Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Isnin, 22 Jun 2009

Rabu, 17 Jun 2009

KEMPEN MENUTUP AURAT SMK MAMBAU

Salam
Mambau 17 Jun 2009. Kita merancang. Allah merancang. Maka perancangan Allah yang Maha Tepat.Itulah senario Kempen ABJZ yang di pohon oleh Ustaz Wan Ali Akhbar kepada Umirose.

Pesertanya tidak ramai cuma lima puluh orang. Alhamdulillah program ini telah di sempurnakan oleh dua orang penceramah iaitu Pn Hjh Minah , KW JIMNS dan juga Ateh Zuhairi , MAINS Negeri Sembilan.

Setelah di telefon berkali-kali dan sms yang dihantar tidak di jawab segera kerana ana pada masa itu sedang Mesyuarat Pengurusan Sekolah.Makluman terpaksa dipinta daripada Ukhti Fatimah untuk menghubungi Umirose kerana ada appointment rawatan akar gigi pada pukul 3.30 petang.Dalam fikiran ana siapa yang akan handle program ini memandangkan hari ini adalah hari bekerja. Tapi ana meletakkan harapan yang tinggi pasti ada ikhwah dan akhawat yang akan membantu ana menyelesaikan kemelut ini.Semuanya berlegar tanpa henti hinggalah pada pukul 7 malam apabila Akhi Khairil membantu menyalin bahan Umirose masa kat KPJ.Seterusnya Ateh memberikan persetujuan untuk bersama menyampaikan slot tersebut dengan syarat bosnya membenarkan beliau keluar jika surat boleh sampai sebelum program bermula.Ana pun meletakkan harapan yang tinggi kepada bos(pengetua)agar memberikan keizinan untuk keluar daripukul 10 hingga 1 tgh.

Apa yang ana nampak disini adalah kesungguhan untuk kita membantu ikhwah dan akhawat lain agar dengan keihlasan kita maka Allah akan memudahkan kita untuk bekerja bagi memakmurkan agamanya.Maka tolonglah saudaramu yang didalam kesusahan agar Allah akan membuka pintu rezkinya dari sumber yang tidak disangka-sangka.

Itulah rezeki Ust Wan Ali Akhbar dapat bertemu dengan kami.Beliau hanya melayari Blog umiroses dan meminta umirose memberikan ceramah untuk KEMPEN BIAH HASANAH.Tahniah kepada Ust. Wan.

Ust Wan pernah berkhidmat di Al Amin Keramat dan Al Amin Gombak sebelum meneruskan perkhidmatannya Di SMK Mambau. Ini adalah posting pertama dalam Kementerian. Suasana Islamik semasa berada dalam sistem sekolah ISLAM mendorong beliau untuk gagahkan diri membuat program sebegini.Kesedaran Ust Wan harus di rasai oleh semua guru-guru kita yang telah lama berada dalam medan dakwah ini. Adanya kita di sekolah itu merupakan satu peluang yang terbuka luas suntuk kita mentarbiyah anak didik kita agar mereka menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kempen menutup aurat telah dibincangkan dengan lebih meluas mencakupi dimensi yang besar hingga lah kepada perlakuan zina.Pengakuan beberapa remaja yang telah ketelanjuran memberikan satu impak dan terkesan dihati ini. Alhamdulillah dalam sentuhan hati yang dibawa pada sesi muhasabah diri, anak-anak ini bersungguh untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk ini. Dalam usia 13 hingga 17 tahun gejala negatif ini berleluasa walaupun remaja ini masih berada di bangku sekolah. Pada wawalnya anak-anak ini nampaknya agakliar untuk mendengan celoteh kami, tapi dengan persembahan yansg pelbagai dan tayangan video telah memahatkan hati mereka untuk terus berada bersama kami sehingga kepukul satu tengahari.Tahniah kepada semua elajar yang telah dipilih oleh Allah menjadi tetamuNya yang di campakkan kasihsayansg Allah kepada mereka. Bukan semua remaja berpeluang mendapat kasihsayang Allah. Tapi mereka telah merasakan dengan sentuhan hati dan rasa keinsafan kasihsayang Allah adalah lebih mulia dari kasihsayang kekasih iaitu sesama manusia.

Dalam sesei soal selidik didapati 60 % biasa melihat video lucah.20% pernah melakukan zina dan 20 % sahaja pelajar yang benar-benar bersih dari maksiat tapi rata-rata pelajar ada pasangannya. :"Ustazah kalau keluar dengan kekasih berdosake tapi kita tak buat apa-apa?Itu merupakan soalan cepumas!
Lihatlah betapa jahilnya anak-anak kita apabila nilai baik dan buruk tak dapat dibezakan? Dimana neraca kehidupan mereka?
Sistem pendidikan hari ini tidak mampu meletakkan almizan yang sebenar kepada anak anak.Mereka terumbang ambing tanpa panduan. Masyarakat meletakkan nilai yang salah dalam membentuk peribadi anak-anak.

Ibubapa moden sanggup berbelanja untuk pencapaian akademik anak-anak kerana ini adalah masa depan mereka. Tapi sanggupkah ibubapa mengorbankan harta dan masa mereka untuk ISLAM?Menagiskah ibubapa jika anak tidak pandai solat?mengaji?

Atau ada ibubapa yang risau jika anak remaja mereka belum ada couple?Maka pelabagai strategi di pasang untuk memancing sang dara dan teruna , takut kalau-kalau anak remaja mereka jadi andaratu atau bujang telajak!

Apabila nilai yang dipegang tidak mengikut acuan Islam , maka rosaklah remaja dari segi adab dan akhlaknya.Berlakulah gejala Remaja ditangkap berkhalwat.Anak rogol ibu sendiri, bayi dibuang dalam tong sampah, mat rempit mati dijalanan dan pelbagai gejala yang tidak sihat berlaku disekeliling kita.

Ayuh Ikhwah dan akhawat mari kita sama-sama mengetuk pintu hati anak-anak ini untuk berubah kepada yang lebih baik lagi. Allah tidak akan mengubah diri seseorang itu kecuali diri mereka sendiri yang inginkan perubahan . Marilah Bersama Islam Membina Masyarakat.
Sila aturkan KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA ditempat anda. Email maklumat kepada Forum_JIMNS@yahoogroups.com

Jumaat, 12 Jun 2009

RASA KEHAMBAAN: CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

RASA KEHAMBAAN: CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

Portal JIM Media Johor - KBM Kolej Uniti PD

Portal JIM Media Johor - KBM Kolej Uniti PD: "Program Keindahan Bersamamu (KBM)
Kendalian Kelab Remaja JIM (KRJ) Johor
Di Kolej Uniti, Port Dickson, Negeri Sembilan
1-2 Disember 2007


Alhamdulillah, KBM telah melakar sejarah tersendiri apabila KRJ Johor telah bertandang buat kali pertama di Negeri Sembilan mengadakan KBM bersama-sama dengan lebih kurang 60 pelajar IPT Kolej UNITI pada 1-2 Disember 2007.

Ini merupakan KBM kali pertama diadakan untuk pelajar IPT. Ini bermakna KBM telah berjaya diadakan bersama-sama dengan pelajar sekolah (rendah dan menengah), IPT dan dewasa - aktivis JIM.

Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar sepanjang KBM berlangsung.




kmky3.jpg



kmky2.jpg



kmky1.jpg



kmky4.jpg"

Rabu, 10 Jun 2009

Peranan Ibu Membangunkan Masyarakat Bebas Jenayah Dan Gejala Sosial

Peranan Ibu Membangunkan Masyarakat Bebas Jenayah Dan Gejala Sosial: "Sempena Sambutan Hari Ibu 2009

8 Mei 2009

PERANAN IBU MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BEBAS JENAYAH DAN GEJALA SOSIAL

Perutusan media Wanita JIM sempena Hari Ibu 2009 didahulukan dengan rakaman ucapan takziah kepada keluarga ketiga-tiga orang ibu yang menjadi korban jenayah ragut dalam minggu ini, iaitu arwah Jamilah Selamat, 31 tahun dari Air Hitam Johor, Saripah Mohd. Nor, 33 tahun dari Ketereh Kelantan dan ibu warga emas, Tom Salleh yang berusia 86 tahun dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mereka bertiga menjadi mangsa peragut bermotosikal yang kejam dan tidak mempunyai pertimbangan perikemanusiaan. Apa yang lebih menyayatkan hati, kedua ibu muda tersebut juga didapati sedang hamil. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Ilahi, sementara keluarga terbabit didoakan terus tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi pemergian bonda mereka yang selama ini menjadi tonggak kasih sayang keluarga.
Apa yang nyata, jenayah ragut semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk tanahair. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bulan lalu, jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Statistik mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes pada bulan Januari hingga April, berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. 50% dari kes ragut ini dikatakan dilakukan oleh penagih dadah yang perlu mendapatkan wang untuk bekalan dadah harian mereka, di samping faktor pengangguran akibat kemelesetan ekonomi.

Dalam masa yang sama, ribuan para ibu di Malaysia hari ini, sebenarnya telah, sedang"

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan

Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan: "Bengkel Penulisan JIMedia Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Sabtu 16 Mei - Sebuah bengkel penulisan bertemakan “Cikgu, Saya Ingin Berkarya” telah diadakan bagi
mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan para remaja dan individu-individu yang berminat. Bengkel ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Media & Penerangan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan ( JIMNS ) serta Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) bertempat di Pejabat JIM Dataran Senawang.
Bengkel dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta, dan diikuti pembukaan majlis pada sekitar jam 9 pagi. Seterusnya, bermulalah sesi penyampaian oleh tetamu yang diraikan, Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin selaku Munsyi Dewan merangkap Ketua Satu PEN. Para peserta yang hadir sungguh bertuah kerana berpeluang untuk memperoleh pelbagai ilmu tentang langkah-langkah persediaan dan teknik–teknik membuat penulisan khasnya penghasilan karya. Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk menyampaikan hasil karya masing-masing untuk diperbaiki bersama.
Selesai penyampaian cenderahati kepada Puan Hajah Mahaya, majlis bersurai sekitar jam 1 tengahari. Walaupun kuantiti para peserta tidaklah ramai iaitu seramai 10 orang, namun diharap kuantiti yang kecil ini akan membuahkan kualiti seterusnya menyumbang ke arah perkembangan da’wah melalui mata pena, insyaAllah.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."

ToT ABJZ Di Negeri Sembilan

ToT ABJZ Di Negeri Sembilan: "ToT ABJZ Di Negeri Sembilan
Siti Salma Wahiduddin
SENAWANG, Ahad 17 Mei - Dewasa ini, gejala sosial kian berleluasa. Pergaulan bebas kesan budaya hedonisme yang melampau menggalakkan
lagi berlakunya zina di kalangan masyarakat tidak kira usia mahupun lapisan masyarakat. Perlakuan yang menghancurkan maruah, merosakkan ummah ini semestinya dibendung bagi menjamin kehidupan generasi mendatang.
Justeru, bagi menyahut cabaran ini, program “Training of Trainers – Anda Bijak Jauhi Zina” yang dikendalikan oleh para jurulatih Anda Bijak Jauhi Zina dari Raudhatus Sakinah Induk dan Selangor telah diadakan pada 17 Mei 2009 di Pejabat JIM Dataran Senawang . Seramai 40 orang peserta yang telah menyertai latihan ini dari pelbagai agensi termasuklah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan rendah.
Program yang dikendalikan oleh Puan Rosmawati Zainal, Puan Yusnani Abdul Hamid, Cik Roha Hassan dan Puan Siti Aini ini sedikit sebanyak berjaya mengusik hati para peserta untuk memahami akan tanggungjawab dan peranan yang mesti dijalankan oleh setiap individu. Topik-topik seperti cinta dan seks yang begitu sinonim dengan perlakuan zina dikupas agar para peserta kursus lebih memahami jiwa remaja masa kini. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan penyakit-penyakit kesan seks bebas di samping gejala pembuangan bayi sebagai antara langkah memberi amaran.
Program yang berlangsung pada jam 9 pagi ini berakhir pada jam 5 petang. Semoga usaha murni ini diberkati dan misi Raudhatus Sakinah menjelang tahun 2020 akan menjadi kenyataan berkat kegigihan, kerjasama dan doa semua.
Siti Salma Binti Wahiduddin
Jawatankuasa Media & Penerangan
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia Negeri Sembilan."

Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan

Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan: "Seminar Kecemerlangan Wanita Islam di Negeri Sembilan
Ainul Yaqin Abdullah
SEREMBAN, 9 Mei Ahad - “Wanita Sihat Peneraju Keluarga Bahagia” begitulah tema bagi
Seminar Kecemerlangan Wanita Islam (SMIWI) yang telah diadakan di Dewan Sg Ujong, Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. Ini merupakan julung-julung program yang dianjurkan oleh Wanita JIM Negeri Sembilan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seremban dan Badan Kebajikan Islam, MPS (BAKI).
Program telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Mohd Zuhaidi Abd Wahab, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam, JPNS seterusnya diikuti perasmian oleh Tn Hj Mizan Bin Maulud selaku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat NS. Beliau menegaskan bahawa majoriti wanita pada zaman ini terlalu mementingkan kecantikan dan kesihatan sehingga menjadi mangsa produk rawatan tersebut tanpa mengetahui langkah penjagaan yang sebenarnya. Saranan beliau supaya wanita hari ini dapat menjaga akhlak, personaliti dan penampilan agar dapat meneraju keluarga yang cemerlang.
Seminar ini dimulakan dengan Slot Perkongsian Rawatan Alternatif – Bekam Al-Hijamah oleh Pn Hjh Noraeni Bt Mohamed. Sesi perkongsian berjaya menarik minat sebilangan peserta untuk mendapatkan rawatan alternative bekam seperti yang dianjurkan oleh baginda sollallahu’alaihi wasallam dalam hadis sohih yang dinyatakan.
Seterusnya ditampilkan tiga agenda bicara iaitu Bicara 1 : Sihat Minda, Sihat Fizikal, Indah Rohani, Sejahtera Diri yang disampaikan oleh Dr Hj Nordin Bin Saleh. Penyampaian beliau memberikan input mengenai tahap kesihatan, gaya hidup individu serta langkah-langkah pencegahan dalam pembangunan gaya hidup yang sihat.
Bicara kedua di"

Gotong Royong WJIMNS

Salam

Gotong Royong WJIMNS diadakan pada hari Rabu 9 Jun 09. Tujuannya untuk mengemaskini aktiviti dan mengumpul maklumat untuk karnival Dakwah Masyarakat Majmuk.Semua ahli yang mempunyai gambar atau maklumat berkaitan dengan WJIMNS boleh membantu bagi tujuan ini.

Kami hanya sempat mengumpulkan gambar bagi aktiviti TADIKA Anfal sahaja.Antara perkara yang perlu update ialah
  • brochure WJIMNS
  • bunting tentang semua Biro atau Lajnah
  • Carta Organisasi
  • Aktiviti berkaitan dengan program WJIMNS
  • Aktiviti Aulad
  • Aktiviti Tadika
  • Jim IPT
  • Kelab Remaja JIMNS

Sesiapa yang mempunyai ide bolehlah fowardkan kepada email: minah_sttj@yahoo.com

ummuirfaan@yahoo.com

Hari Keluarga JIMNS

Salam
Hari Keluarga JIMNS telah bertlangsung pada 31 Mei yang lepas. Jazakallahkhairan khatira kepada semua yang telah sempat hadir . Seramai lebih kurang 10 keluarga telah bersama ditepi Pantai Batu 5 Youth Club.

Sarapan dan BBQ ayam disediakan oleh JIM Seremban. Pandai juga ikhwah bakar ayam.Creative dan inovative menggunakan rak pinggan terpakai untuk jadi sebagai tempat bakar ayam.Satu idea yang baik. Jadi kalau ada ikhwah dan akhawat yang tak nak guna lagi tempat pinggan mangkuk lama bolehlah kita gunakan untuk bakar ayam.

Kami juga didatangi oleh 2 pegawai penguatkuasa yang memerhatikan aktiviti kita dari jauh.Mereka memberi amaran untuk tidak mendirikan khemah bagi tujuan rehlah. Jika engkar denda sebanyak RM 500 akan dikenakan.Jadi kami akur dengan permintaan pihakpenguatkuasa.Ana sempat bertanya kalau ada couple bagaimana? adakah pemantauan dibuat?Penguatkuasa pun angguk -angguk je. Mungkin dalam hati geleng-geleng.Ada dua couple tidak selesa berada dalam kawasan rehlah Keluarga JIMNS.

Selain dari ahli Keluarga JIMNS, Ketua Wanita Pahang, Pn Siti Aisyah Mahamad , suami akhi Samsudin serta anaknya Syahid juga sempat bersama kami dalam perjalananya dari Melaka Ke Kuala Lumpur.Terima kasih diucapkan atas kesudian menjamu selera ayam panggang bersama kami.Sambutan Hari Keluarga JIMNS disambut sederhana.Mungkin dilain kali JIMNS boleh merancang untuk mengadakan hari keluarga ini secara lebih meriah lagi. Inilah masanya nak kenal dengan semua ahli keluarga masing-masing. Yang jauh didekat-dekatkan , yang dekat di mesra-mesrakan semuga ukhuwah bertaut erat hingga ke akhirat.