Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Jumaat, 10 April 2009

KERTAS KERJA SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA (SMIWI)


1.0 Pendahuluan

Isu-isu wanita sering ditimbulkan dalam perbincangan semasa. Antara topik hangat yang selalu mendapat liputan dan perhatian meluas di dalam majalah-majalah dan media massa adalah perihal kecantikan dan kesihatan wanita dalam Islam. Malangnya, kejahilan umat Islam khususnya wanita Islam, menyebabkan ramai yang terpedaya dan kecundang dalam menangani permasalahan kesihatan mereka. Kecantikan luaran diberi penekanan sepenuhnya sementara kecantikan dalaman dianggap tidak penting dan seperti diabaikan. Organ-organ badan yang dikurniakan Ilahi tidak dipandang sebagai amanah yang perlu dijaga dan yang akan diberi kuasa untuk menceritakan semula amalan-amalan di masa lepas semasa di akhirat nanti. Terdapat di kalangan wanita Islam yang gagal menangani permasalahan kesihatan mengikut cara yang disarankan oleh syariat Islam.

Sebenarnya terdapat panduan kesihatan seperti dalam mengambil wuduk, beristinjak, meneguk minuman dan mengunyah makanan dalam ajaran Islam. Panduan-panduan itu jelas mempamerkan kesyumulan Islam dalam menekan kesihatan penganut-penganutnya.

Wanita Islam memerlukan ilmu yang mantap sebagai persediaan menghadapi masalah kesihatan yang sangat mencabar terutama di kota metropolitan.

Oleh itu Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) merasakan amat perlu diadakan satu seminar khusus yang memberikan pengisian dan maklumat kepada wanita Islam khasnya berkenaan bagaimana meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan wanita dari pandangan Islam.


2.0 Tema

Wanita Sihat Peneraju Keluarga Bahagia


3.0 Objektif Umum

Memupuk kesedaran di kalangan wanita untuk menjaga kesihatan fizikal, mental, minda dan spiritual.


4.0 Objektif Khusus

4.1 Meningkatkan kefahaman wanita tentang kesihatan dan kemuliaan akhlak.
4.2 Memberi panduan bagaimana memelihara kesihatan wanita moden.
4.3 Menangani gejala-gejala yang menggugat kesihatan wanita.


5.0 Anjuran

Wanita JIM N.Sembilan (WJIMNS) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Koperasi Angkasa N.Sembilan


6.0 Penyertaan

Ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan wanita Islam, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar IPT, belia yang berumur 18 tahun ke atas dan masyarakat umum.
Anggaran peserta : 150 orang
7.0 Tarikh, Masa dan Tempat

7.1 Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
7.2 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
7.3 Tempat : Dewan MPS, Seremban.



8.0 Ahli Jawatankuasa Penganjur

AHLI JAWATANKUASA

SPESIFIKASI TUGAS
Pendaftaran :
Fadzilah Bt Musa
Salhalida

Ø Menyediakan borang pendaftaran dan menaip sijil
Ø Mengutip yuran peserta (Ibu tunggal bantuan JKM dikecualikan)
Ø Memaklumkan pendaftaran terkini kepada bendahari
Ø Menyediakan sijil peserta program.

Sambutan :
1. Abdul Halim B. Yusuf & AJK JIM Negeri & Daerah
2. Minah Bt Ahmad & AJK WJIMNS

Ø Persediaan sambutan penceramah
Ø Menyambut ketibaan tetamu jemputan dan peserta
Ø Mengiringi tetamu jemputan & penceramah

Penceramah :
Aryati Bt Ariffin
Siti Khatijah Bt Abu Hassan
Ø Menghubungi dan memaklumkan kepada penceramah latar belakang seminar dan tajuk pembentangan.
Ø Menetapkan tarikh dan masa ceramah
Ø Membuat surat dan jemputan penceramah

Persiapan tempat :
Mohd. Zaki B. Muda
Hasri B. Wazir
Minah Bt Ahmad

Ø Menempah tempat untuk ceramah mengikut cadangan tarikh
Ø Memaklumkan kepada pengarah program berkaitan perubahan tempat
Ø Menguruskan peralatan/ keperluan dewan seperti PA System, kerusi , sofa & meja sofa serta meja jualan/pameran.

