejahteraan dan dalam rahmat Allah.
Kedatangan bulan Rabiul awal mengingatkan kita kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kelahiran bagainda membawa cahaya keseluruh alam. Dengan kelahiran baginda juga Islam berkembang.Manusia mula meniti zaman kegemilangan dan tamadun Islam menjadi model kehidupan para sahabat.Bagaimana Rasulullah dapat mencanai generasi Al Quran yang unik sehinggakan Al Quran di lihat berjalan dalam kehidupan mukmin.
Hari ini ,minggu ini, bulan ini kita akan meraikan maulid nabi....begitulah saban tahun peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.Memanglah ini perkara bid'ah yang hasanah....tetapi kita perlu ingat menguikuti sunnah nabi bukan hanya berlaku pada bulan maulid sahaja. Penghayatan kepada keseluruhan hidup baginda dan mencontohi akhlaknya perlu di jadikan amalan. Beramallah sedikit tetapi kamu tetap istiqamah dalam mengerjakannya.
Tahniah kepada pelajar yang dapat menjadikan amalan-amalan yang baik sebagai sebahagian kehidupan mereka.Bersolat di awal waktu, membaca AlQuran, menghormati orang yang lebih tua, berbuat kebajikan dan tolong menolong antara satu sama lain merupakan amalan yang terpuji.
Esok perayaan Maulid Nabi di sekolah kita.Cukupkah hanya sekadar pertandingan sepanduk, berarak dan ceramah telah menjamin diri kita telah mengikut sunnah?Tidak anak-anakku. Hendaklah engkau jadikan budaya dalam kehidupanmu untuk mencintai ilmu dan mengikuti sunnahnya.Nescaya engkau akan selamat jika dua perkara ini engkau jaga...iaitu Al Quran dan Sunnah.

Yuk ayuh kita hidupkan sunnah...marilah kita duduk sejenak untuk kita beriman dan beramal. Inilah langkah bermula.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan