Syariat di junjung Adat di kendung

Syariat di junjung
Adat di kendung
Umat tersanjung
Negara terulung

Khamis, 30 Julai 2009

Kuliah Dr Hafidzi

Salam
Hari ini adalah hari terakhir untuk sesi ini bagi siri kuliah bulanan Dr Hafidzi. Selepas hari raya aidil fitri insyaAllah kuliah akan berlangsung di masjid atau di tempat awam.Semuga segala perkongsian Dr Hafidzi bersama warga negeri akan dapat menjadi titik tolak untuk kita sebarkan dakwah di Negeri Sembilan.

Dalam kupasan terakhir beliau menekankan masalah umat Islam di Selatan Thailand dimana sikap umat Islam di rantau Asia terutamanya di Nusantara hanya bersikap reaktif dengan isu yang berlaku di negara jiran kita.Malah umat Islam Malaysia khususnya tidak rasa terpanggil untuk membantu sahabat kita di Selatan Thailand tidak sepertimana seruan jihad di Palestin.

Dimana silapnya?Adakah kita terlalu selesa dengan keadaan negara kita yang "aman sentosa"? Walaupun sedikit demi sedikit hak Asasi , keadilan sejagat dan kebebasan suara di sekat dan di nafikan?Kita masih lagi selesa dengan gaji yang kita terima hingga takut untuk menyatakan sesuatu yang memang bercanggah dengan prinsip Islam yang kita junjung? Mana jati diri kita?

Apakah cukup untuk rasa prihatin bilamana tragedi demi tragedi menimpa umat Islam di selatan Thailand. Kalau kita rasa marah dengan Mesir yang membiarkan rakyat Palestin, tak mustahil masyarakat dunia juga merasakan kita hanya memejamkan mata pada jiran seagama dengan kita di seberang jalan sana?

ADAKAH KITA CUKUP MAKLUMAT TENTANG KEADAAN UMAT ISLAM DI NUSANTARA?

Jom kita cari ruang dan peluang untuk memberikan kesedaran kepada saudara kita yang terlena dengan segala keselesaan dan kemewahan dunia hingga tidak sedar jiran disebelah mati kelaparan dan kehausan.....
Apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah SWT nanti? telah tertunaikah tanggungjawab kita membela nasib umat Islam....
Ayuh Wanitaku
mari kita berganding bahu
menyatukan umat yang layu
bangkit sampaikan wahyu
semga Islam kembali di mercu..