Publisiti:
Fatimah Bt Md Rasip
Faridah Bt Sulaiman
Rashidah Bt Idris

Ø Mempromosikan program kepada sasaran peserta
Ø Mengedarkan flyers/ brochure
Ø Mengenalpasti bilangan peserta terkini yang menghadiri program
Dokumentasi & Fotografi :
Md Amir B Marwan
Mohd Misri B Dolah Kanan

Ø Mengambil foto dan rakaman video perjalanan program
Ø Menyediakan laporan dokumentasi perjalanan program untuk naqib_ ns.
Siaraya & Teknikal :
Mohd Zailan B. Mohd Munawar
Abdul Malek B. Alias
Ø Memastikan PA system berfungsi dengan baik.
Ø Memastikan bilangan mikrofon yang mencukupi untuk penceramah dan peserta.
Ø Menyediakan banner untuk program dan banner backdrop dewan .



Buku Program :
Aryati Bt Ariffin
Atriza

Ø Menyediakan flyers/brochure program untuk promosi program dan bahan fail

Cenderahati :
Salma Bt Wahidudin
Ainol Yaqin Bt Abdullah
Ø Menyediakan cenderahati untuk 3 orang penceramah
Ø Menyediakan 2 cenderahati untuk perasmi dan pembaca doa majlis




9.0 Aturcara Program

8.00 – 9.00pg : Pendaftaran dan Ketibaan tetamu jemputan

9.00 – 9.15pg : Bacaan doa oleh Utz Hj Mohd Zuhaidi B. Abd Wahab, Penolong Pengarah Pertukaran & Penempatan Unit Pengurusan Pendidikan Islam, JPNS

Ucapan alu-aluan pengarah program


9.15 – 9.45pg : Ucapan Perasmian Seminar oleh Tn Hj Mizan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Seremban

9.45 – 10.00 pg : Kudapan pagi


10.00- 11.15pg : Bicara 1 : Sihat Minda, Sihat Fizikal, Indah Rohani, Sejahtera Diri oleh Dr Nikmah Bt Adam, JK WJIM Pusat

11.30- 12.45pg : Bicara 2 : Anda Adalah Apa Yang Anda Makan oleh Dr Maryam Bt Manap, Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson

1.00tgh-2.00ptg : Makan tengahari dan Solat Zuhur

2.00-4.00ptg : Rawatan Islam Melalui Al-Quran oleh Ustaz Hj Hanafi Rahman
el-Festanji, Pengarah Urusan Ulul Albab Management Services.

4.00 – 4.30ptg : Ucapan Penutupan dan Penghargaan oleh Pn Hjh Minah Bt Ahmad, Ketua Wanita JIMNS

Bacaan Doa Penutup oleh Ustazah Salma Bt Wahidudin dari USIM

4.30- 5.00 ptg : Solat Asar, Kudapan Petang & Bersurai











10.0 Anggaran Peruntukan Kewangan Program

Pendapatan

1. Sumbangan RM6,100.00


JUMLAH RM6,100.00


Perbelanjaan

1. Pakej Seminar satu hari RM3,000.00
(RM20 X 150)

2. Penceramah RM 800.00
(RM200 X 4jam- 3 orang)

3. Cenderahati Perasmi RM 100.00
(RM50 X 2)

4. Kelengkapan Alat Tulis RM 900.00
(RM6 X 150)

5. Publisiti & Percetakan
(Banner, Kertas kerja, flyers/brochure) RM 800.00

6. Perbelanjaan Pelbagai RM 500.00


JUMLAH RM6,100.00


11.0 Penutup

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang digariskan, InsyaAllah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan