ToT ABJZ Di Negeri Sembilan: "ToT ABJZ Di Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Ahad 17 Mei - Dewasa ini, gejala sosial kian berleluasa. Pergaulan bebas kesan budaya hedonisme yang melampau menggalakkan
lagi berlakunya zina di kalangan masyarakat tidak kira usia mahupun lapisan masyarakat. Perlakuan yang menghancurkan maruah, merosakkan ummah ini semestinya dibendung bagi menjamin kehidupan generasi mendatang.
Justeru, bagi menyahut cabaran ini, program “Training of Trainers – Anda Bijak Jauhi Zina” yang dikendalikan oleh para jurulatih Anda Bijak Jauhi Zina dari Raudhatus Sakinah Induk dan Selangor telah diadakan pada 17 Mei 2009 di Pejabat JIM Dataran Senawang . Seramai 40 orang peserta yang telah menyertai latihan ini dari pelbagai agensi termasuklah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Program yang dikendalikan oleh Puan Rosmawati Zainal, Puan Yusnani Abdul Hamid, Cik Roha Hassan dan Puan Siti Aini ini sedikit sebanyak berjaya mengusik hati para peserta untuk memahami akan tanggungjawab dan peranan yang mesti dijalankan oleh setiap individu. Topik-topik seperti cinta dan seks yang begitu sinonim dengan perlakuan zina dikupas agar para peserta kursus lebih memahami jiwa remaja masa kini. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan penyakit-penyakit kesan seks bebas di samping gejala pembuangan bayi sebagai antara langkah memberi amaran.
Program yang berlangsung pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 5 petang. Semoga usaha murni ini diberkati dan misi Raudhatus Sakinah menjelang tahun 2020 akan menjadi kenyataan berkat kegigihan, kerjasama dan doa semua.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."
Rabu, 10 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan