Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Khamis, 9 Februari 2012

Tazkirah buat putriku

Assalamualaikum wb.

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Seeloknya kita bercuti pada hari ini agar dapat kita beramal dalam keadaan yang lebih selesa dan bersiap untuk mendengar khutbah pada tengaharinya bagi para muslimin . Pada waktu pagi alangkah eloknya jika dapat mendengar tazkirah subuh dan berwirid mathurat selepas solat fardhu subuh. Kehidupan sebegina tidak dapat kita rasakan di tempat kita iaitu di negeri penuh adat kerana masa cuti kita adalah pada hari Ahad yang memberi ruang kepada penganut Kristian berehat dan mengunjungi gereja pada waktu pagi.Jika ada aktiviti yang memerlukan komitmen guru-guru Kristian pada pagi ini mereka akan memberikan alasan masa untuk mereka ke gereja.Cuba kita renungkan.....amalan yang kita buat saban hari.
Alhamdulillah pada pagi Jumaat yang mulia kita dapat bersama membaca Yasin tanpa gagal setiap minggu. Kebanyakan sekolah dapat melaksanakannya dan menjadi satu budaya yang baik. Masa yang diperlukan hanyalah lima belas minit jika ianya dapat di hayati dengan baik alangkah bagus kerana setiap minggu kita berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan urusan kita disamping dapat kita beramal jariah agar Allah memberi kelapangan kepada kita. Dan memberikan kesejahteraan dan dalam rahmat Allah.
Kedatangan bulan Rabiul awal mengingatkan kita kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kelahiran bagainda membawa cahaya keseluruh alam. Dengan kelahiran baginda juga Islam berkembang.Manusia mula meniti zaman kegemilangan dan tamadun Islam menjadi model kehidupan para sahabat.Bagaimana Rasulullah dapat mencanai generasi Al Quran yang unik sehinggakan Al Quran di lihat berjalan dalam kehidupan mukmin.
Hari ini ,minggu ini, bulan ini kita akan meraikan maulid nabi....begitulah saban tahun peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.Memanglah ini perkara bid'ah yang hasanah....tetapi kita perlu ingat menguikuti sunnah nabi bukan hanya berlaku pada bulan maulid sahaja. Penghayatan kepada keseluruhan hidup baginda dan mencontohi akhlaknya perlu di jadikan amalan. Beramallah sedikit tetapi kamu tetap istiqamah dalam mengerjakannya.
Tahniah kepada pelajar yang dapat menjadikan amalan-amalan yang baik sebagai sebahagian kehidupan mereka.Bersolat di awal waktu, membaca AlQuran, menghormati orang yang lebih tua, berbuat kebajikan dan tolong menolong antara satu sama lain merupakan amalan yang terpuji.
Esok perayaan Maulid Nabi di sekolah kita.Cukupkah hanya sekadar pertandingan sepanduk, berarak dan ceramah telah menjamin diri kita telah mengikut sunnah?Tidak anak-anakku. Hendaklah engkau jadikan budaya dalam kehidupanmu untuk mencintai ilmu dan mengikuti sunnahnya.Nescaya engkau akan selamat jika dua perkara ini engkau jaga...iaitu Al Quran dan Sunnah.

Yuk ayuh kita hidupkan sunnah...marilah kita duduk sejenak untuk kita beriman dan beramal. Inilah langkah bermula.........

Selasa, 7 Februari 2012

Program WANITA IKRAMNS Bersama PIBG SRIAS

Assalamualaikum wb.

Buat julung kalinya pada tahun ini Wanita IKRAMNS akan bekerjasama dengan PIBG SRIAS bagi melaksanakan kempen kesedaran berkaitan dengan pendidikan anak-anak.Tangungjawab ibubapa dalam pembentukan keluarga sejahtera.

Tentatif program adalah seperti berikut :
Tarikh :3 Mac 2012
Masa: 9.00 pagi- 1.00 tgh.
Tempat : SRIAS
Penceramah jemputan: Dr Hafidzah Mustakim
Prof Madya Badlishah Sham Baharin

Semua dijemput hadir.

WANITA IKRAM NEGERI SEMBILAN

Salam

20 hb April 2011 adalah detik bersejarah dengan tertubuhnya IKRAM sebagai satu wadah DAKWAH yang baru.Mulai saat ini juga semua aktiviti WJIMNS di terajui bersama dengan IKRAM NS sehinggalah tertubuhnya sayap wanita IKRAM.

Sayap Wanita IKRAMNS diketuai oleh Pn Hjh Saniyah Abd Wahab .

Barisan ahli jawatankuasa WANITA IKRAMNS terdiri daripada:

Ketua Wanita: Pn Hjh Saniyah Abd Wahab
Timbalan Ketua Wanita: Pn Hjh Minah Ahmad
Setiausaha: Pn Hjh Fadzillah Musa
Bendahari : Cik Habibah Musa
Ahli Jawatankuasa : Pn Siti Katijah Abu Hassan
: Pn Noreini Ali
: Pn Rogayah Abu Bakar
: Pn Fatimah Mat Rasip
: Pn Hjh Aryati Ariffin

Mulai sesi 2011-2012 aktiviti wanita dibawah IKRAM

Selasa, 28 September 2010

Perjumpaan pra MPWN WJIMNS

Salam
Kepada semua AJK WJIMNS

Satu perjumpaan berkaitan dengan penyelarasan laporan dan aktiviti WJIMNS untuk sesi 2009-2011 akan diadakan di rumah KW ,Pn Hjh Minah Ahmad pada 30 hb September 2010
Semua AJK memegang biro sila bawa bersama laporan anda.

Dikesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

Sabtu, 17 April 2010

Kembali ke Rahmatullah

Salam

Innalillah wainnailaihi rajiun....Pada 3 April yang lepas seorang pesakit Kanser yang disantuni oleh WJIMNS telah pergi mengadap Ilahi...semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... ameen.

Selepas mengikuti perkongsian bersama pesakit kanser Cakne WJIMNS, ramai lagi kedengaran mereka yang memerlukan perhatian. Dalam kemelut transisi ke IKRAM banyak juga program bertindih yang perlu di beri tumpuan ... lebih-lebih lagi untuk penubuhan JK baru. Smuga ALLAH memberikan kekuatan bagi kita menghadapi segala dugaannya.

Sabtu, 20 Mac 2010

HARI KELUARGA JIMNS

Salam

HariKeluarga JIMNS telah di adakan di Taman Malaysia Seremban pada 20 Mac 2010. YDP JIMNS saudara Abd Halim Yusuf telah sudi merasmikan hari keluarga tersebut . Dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan JK TPSM untuk merealisasikan hari keluarga dimana ini merupakan suatu usaha yang amat mencabar untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli keluarga JIMNS.Alhamdulillah kali ini seramai 18 keluarga bersama dengan anak-anak dan juga cucu masing-masing.
Acara untuk kanak-kanak, remaja , wanita , lelaki dan keluarga di adakan dalam suasana mahabbah dan ukhuwah fillah. Hadiah yang disediakan amat menarik kerana pemenang mendapat hadiah yang sama pada kategori 1,2 dan 3. Apa yang di tekankan bukanlah persaingan , tetapi penglibatan semua warga JIMNS dalam menjayakan aktiviti santai bersama keluarga besar ini. Semuga ikatan ukhuwah dan kasih sayang berkekalan hingga ke akhir hayat.

Menanti kemunculan IKRAM dengan slogan UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN.

Facebook | Azzahra Abdullah's Photos - untok kamoo..

Facebook | Azzahra Abdullah's Photos - untok kamoo..

Flickr: zaki_muda's Photostream

Flickr: zaki_muda's Photostream

Khamis, 18 Mac 2010

Sepetang Bersama Islah



Alhamdulillah, program "Sepetang Bersama Islah" anjuran PAKSI WJIMNS pada 17 Mac baru-baru ini telahpun mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga wanita Tmn Desa Dahlia. Syabas diucapkan kepada team Tn Zainab, Ketua Unit PAKSI WJIMNS dan sukarelawan PAKSI Pn Zuraidah dari Desa Dahlia sendiri.

