Peranan Ibu Membangunkan Masyarakat Bebas Jenayah Dan Gejala Sosial: "Sempena Sambutan Hari Ibu 2009
8 Mei 2009
PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL
Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.
Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.
Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang"
Rabu, 10 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan