Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Rabu, 30 Disember 2009

JAULAH JIMIPT DAN JIM JB/SRI HIDAYAH

Salam

Dikongsikan program akan datang bersama dengan sahabat dari Johor dan Hulu Langat

1. Pada 1-2 hb Januari Program MUKRIN akan diadakan bersama keluarga angkat KW JIMNS. Semua akhawat dan anak remaja di jemput hadir. Sesi perkongsian pada malam 1 hb Januari dan solat hajat berjemaah sempena gerhana Bulan. Sembang sembang akan di sulami dengan makan malam BBQ dan pot luck.

2. Jaulah adik-adik lepasaN SPM pada 14 Januari 2009. Semua di jemput hadir di Masjid bandar Senawang (Lelaki) dan Pejabat JIM (perempuan)

Harap JIM Belia dapat bantu dengan JK Remaja.

Tirai Tahun baru di buka dengan santunan sahabat dari luar JIMNS. Semuga percikan kasturi ini akan mewangi sepanjang tahun. NS mendapat syafaat atas inisiatif antum.....

LAWATAN PAKSI WANITA-CakNe

Salam

Sesi awal pembentukan Program PAKSI berjalan lancar. Semua AJK Pembangunan keluarga telah memberikan komitmen keatas usaha menyantuni pesakit kanser. Golongan pesakit kanser memerlukan sokongan dari segi kewangan, moral , fizikal , emosi dan sentuhan kasih sayang.

Ujian demi ujian merintangi kehidupan pesakit kanser. Ada yang berputus asa atas kehendak NYA. Ada yang hilang kesabaran dengan ragam pesakit . Ada yang menyalahkan taqdir yang menimpa mereka. ada yang seolah kehilangan punca dan menyatakan Allah tidak adil memberikan dugaan dan ujian keatas mereka.Walau apapun yang berlaku.... masih ada lagi tangan yang ingin membantu.......Masih ada tangan yang bakal menyambut tangan lesu yang longlai layu.......masih ada yang sanggup mengorbankan wang ringgit, masa , tenaga dan mencurah kasih sayang.........sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW.

Bukan semua orang akan terusik hatinya bila melihat penderitaan orang lain, bukan semua orang akan berhenti sejenak untuk mendengar luahan hati mangsa kanser. Bukan semua orang boleh berkongsi kasih......menyantuni insan yang memerlukan.

Alhamdulillah dengan penubuhan PAKSI Negeri Sembilan, AJK Pembangunan keluarga dan juga Unit Paksi telah mengambil inisiatif untuk menjadi daie yang buat amal yang telah di amanah kan keatasnya. Beberapa individu yang telah di santuni ialah

(i) Adik Islah (11 tahun)
(ii) Pn Saadah)(56 tahun)
(iii) Adik Ahmad Zuhairi(16tahun)

Antara program akan datang ialah..

1. Melancarkan penubuhan PAKSI NS(24 Jan 2010)
2. Program Sharing is Caring (6 hb Febuari 2010)
3. Siri Lawatan dan Langkah susulan.(Sepanjang tahun)
4 Tabungan Dana PAKSI

Jumaat, 25 Disember 2009

Perletakan jawatan TKW WJIMNS

Pada 26 hb Disember 2009 secara rasminya perletakan jawatan TKW , Pn Anita Ali daripada jawatan yang baru di sandangnya dalam masa 3 bulan selepas pemilihan pada September yang lepas.
Beliau memegang Portfolio JK Pembangunan REMAJA WJIMNS dan sebagai AJK Belia NS. Banyak sumbangan yang telah di berikan kepada WJIMNS khususnya dalam menggerakkan KBM. Pengasas kepada KRJ @n 9 ini telah membuka ruang kepada masyarakat N9 mengenali Islam dengan lebih mendalam lagi. Usaha menyantuni remaja telah di lakukan di banyak sekolah di NS , antaranya adalah SMT Tuanku Jaafar, SMT Port Dickson, SMK Pendita Zaaba dan juga
SMK Sultan Abdul Samad.

Semuga jalan yang telah dirintis oleh Pn Anita ini akan memberikan daya tolak dalam kalangan akhawat dan ikhwah di N9.

Selamat bertugas di tempat baru kepada akhi Raden yang juga merupakan Timbalan YDP JIMNS.

Terima kasih kepada akhi Zaki dan keluarga atas ziarah akhir kepada keluarga akhi Raden.

Lawatan PAKSI Pertama

Salam

WJIMNS mengucapkan terima kasih kepada ketua PAKSI , Tn Zainab atas inisiatif melaksanakan program PAKSI pertama sejak ianya di war-warkan. Program pertama selepas mesyuarat JK pembangunan keluarga adalah lawatan untuk pesakit kanser. Lawatan telah dilakukan pada 23 Disember 2009. Anak kepada ahli JIMNS iaitu En Md Shah dan Pn Norhashimah.

Adik Islah telah di kesan menghadapi kanser selepas meraikan harijadinya yang ke sembilan pada18 hb November 2008. Kini telah 2 tahun berlalu , beliau makin pulih dan boleh bergerak dalam keadaan yang kurang stabil. Ketumbuhan yang dialami di bawah sereberumnya menyebabkan beliau kehilangan keseimbangan badan. Dalam keadaan yang kurang stabil , beliau menggunakan roller untuk bergerak. Masih lagi dalam rawatan. telah menunjukkan ciri-ciri penyembuhan.Walaupun matanya tidak dapat fokus kepada objek,beliau dapat membaca tulisan rumi dan jawi. Sebelum ini adik Islah memang fasih berbahasa Inggeris. Dalam Ihtifal SRIAS yang lalu beliau bercakap dalam bahasa Inggeris. Seorang yang tabah dan dapat menyemai semangat dan tidak berputus asa atas ketentuan Allah.

Unit PAKSI adalah merupakan unit sokongan keluarga Islah. Kami prihatin terhdap keluarga yang di kurnikan Allah dengan kelebihan dan keistimewaan ini. Sokongan dari segi harta benda, kewangan dan moral merupakan intipati perjuangan kami.Jika anda mengenali dan mengetahui masalah yang berkaitan marilah sama-sama kita berkongsi maklumat dan kerkongsi kepedihan bersama mereka. Semuga Allah memberi kelapangan kepada kita untuk memberikan sedikit khidmat bakti kepada yang memerlukan. Semuga segala usaha mendapat keredhaan Allah.

Kita haruslah bersedia untuk meninggalkan dunia ini bila-bila masa sahaja. Tidak ada masa untuk kita berehat dan culas dalam menjalankan tugas dan amanah yang di berikan Allah kepada kita. Inilah masa dan peluang yang terbuka luas untuk kita terjemahkan kefahaman kita dalam bentuk amal kebajikan.

ilmu membentuk kefahaman lalu melahirkan amal buahnya kemanisan iman maka terjalin ukhuwah fillah yang menuntut pengorbanan dalam bentuk JIHAD FISABILILLAH..

Khamis, 17 Disember 2009

Ziarah Rakan JIM

Salam
Pada minggu lepas KW , JK Kebajikan dan JKAulad memulakan langkah menyantuni isteri kepada ahli JIM NS . Beliau mempunyai anak istimewa anugerah Allah untuk hambanya yang terpilih.
Tujuan ziarah kami adalah untuk mengajak ibu ini berkongsi pengalaman menjaga anak yang mengalami kanser. Dugaan yang di tempuh beberapa tahun dalam menjaga anak yang sakit hingga lah ke akhir sesi kemoterapi. Pelbagai usaha telah dijalankan dan akhirnya sesi berjaya ditamatkan dan insyaAllah telah sembuh dari penderitaan tersebut. Dengan Izin Allah.
Kami mengajak ibu ini bersama Unit PAKSI bagi memberikan sokongan kepada keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Semoga perkongsian ibu ini akan memberikan harapan kepada semua ahli keluarga mereka.
Pada sebelah malamnya saya seperti biasa membuka Naqib net dan terbaca : Peluang terbuka? Siapa yang hantar email ini?Soalan saya akhirnya terjawab apabila KW Pahang berkongsi info tentang mereka yang berminat nak jadi ahli dan sukarelawan.Tanpa berlengah saya menelefon No perhubungan yang di beri . Alhamdulillah berjaya di kesan.Terimakasih kepada WJIM Cheras yang menjadi jiran kepada Cik Siti seorang trainner Pembangunan Keluarga. Akhlak anda menjadi santunan kepada masyarakat/komuniti anda.
Siti telah memberikan no tel rakan peserta di Seremban.Saya hubungi rakannya dan beliau begitu bersungguh untuk menjadi sukarelawan. Saya minta tempoh untuk berjumpa dan pada hari ini saya berpeluang bertemu beliau dalam masa 40 minit selepas habis mesyuarat JK Pembangunan keluarga. Apa yang kami bincangkan telah kami mulakan dengan menzirahi mereka yang berminat menjadi tenaga kerja secara sukarela. Respond yang baik.Pn Zuraidah seorang surirumah , telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sendiri dan 3 orang anak tiri. Buat masa ini duduk bersama dengan ibu dan juga menjaga cucu kepada anak tiri. Suaminya berniaga kedai makan. Beliau memang ingin menjadi sukarelawan tetapi tidak pernah bergabung dalam NGO. Pengalaman beliau sebelum ini adalah sebagai SU kepada DEWANITA iaitu persatuan ahli perniagaan wanita. Pernah mengendalikan kursus kepada kontraktor dan mempunyai pengalaman berhubung dengan ramai ahli perniagaan.
Jiwa sukarela dalam dirinya memanglahir secara semulajadi. Dengan sikapprihatin dan suka menolong mencetuskan rasa keikhlasan di hati beliau untuk berbakti kerana Allah. Apabila kerja yang dilakukan tidak mendatangkan kepuasaan dihatinya dan bercanggah dengan fitrah sucinya, maka beliau tidak meneruskan kerjaya beliau dalam DEWANITA. Salah satu penyebabnya adalah kerana kronisma.
Moto bekerja kerana Allah telah menjadi benteng hatinya dari turut bersubahat dengan mereka yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri. Beliau akhirnya melepaskan jawatan dan terus membantu mereka yang memerlukannya. Perasaan belas kasihan dan sikap mengambil berat orang-orang yang tidak berkemampuan mendorong beliau untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira darjat keturunan dan talian darah. Pernah berhadapan dengan pesakit kanser dan memberi sokongan secara moral support. Bagi beliau, mereka yang terpilih ini adalah mereka yang telah di beri anugerah oleh Allah untuk membuat persiapan yang secukupnya kerana telah di janjikan masa pertemuannya dengan Allah .
Terharu saya mendengar luahan hati seorang insan yang hidupnya bahagia jika orang di sekelilingnya bahagia. Beliau berjanji akan menjaka kawan-kawanya untuk bersama kita.

Wanita gemilang..............Dalam keluarga dan rumahtangga, dia ibu dan wanita teladan

Sabtu, 12 Disember 2009

kursus kejurulatihan Koperator wanita

salam

10-12 Disember telah berlangsung kursus kepimpinan koperator wanita. Kursus ini bertujuan membimbing wanita dalam memimpin sebuah gerakan.Ciri dan peranan wanita di tekankan khususnya dalam koperasi.

Koperasi merupakan sebuah pertubuhan atas dasar muafakat maka kita boleh gunakan dasar ini selari dengan seruan presiden muafakat ummah alam diimpahi rahmah.Semuga muafakat wanita dalam koperasi juga akan memercikkan rahmah keseluruh alam.

Seramai 6 ahli WJIM telah bersama dalam kursus ini. Mobilisasi ahli ini bolehlah di manfaatkan untuk menjana pembangunan ekonomi dan dana wanita. Kepimpinan wanita bukan hanya dalam badan sukarela tapi juga badan korporat tidak ketinggalan juga dalamkoperasi. Semuga kursus yang di ikuti dapat di manfaat bersama.

Isu gender juga di tekankan dalamkursus ini, dimana wanita mempengaruhi polisi dalam koperasi masih jauh kebelakang. Hanya 40 % wanita sahaja yang mempunyai kesedaran tentang koperasi oleh itu di sarankan WJIMNS terusberi komitmen agar wanita akan menjadi daya pendesak dan mengepalai perubahan yang berlaku dalam masyarakat.

Beban 3 serangkai untuk wanita memang dirasai terutama oleh WJIM dimana beban sebagai pengurus keluarga,kakitangan awam dan juga aktivis masyarakat.Kaum Adam perlu memberi sokongan kepada kaum wanita agar mereka tidak rebah dalam perjuangan ini.

Kesedaran kaum wanita atas tanggungjawab mereka dalam dakwah adalah tinggi. Tetapi masih ada halangan dalaman yang membelengu diri wanita.Semua halangan ini harus ditangani dengan bijaksana.

Saya menyeru ahli WJIMNS agar memberikan komitmen anda dalam gerakan koperasi.Majulah koperasi untuk pembangunan ummah

Rabu, 9 Disember 2009

ParenThots - Home

ParenThots - Home

Gotong royong tadika anfaal

Salam

8 dan 9 Disember 2009 gotong royong Tadika ANFAAL dan Tadika IHSAN. Kedua 0dua Tadika ini adalah di bawah kelolaan WJIMNS..

Semua AJK telah bermesyuarat dan mengagihkan tugasan untuk menyiapkan tadika buat persediaan pada sesi akan datang. Walaupun cuti sekolah sukar untuk dapatkan tenaga kerja bagi membantu kerja-kerja menyiapkan bahan BBM dan Prasarana di Tadika seperti mengecat dan membersihkan halaman.

Siapa yang akan menyuntik semangat kerja amal untuk saham akhirat? Ibubapa bolehlah galakkan anak-anak muda /remaja /belia yang sedang bercuti untuk sama-sama ke tadika bagi megecat dan juga mengemaskan Tadika.

Walaupun blog wanita ini tak de siapa yang akan baca tapi saya tetap juga akan menulis hinggalah semua biasa dengan budaya ini.

Sekurang-kurangnya semua yang kita buat dapat dimanfaat bersama. Rajin-rajinlah bukak blog. Walaupun takde gambar sebab tak pandai nak letak gambar tapi saya akan terus mengisi ruang wjimns.

Beramal tanpa ilmu sia-sia
Ada ilmu tanpa amal juga tak kemana.
JOM TERJEMAHKAN AMAL JAMAIE DALAM KEHIDUPAN PARA DAEI

Isnin, 7 Disember 2009

Lotfi's Site - Lotfi's Musings

Lotfi's Site - Lotfi's Musings

PPWN

Salam

4-6 Disember telah berlangsung PPWN/PPN bertempat di Kolej KISDAR Kuala Kangsar ,Perak. Pertama kali menjejaki bumi dimana rampasan kuasa oleh mereka yang menggunakan undang-undang rimba. Kali ini kami datang kebumi bertuah ini untuk menyatakan pedirian kami dan juga komitmen kami untuk menegakkan keadilan

Majlis dimulakan dengan bacaan Alquran dari Surah Al Ahzab:63

Semua perwakilan telah mendendangkan nasyid Jamaah Islah dan Wanita Gemilang.

JAMAAH ISLAH

Majulah JIM bangunkan Islam
Din tertegak itulah hasrat
Jangan di biarkan ianya terpadam
Bersama Islam membina masyarakat
Berwaspada menyusun langkah
Kuatkan semangat eratkan ukhuwah
Kita bersatu usahlah berpecah
Bersama-sama teruskan dakwah
Islah-Islah membawa perubahan
Demi kebenaran keadilan
Alquran As Sunnah menjadi pegangan
Muga Islam kembali gemilang
Senang dan susah sama dihadapi
Tiada mengalah berpantang undur
Cabaran mendatang tujuanya menguji
Iman kita yang tak akan luntur
Jamaah Islah Malaysia
Kita barisan perkasa
Santunan umat manusia
Moga Allah redhakan kita


WANITA GEMILANG

Lembut dan sopan gerak langkahmu
Lambang mu'minah dan kewanitaan
Tangkas menyahut cabaran waktu
Ciri-ciri wanita gemilang
Dalam kelembutan ada semua
Keyakinan dan sifat kepimpinan
Dalam keluarga dan rumah tangga
Engkau isteri dan ibu teladan
Mesra ceria di dalam bekerja
Kemas ikhlas dalam persatuan
Membawa Islam kita mengorak langkah
Wanita JIM bersama masyarakat
Berserah pada Allah
yakini Rasulullah
Peribadi solehah
Berbakti pada insan
Suburkan kasih syang
Kekalkan kemesraan
Mari sambut seruan
Mari berpimpin tangan
Kita mara kedepan
Teruskan perjuangan
Didik anak warisan
Pemimpin yang beriman

Bila ada perhimpunan barulah terdengar nasyid ini berkumandang. Macam bermusim pulak. Lagu hariraya pun bermusim juga.Anggaplah perhimpunan ini juga macam perjumpaan hariraya.Ada yang meraikan perhimpunan ini seperti cuti-cuti Malaysia.

Tahniah kepada JIM Perak kerana telahmembuat persedian yang begitu rapi untuk memastikan perjalanan PPN ini berjalan lancar.

Ucapan Dasar Ketua Wanita telah menggariskan 4 noktah

*Kembali kepada Alquran dan Sunnah
*Kejelasan Fikrah
*Dakwah Tanpa Upah
*Mendepani cabaran dalaman dan luaran.

Ucapan dasar Presiden pula telah menggariskan 3 persoalan
* Siapa kita
*Tepi kain kita
*Topi kita

UDKW memberi banyak jawapan dan jalan yang boleh kita ikuti.Semua persoalan telah di sediakan jawapannya.
Manakala UDP banyak mengajak kita berfikir dan muhasabah diri kita .Berwaspada dengan musuk dan sesiapa yang berada disekeliling kita.Bersedia untuk mengintimakkan diri kita untuk Dakwah dan menjaga kepentingan Jamaah.

Walaubagaimanapun kedua dua ucapan dasar merupakan satu muhasabah dan refleksi diri untuk memberikan yang terbaik untuk dakwah.

Perkongsian dari DrHarlina
Dalam dunia ini ada 2 kategori orang

Islam/bukan Islam
Iman /tak beriman
Ilmu/tak berilmu
Amal/tak beramal
Ikhlas/tak ikhlas

Dimana kita

Sejarahnya Islam datang secara dagang dan akan kembali dagang akhirnya........

Pesanan akhuna Presiden.
Sebagai pemimpin.....
bersedia berkhidmat bila-bila masa dan ketika
(we must be available and can be served at anytime)
Bersedia juga untuk menginfaqkan hartanya untuk perjuangan.

Dah ready ke untuk lepaskan brek??

Bila dah lepaskan brek marilah kita mulakan perjalanan. Jangan bimbang sekali brek selinder utama di tekan, tekanannya akan dipindahkan sama keempat-empat tayar, berhentilah sejenak agar kita boleh buat refleksi agar perjalanan tidak menyimpang jauh.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul
Ada satu perkara yang tak berubah di dunia ini iaitu perubahan.