Program dimulakan pengerusi majlis Pn Hjh Minah Ketua wanita JIMNS memberi ucapan aluan dan dimulai dengan ceramah Dr Maryam Manap tentang kanser diikuti oleh slot perkongsian oleh bekas pesakit & pesakit kanser Adik Nurul Islah bersama ibunya Pn Norhasyimah, Adik Ahmad Zuhairi bersama ibunya, Adik Haani Athifah bersama ibunya Pn Fatimah, Pn Rozana & Dr Sharipah dari Klinik pergigian Ampangan.

Terima kasih diucapkan kepada JK Wanita Tmn Desa Dahlia atas keprihatian kalian dengan menyediakan hamper untuk para pesakit & bekas pesakit kanser serta menyediakan makanan/minuman untuk semua. Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Wanita dari bahagian Rembau Pn Hjh Arfah dan Ketua Wanita Tmn Desa Dahlia Pn Aminah kerana sudi hadir dan juga sudi menyampaikan cenderahati.











































Isnin, 8 Mac 2010

Prihatin kanser

Salam,
Program Wanita pada sesi ini diisi dengan program kesedaran kanser dalam kalangan kanak-kanak dan juga wanita. Bila di jejaki wanita dan kanak-kanak yang menghidapi kanser maka kita di kejutkan dengan pelbagai statistik berkaitan dengan kanser. Bilangan pesakit yang makin bertambah, bilangan jenis kanser yang juga bertambah dan pelbagai penemuan sebab-sebab kanser juga di temui. Kanser bukan hanya disebabkan faktor genetik , tetapi pemakanan dan caragaya hidup iaitu lifestyle juga memberikan sahamnya kepada pesakit kanser.
Tekanan hidup, stress di tempat kerja, stress dari dalam dan stress dari luar juga penyebab kenapa penyakit ini merupakan ancaman kepada kebahagian manusia.

Sudah pasti sesuat yang di timpakan ke atas kita ada hikmahnya. Persoalannya di mana kita bila mereka memerlukan?

Wanita JIMNS membawa anda semua ke satu program "Sepetang bersama ISLAH" dimana kita sama-sama akan mendengar ceramah berkaitan Apa itu kanser? Sebab dan akibat nya.juga
Sesi perkongsian bersama adik Islah. Testimoni mereka penghidap kanser juga akan diadakan .

Jom kita ke Program Sepetang bersama Islah

Tarikh: 17 Mac 2010
Masa: 3.00 ptg-5.00 ptg
Tempat :Balairaya Taman Desa Dahlia
70400 Seremban

Berminat sila hubungi Cikgu Malinda 010196040144

Cikgu Hjh Minah 0196556832








Mencegah adalah lebih baik dari mengubati

Sabtu, 13 Februari 2010

LAPORAN PERJUMPAAN KEDUA KELAB AULAD ANNUR

Pada 6 hb Febuari telah berlangsung aktiviti ke dua Kelab Aulad An Nur sesi 2010. Program kali ini disertai oleh 26 ahli kelab.
Program “Sharing is Caring” ini diisi dengan slot pertama ceramah “Snek Sihat” oleh kakak Iman bt Abdul Halim, pelajar tahun akhir Dietetik… Ceramahnya yang diselangseli dengan soalan-soalan mudah mendapat perhatian penuh anak-anak lebih-lebih lagi dengan ransangan hadiah bagi yang berani menjawab, sampai berlumba-lumba mengangkat tangan nak menjawab!!!. Ceramahnya yang berkisar pada , apakah snek? bila boleh ambil snek? Apakah pula snek sihat? Apa pula snek yang tak sihat? Apa kesan mengambil snek terlalu kerap dan banyak? Dalam snek ini sebenarnya ada kandungan gula atau garam yang tinggi sebab itu ia tidak elok untuk kesihatan. Jadi adik-adik dinasihatkan jangan kerap mengambil snek tak sihat ini dan gosoklah gigi setiap kali selepas makan…. Mudahan bermanafaat kepada adik-adik dan ibu-ibu yang hadir… Muslim yang sihat dan kuat lebih disukai Allah dari Muslim yang lemah…

Slot ke dua pula dimulakan dengan ucapan mantan Ketua Wanita Jim Negeri Sembilan, beliau telah memperkenalkan satu institusi dalam jim iaitu PAKSI (Pusat Sokongan Keluarga Islah) yang mottonya WE LOVE WE CARE. Salah satu aktivitinya adalah mengujudkan kumpulan sokongan kepada pesakit kanser. Bersesuaian dengan program “Sharing is Caring” , kami amat bertuah kerana undangan kami kepada adik Islah bekas pesakit cancer otak telah dipenuhi. Adik Islah hadir ditemani oleh Ibu Pn Norhasyimah, ayah En Md. Shah, kakaknya Syahira dan adiknya Hannan.
Islah telah berkongsi pengalaman menghadapi penyakit cancernya dengan berucap dalam bahasa Inggeris, di sini disertaka antara isi ucapannya…. “In the name of Allah the most beneficient the most merciful, assalamualaikum, kai fa ha lu kum? Apa kabar? Ladies and gentlemen, I am Nurul Islah from Rasah Kemayan. I am a brain tumor Survivor, two years ago I underwent a major brain surgery to remove a tumor. Alhamdulilah I’m now free of cancer and started schooling June last year. But as you can see now, due to the tumor and surgery I’m now a disabled person. In fact because of cancer, I’m now speaking on the stage… infront of so many people.. Because of cancer.. my parents started childhood Cancer Support Group CAKNe – PPUKM . So you see.. in life, we lose some but we also win some. I am not scared and sad because I am confident insyaallah I will get well soon. And if I don’t, then I believe I’ll go to heaven. Finally I would like to thank kelab aulad for inviting me today and to my parents and family, for your love and care..”
Ayah Islah En Md.Shah juga telah menerangkan dengan panjang lebar berkenaan penyakit cancer. Harapan beliau kepada anak-anak kelab aulad dan masyarakat umum dapat mengubah persepsi bahawa pesakit atau bekas canser ini adalah insan OKU iaitu Orang Kelainan Upaya bukan Orang Kurang Upaya!!! Terima dan pandanglah mereka sama seperti yang lain….
Ibu Islah Pn Norhasyimah juga berkongsi pengalaman menghadapi dugaan besar ini. Beliau menyatakan sesungguhnya bila Allah bagi sesuatu dugaan atau kesusahan sesungguhnya Allah tidak membiarkan kita begitu sahaja, tetapi dibekalkanNya kita kekuatan mengharunginya. Dan terlalu banyak hikmah yang didapati buat diri dan keluaragnya juga bagi masyarakat sekeliling, iaitu antaranya beliau dan keluarga menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif, merasai sebenarnya hidup dan mati ini sangat hampir dan sentiasa bersedia menghadapi mati. Sesungguhnya mati itu akan dihadapi oleh semua orang tak kira yang sakit atau yang sihat. Itulah juga kata-kata yang sering dipesan kepada Islah. “ Memang benarlah sabda nabi ‘ orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati’ . Semoga adik Islah akan pulih sepenuhnya ….
Bersama ini dikepilkan gambar-gambar sepanjang aktiviti. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada facilitator yang menjayakan program ini, Mak Cik Bib, Mak Cik Ro, Mak Cik Fared (pengerusi majlis) , Mak Cik Wan, Kak Fatimah Az Zahrah, Mak Cik Saniyah Mantan Ketua WJIMNs, Mak Cik Tn Zainab pengerusi PAKSI NS , Akh Zailan S/U Jim Seremban, Anak-anak remaja Kak Madihah (juru camera) dan Kak Liyana (pilot), Mak Cik Shidah yang membekal kuih karipap dan kasui yang sedap ( boleh order nie). Juga terima kasih pada keluarga adik Islah, En Md.Shah, Pn Norhasyimah, Kak Syahira,dan adik Hannan, juga Kak Iman dan ibu-ibu yang sudi hadir sama.


Laporan Oleh: Pengerusi Kelab Aulad AnNur

Sabtu, 9 Januari 2010

JAULAH JIM IPT HULU LANGAT

Pada 1-2 Januari yang lepas jaulah anak-anak peserta MUKRIN berlangsung dengan jayanya.
Anak- anak tiba pada pukul 8.30 malam. Setelah selesai solat isya, kami duk sembang dan sambil membakar ayam panggang. BBQ.
Jamuan makan malam dengan nasi goreng yang di sponsor oleh Pn Zuraidah seorang sukarelawan PAKSI.
Kehadiran AJK iaitu Setausaha dan Bendahari Wanita sagat memberi makna kepada kepimpinan wanita NS
Kami telah ditanya dengan pelbagai soalan terutama yang menyentuh tentang aktivisme WJIMNS dalam masyarakat dan juga berkongsi pengalaman tentang kerja-kerja dakwah yang dijalankan sepanjang berada dalam tanzim. Anak-anak nampak bersemangat walaupun tugasan yang di berikan amat mencabar. Setiap 2 jam mereka akan melaporkan apakah progress yang telah di capai.Selepas setiap 2 jam ada tugasan yang lain akan di berikan melalui email.
KW juga menguji mereka dengan meminta mereka menyediakan sarapan pagi untuk keluarga KW.
Sarapan yang di sediakan adalah karipap dan kek minyak bertopping.Masak asam pedas ikan terubuk di masak oleh Siti Hajar.Lima orang anak-anak IPT yang terlibat ialah Atirah, Suhaila, Siti hajar,Ulfah dan Suraya.
Kebetulan anak KW mengajak bekas anak murid STTJ , Eddaesnidar bersama dalam program tersebut.
Tips untuk tetap beristiqamah dalam jalan dakwah di kongsi bersama dengan kepimpinan.
Semuga jaulah adik/anak Johor akan memberikan impak positif kepada dakwah di NS.

JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN......

Rabu, 30 Disember 2009

JAULAH JIMIPT DAN JIM JB/SRI HIDAYAH

Salam

Dikongsikan program akan datang bersama dengan sahabat dari Johor dan Hulu Langat

1. Pada 1-2 hb Januari Program MUKRIN akan diadakan bersama keluarga angkat KW JIMNS. Semua akhawat dan anak remaja di jemput hadir. Sesi perkongsian pada malam 1 hb Januari dan solat hajat berjemaah sempena gerhana Bulan. Sembang sembang akan di sulami dengan makan malam BBQ dan pot luck.

2. Jaulah adik-adik lepasaN SPM pada 14 Januari 2009. Semua di jemput hadir di Masjid bandar Senawang (Lelaki) dan Pejabat JIM (perempuan)

Harap JIM Belia dapat bantu dengan JK Remaja.

Tirai Tahun baru di buka dengan santunan sahabat dari luar JIMNS. Semuga percikan kasturi ini akan mewangi sepanjang tahun. NS mendapat syafaat atas inisiatif antum.....

LAWATAN PAKSI WANITA-CakNe

Salam

Sesi awal pembentukan Program PAKSI berjalan lancar. Semua AJK Pembangunan keluarga telah memberikan komitmen keatas usaha menyantuni pesakit kanser. Golongan pesakit kanser memerlukan sokongan dari segi kewangan, moral , fizikal , emosi dan sentuhan kasih sayang.

Ujian demi ujian merintangi kehidupan pesakit kanser. Ada yang berputus asa atas kehendak NYA. Ada yang hilang kesabaran dengan ragam pesakit . Ada yang menyalahkan taqdir yang menimpa mereka. ada yang seolah kehilangan punca dan menyatakan Allah tidak adil memberikan dugaan dan ujian keatas mereka.Walau apapun yang berlaku.... masih ada lagi tangan yang ingin membantu.......Masih ada tangan yang bakal menyambut tangan lesu yang longlai layu.......masih ada yang sanggup mengorbankan wang ringgit, masa , tenaga dan mencurah kasih sayang.........sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW.

Bukan semua orang akan terusik hatinya bila melihat penderitaan orang lain, bukan semua orang akan berhenti sejenak untuk mendengar luahan hati mangsa kanser. Bukan semua orang boleh berkongsi kasih......menyantuni insan yang memerlukan.

Alhamdulillah dengan penubuhan PAKSI Negeri Sembilan, AJK Pembangunan keluarga dan juga Unit Paksi telah mengambil inisiatif untuk menjadi daie yang buat amal yang telah di amanah kan keatasnya. Beberapa individu yang telah di santuni ialah

(i) Adik Islah (11 tahun)
(ii) Pn Saadah)(56 tahun)
(iii) Adik Ahmad Zuhairi(16tahun)

Antara program akan datang ialah..

1. Melancarkan penubuhan PAKSI NS(24 Jan 2010)
2. Program Sharing is Caring (6 hb Febuari 2010)
3. Siri Lawatan dan Langkah susulan.(Sepanjang tahun)
4 Tabungan Dana PAKSI

Jumaat, 25 Disember 2009

Perletakan jawatan TKW WJIMNS

Pada 26 hb Disember 2009 secara rasminya perletakan jawatan TKW , Pn Anita Ali daripada jawatan yang baru di sandangnya dalam masa 3 bulan selepas pemilihan pada September yang lepas.
Beliau memegang Portfolio JK Pembangunan REMAJA WJIMNS dan sebagai AJK Belia NS. Banyak sumbangan yang telah di berikan kepada WJIMNS khususnya dalam menggerakkan KBM. Pengasas kepada KRJ @n 9 ini telah membuka ruang kepada masyarakat N9 mengenali Islam dengan lebih mendalam lagi. Usaha menyantuni remaja telah di lakukan di banyak sekolah di NS , antaranya adalah SMT Tuanku Jaafar, SMT Port Dickson, SMK Pendita Zaaba dan juga
SMK Sultan Abdul Samad.

Semuga jalan yang telah dirintis oleh Pn Anita ini akan memberikan daya tolak dalam kalangan akhawat dan ikhwah di N9.

Selamat bertugas di tempat baru kepada akhi Raden yang juga merupakan Timbalan YDP JIMNS.

Terima kasih kepada akhi Zaki dan keluarga atas ziarah akhir kepada keluarga akhi Raden.

Lawatan PAKSI Pertama

Salam

WJIMNS mengucapkan terima kasih kepada ketua PAKSI , Tn Zainab atas inisiatif melaksanakan program PAKSI pertama sejak ianya di war-warkan. Program pertama selepas mesyuarat JK pembangunan keluarga adalah lawatan untuk pesakit kanser. Lawatan telah dilakukan pada 23 Disember 2009. Anak kepada ahli JIMNS iaitu En Md Shah dan Pn Norhashimah.

Adik Islah telah di kesan menghadapi kanser selepas meraikan harijadinya yang ke sembilan pada18 hb November 2008. Kini telah 2 tahun berlalu , beliau makin pulih dan boleh bergerak dalam keadaan yang kurang stabil. Ketumbuhan yang dialami di bawah sereberumnya menyebabkan beliau kehilangan keseimbangan badan. Dalam keadaan yang kurang stabil , beliau menggunakan roller untuk bergerak. Masih lagi dalam rawatan. telah menunjukkan ciri-ciri penyembuhan.Walaupun matanya tidak dapat fokus kepada objek,beliau dapat membaca tulisan rumi dan jawi. Sebelum ini adik Islah memang fasih berbahasa Inggeris. Dalam Ihtifal SRIAS yang lalu beliau bercakap dalam bahasa Inggeris. Seorang yang tabah dan dapat menyemai semangat dan tidak berputus asa atas ketentuan Allah.

Unit PAKSI adalah merupakan unit sokongan keluarga Islah. Kami prihatin terhdap keluarga yang di kurnikan Allah dengan kelebihan dan keistimewaan ini. Sokongan dari segi harta benda, kewangan dan moral merupakan intipati perjuangan kami.Jika anda mengenali dan mengetahui masalah yang berkaitan marilah sama-sama kita berkongsi maklumat dan kerkongsi kepedihan bersama mereka. Semuga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk memberikan sedikit khidmat bakti kepada yang memerlukan. Semuga segala usaha mendapat keredhaan Allah.

Kita haruslah bersedia untuk meninggalkan dunia ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masa untuk kita berehat dan culas dalam menjalankan tugas dan amanah yang di berikan Allah kepada kita. Inilah masa dan peluang yang terbuka luas untuk kita terjemahkan kefahaman kita dalam bentuk amal kebajikan.

ilmu membentuk kefahaman lalu melahirkan amal buahnya kemanisan iman maka terjalin ukhuwah fillah yang menuntut pengorbanan dalam bentuk JIHAD FISABILILLAH..

Khamis, 17 Disember 2009

Ziarah Rakan JIM

Salam
Pada minggu lepas KW , JK Kebajikan dan JKAulad memulakan langkah menyantuni isteri kepada ahli JIM NS . Beliau mempunyai anak istimewa anugerah Allah untuk hambanya yang terpilih.
Tujuan ziarah kami adalah untuk mengajak ibu ini berkongsi pengalaman menjaga anak yang mengalami kanser. Dugaan yang di tempuh beberapa tahun dalam menjaga anak yang sakit hingga lah ke akhir sesi kemoterapi. Pelbagai usaha telah dijalankan dan akhirnya sesi berjaya ditamatkan dan insyaAllah telah sembuh dari penderitaan tersebut. Dengan Izin Allah.
Kami mengajak ibu ini bersama Unit PAKSI bagi memberikan sokongan kepada keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Semoga perkongsian ibu ini akan memberikan harapan kepada semua ahli keluarga mereka.
Pada sebelah malamnya saya seperti biasa membuka Naqib net dan terbaca : Peluang terbuka? Siapa yang hantar email ini?Soalan saya akhirnya terjawab apabila KW Pahang berkongsi info tentang mereka yang berminat nak jadi ahli dan sukarelawan.Tanpa berlengah saya menelefon No perhubungan yang di beri . Alhamdulillah berjaya di kesan.Terimakasih kepada WJIM Cheras yang menjadi jiran kepada Cik Siti seorang trainner Pembangunan Keluarga. Akhlak anda menjadi santunan kepada masyarakat/komuniti anda.
Siti telah memberikan no tel rakan peserta di Seremban.Saya hubungi rakannya dan beliau begitu bersungguh untuk menjadi sukarelawan. Saya minta tempoh untuk berjumpa dan pada hari ini saya berpeluang bertemu beliau dalam masa 40 minit selepas habis mesyuarat JK Pembangunan keluarga. Apa yang kami bincangkan telah kami mulakan dengan menzirahi mereka yang berminat menjadi tenaga kerja secara sukarela. Respond yang baik.Pn Zuraidah seorang surirumah , telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sendiri dan 3 orang anak tiri. Buat masa ini duduk bersama dengan ibu dan juga menjaga cucu kepada anak tiri. Suaminya berniaga kedai makan. Beliau memang ingin menjadi sukarelawan tetapi tidak pernah bergabung dalam NGO. Pengalaman beliau sebelum ini adalah sebagai SU kepada DEWANITA iaitu persatuan ahli perniagaan wanita. Pernah mengendalikan kursus kepada kontraktor dan mempunyai pengalaman berhubung dengan ramai ahli perniagaan.
Jiwa sukarela dalam dirinya memanglahir secara semulajadi. Dengan sikapprihatin dan suka menolong mencetuskan rasa keikhlasan di hati beliau untuk berbakti kerana Allah. Apabila kerja yang dilakukan tidak mendatangkan kepuasaan dihatinya dan bercanggah dengan fitrah sucinya, maka beliau tidak meneruskan kerjaya beliau dalam DEWANITA. Salah satu penyebabnya adalah kerana kronisma.
Moto bekerja kerana Allah telah menjadi benteng hatinya dari turut bersubahat dengan mereka yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri. Beliau akhirnya melepaskan jawatan dan terus membantu mereka yang memerlukannya. Perasaan belas kasihan dan sikap mengambil berat orang-orang yang tidak berkemampuan mendorong beliau untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira darjat keturunan dan talian darah. Pernah berhadapan dengan pesakit kanser dan memberi sokongan secara moral support. Bagi beliau, mereka yang terpilih ini adalah mereka yang telah di beri anugerah oleh Allah untuk membuat persiapan yang secukupnya kerana telah di janjikan masa pertemuannya dengan Allah .
Terharu saya mendengar luahan hati seorang insan yang hidupnya bahagia jika orang di sekelilingnya bahagia. Beliau berjanji akan menjaka kawan-kawanya untuk bersama kita.

Wanita gemilang..............Dalam keluarga dan rumahtangga, dia ibu dan wanita teladan

Sabtu, 12 Disember 2009

kursus kejurulatihan Koperator wanita

salam

10-12 Disember telah berlangsung kursus kepimpinan koperator wanita. Kursus ini bertujuan membimbing wanita dalam memimpin sebuah gerakan.Ciri dan peranan wanita di tekankan khususnya dalam koperasi.

Koperasi merupakan sebuah pertubuhan atas dasar muafakat maka kita boleh gunakan dasar ini selari dengan seruan presiden muafakat ummah alam diimpahi rahmah.Semuga muafakat wanita dalam koperasi juga akan memercikkan rahmah keseluruh alam.

Seramai 6 ahli WJIM telah bersama dalam kursus ini. Mobilisasi ahli ini bolehlah di manfaatkan untuk menjana pembangunan ekonomi dan dana wanita. Kepimpinan wanita bukan hanya dalam badan sukarela tapi juga badan korporat tidak ketinggalan juga dalamkoperasi. Semuga kursus yang di ikuti dapat di manfaat bersama.

Isu gender juga di tekankan dalamkursus ini, dimana wanita mempengaruhi polisi dalam koperasi masih jauh kebelakang. Hanya 40 % wanita sahaja yang mempunyai kesedaran tentang koperasi oleh itu di sarankan WJIMNS terusberi komitmen agar wanita akan menjadi daya pendesak dan mengepalai perubahan yang berlaku dalam masyarakat.

Beban 3 serangkai untuk wanita memang dirasai terutama oleh WJIM dimana beban sebagai pengurus keluarga,kakitangan awam dan juga aktivis masyarakat.Kaum Adam perlu memberi sokongan kepada kaum wanita agar mereka tidak rebah dalam perjuangan ini.

Kesedaran kaum wanita atas tanggungjawab mereka dalam dakwah adalah tinggi. Tetapi masih ada halangan dalaman yang membelengu diri wanita.Semua halangan ini harus ditangani dengan bijaksana.

Saya menyeru ahli WJIMNS agar memberikan komitmen anda dalam gerakan koperasi.Majulah koperasi untuk pembangunan ummah

Rabu, 9 Disember 2009

ParenThots - Home

ParenThots - Home

Gotong royong tadika anfaal

Salam

8 dan 9 Disember 2009 gotong royong Tadika ANFAAL dan Tadika IHSAN. Kedua 0dua Tadika ini adalah di bawah kelolaan WJIMNS..

Semua AJK telah bermesyuarat dan mengagihkan tugasan untuk menyiapkan tadika buat persediaan pada sesi akan datang. Walaupun cuti sekolah sukar untuk dapatkan tenaga kerja bagi membantu kerja-kerja menyiapkan bahan BBM dan Prasarana di Tadika seperti mengecat dan membersihkan halaman.

Siapa yang akan menyuntik semangat kerja amal untuk saham akhirat? Ibubapa bolehlah galakkan anak-anak muda /remaja /belia yang sedang bercuti untuk sama-sama ke tadika bagi megecat dan juga mengemaskan Tadika.

Walaupun blog wanita ini tak de siapa yang akan baca tapi saya tetap juga akan menulis hinggalah semua biasa dengan budaya ini.

Sekurang-kurangnya semua yang kita buat dapat dimanfaat bersama. Rajin-rajinlah bukak blog. Walaupun takde gambar sebab tak pandai nak letak gambar tapi saya akan terus mengisi ruang wjimns.

Beramal tanpa ilmu sia-sia
Ada ilmu tanpa amal juga tak kemana.
JOM TERJEMAHKAN AMAL JAMAIE DALAM KEHIDUPAN PARA DAEI